Saturday, November 4, 2023

Sahabat Rasulullah: Abbas bin Abdul Mutalib

-us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 4-Nov-2023

Sahabat Rasulullah: Abbas bin Abdul Mutalib

- Nama: Abbas bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf
Gelarannya adalah Abu Al-Fadli. Dilahirkan lebih kurang 3 thn sebelum tahun gajah. Bermakna hampir sebaya dgn baginda Rasulullah saw, begitu juga dgn seorg lagi bapa saudara bagind ie Hamzah.
  • Pernah ditanya di antara mereka bertiga, siapakah yg lebih besar? Jawab Abbas, Muhammad lebih besar, walaupun aku lahir lebih awal dari Muhammad.
- pd umur Nabi 40 tahun, mendapat wahyu, pd hari ke-4 Hamzah memeluk Islam.
Abbas memeluk Islam awal. Keislamannya mungkin sama waktu dgn Hamzah. Dia sembunyikan keislamannya. Namun ada pendapat yg mengatakan keislamannya agak lewat.
  • Maula kpd Abbas mengatakan, aku ini adalah hamba kpd Abbas bin Abdul Mutalib, keluarganya masuk Islam, dan aku masuk Islam, namun merahsiakan keislamannya. Maula adalah hamba kpd sesebuah keluarga.
- Pd awal dakwah, Nabi akan pergi menemui kabilah² yg dtg ke Mekah menunaikan haji (namun haji mereka dicemari dgn amalan syirik). Abu Jahal menyebarkan dan menakut²kan kabilah² yg dtg ke Mekah tentang gangguan yg bakal diterima di Mekah, bhw anak saudaranya sendiri yg akan mengajak kpd suatu sembahan yg lain dari amalan datuk nenek mereka (bangsa Arab)

- Dlm perjanjian Aqabah ke2, org² Yathrib mengajak Rasulullah berpindah ke Madinah dan mengajarkan Islam di sana, dan akan memberi perlindungan kpd baginda Rasulullah. 
  • Perjanjian Aqabah ke2 ini dihadiri oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Dlm perjanjian ini baginda Rasulullah membawa Abbas bersama. Dlm situasi ini menguatkan fakta bhw Abbas memeluk pd awal dakwah Islam.
- Dlm perbincangan itu, org² Yathrib memberi keyakinan kpd Abbas bhw mereka akan memberi perlindungan kpd baginda Rasulullah sekiranya diserang oleh org² Quraisy.

Dlm Peperangan Badar, tahun ke2 hijrah. Abbas dtg bersama dgn gerombolan Quraisy, kerana secara terpaksa keluar mengikuti tentera Quraisy.
  • Melihatkan Abbas meletakkan senjata, dia ditawan oleh seorg tentera muslim dan membawa kpd Rasulullah, dia mengatakan Abbas adalah tawanannya. 
  • Abbas mengatakan bhw dia bukan tawanan org itu, sebaliknya kpd seorg kemudiannya dijelaskan susuk tubuhnya. Apbl disusunkan dan dicamkan sifat² yg disebutkan oleh Abbas, tiada di kalangan tentera Islam yg bersifat begitu. Abbas menyerah diri kpd malaikat yg membantu tentera Islam dlm perang Badar.

- Sebelum peperangan Badar, baginda mendapat maklumat pergerakan peniaga arab Quraisy dan juga ketumbukan Quraisy. 
  • Baginda Rasulullah mendapat maklumat tersebut secara sulit melalui Abbas, namun Abbas sebagai perisik berada di dlm kalangan arab Quraisy.
- Dlm tempoh tawanan, Abbas merintih kesakitan akibat dari ikatan. Baginda Rasulullah tidak dpt tidur kerana rintihan Abbas. Kemudian baginda Rasulullah meminta agar dilonggarkan ikatan Abbas.
  • Abbas igin menebus dirinya dgn 20 emas yg ada padanya. Baginda mengatakan emas itu adalah harta rampasan perang dan tidak boleh dijadikan wang tebusan. Wang tebusan mestilah dari keluarga, atau jika tiada wang tebusan perlu mengajarkan ilmu kpd anak² org Islam.


Peperangan Hunain
- Dlm peperangan Hunaian (berlaku 18 hari selepas Pembukaan Mekah), menentang bani Saqif. 
  • Dlm peperangan itu diperingkat awal tentera Islam tewas. Ramai yg sertai peperangan di lembah Hunain itu baru masuk Islam dan merasakan jika berperang dgn baginda Rasulullah maka akan menang dan akan ada harya rampasan perang. 
  • Abbl tentera Islam dipanah, mereka berundur ke belakang, menghampiri Rasulullah. Baginda Rasulullah meminta Abbas memanggil semula tentera yg berundur. 
  • Abbas dgn suaranya yg lantang memanggil tentera Islam dan baginda menyusun barisan tentera, hingga akhirnya tentera Islam menang peperangan Hunaian.

Kewafatan Abbas
- Abbas wafat pada zaman saidina Usman bin Affan. Ramai yg ingin menguruskan jenazahnya.
Pd zaman Umar Al-Khattab, kemarau yg panjang, Umar membawa Abas dan berdoa, bertawasul dgn baginda Rasulullah. Namun pd ketika itu baginda Rasulullah sudah wafat, Umar bertawasul kpd Abbas memohon hujan. Allah turunkan hujan di Madinah dan Mekah selepas itu.

- Abbas Abdul Mutalib adalah seorg perisik yg hebat hingga tidak disedari oleh org² arab Quraisy.

No comments:

Post a Comment