Saturday, September 9, 2023

Tafsir Surah Ali Imran ayat 3:103 dan 104

- us Dr Fekri Abidin bin Hasan Kuliah Suboh Sabtu 9-Sep-2023

Tafsir Surah Ali Imran ayat 3:103 dan 104

- Surah Ali Imran ayat 3:103 (klik sini)
{ وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ }

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

- Arahan supaya mengikut ugama Allah dgn sumber utama adalah Al-Quran dan hadis, ijmak ulamak dan qias.

- Sebelum seseorang dilahirkan ke dunia, dia telah berjanji beriman kpd Allah.

- Petikan ayat "وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ" ditujukan kpd kaum Auz dan Khazraj yg mana mereka berperang sesama mereka selama 120 tahun. Kedatangan Islam mendamaikan mereka dan menjadikan mereka org² Madinah yg mesra, hingga mereka boleh dan merelakan sebahagian dari harta² mereka diberikan kpd org² Muhajirin yg berhijrah dari Mekah ke Madinah.
  • Sifat ini dinamakan "isar" ie suatu sifat yg sgt² baik iaitulah melebihkan kpd org lain.

  • Tujuan utama Allah jadikan jin dan manusia adalah utk beribadat kpd Allah, spt yg disebutkan dlm surah Az-Zariat ayat 51:56 (klik sini)

{ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ }

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

- ayat "وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ" , mengingatkan sesorg bhw Islam menyelamatkan dia dari seksaan api neraka. Tanpa Islam, sesorg itu berlaku syirik, ie memuja selain dari Allah.

Ayat 3:102 (klik sini) sebelum ini Allah menegaskan org² Islam utk beramal dgn ajaran Islam.
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.


- Surah Ali Imran ayat 3:104 (klik sini)
{ وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

- Kalimah "مِّن" ditafsirkan supaya semua org Islam utk melaksanakan kebaikan dan kebajikan. Jika berhadapan dgn situasi kemungkaran maka hendaklah sesorg Islam itu menggunakan kuasa dan/atau kudrat yg ada padanya utk mencegah kemungkaran yg berlaku. Ubah dgn hati ditafsirkan sebagai membenci kemungkaran yg berlaku, dan berazam tidak melakukan perkara maksiat itu.

- Tafsir kedua kalimah "مِّن" ditafsirkan kpd ketua, pemimpin atau jabatan² yg dipertanggungjawab utk menjalankan tugas. Mereka itu dilantik berdasarkan ilmu dan kelayakan tertentu, dan diberikan kuasa utk melaksanakan undang² dan peraturan Islam, demi menjaga aqidah org Islam (rakyat).

No comments:

Post a Comment