- us Dr. Muhammad Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 18-Jan-2024
Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:91 hingga 95
Surah Al-Baqarah ayat 2:91 (klik sini)
{ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُواْ نُؤۡمِنُ بِمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَيَكۡفُرُونَ بِمَا وَرَآءَهُۥ وَهُوَ ٱلۡحَقُّ مُصَدِّقٗا لِّمَا مَعَهُمۡۗ قُلۡ فَلِمَ تَقۡتُلُونَ أَنۢبِيَآءَ ٱللَّهِ مِن قَبۡلُ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".
- org yahudi berhelah mereka hanya beriman dgn kitab Taurat dan tidak mahu menerima/beriman dgn Al-Quran.
- Asasnya dgn Taurat pun mereka tidak beriman sepenuhnya.
- Inilah sikap org yahudi, dengan Allah pun mereka menipu, apatah lagi dgn manusia. Para rasul dan nabi mereka bunuh kerana menyampaikan peraturan-peraturan hidup yang ditetapkan oleh Allah.
Surah Al-Baqarah ayat 2:92 (klik sini)
{ ۞وَلَقَدۡ جَآءَكُم مُّوسَىٰ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ ثُمَّ ٱتَّخَذۡتُمُ ٱلۡعِجۡلَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَنتُمۡ ظَٰلِمُونَ }
Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.
- pengikut Nabi Musa as seramai 600 ribu menyeberangi Laut Merah, dan dikatakan oleh pentafsir memakan masa 7 hari.
Surah Al-Baqarah ayat 2:93 (klik sini)
{ وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِيثَٰقَكُمۡ وَرَفَعۡنَا فَوۡقَكُمُ ٱلطُّورَ خُذُواْ مَآ ءَاتَيۡنَٰكُم بِقُوَّةٖ وَٱسۡمَعُواْۖ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَعَصَيۡنَا وَأُشۡرِبُواْ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلۡعِجۡلَ بِكُفۡرِهِمۡۚ قُلۡ بِئۡسَمَا يَأۡمُرُكُم بِهِۦٓ إِيمَٰنُكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }
Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".
- dlm ayat ke-93 ini Allah rakamkan perbuatan org² yahudi bhw org² yahudi mendengar perintah Allah itu tetapi mereka menolak peraturan² dlm Taurat dan tidak mahu beriman kpd Allah, mereka sebaliknya tidak boleh meninggalkan sembahan kpd berhala.
Surah Al-Baqarah ayat 2:94 (klik sini)
{ قُلۡ إِن كَانَتۡ لَكُمُ ٱلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ عِندَ ٱللَّهِ خَالِصَةٗ مِّن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُاْ ٱلۡمَوۡتَ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".
- org yahudi mengkhususkan syurga adalah utk org² yahudi sahaja.
Surah Al-Baqarah ayat 2:95 (klik sini)
{ وَلَن يَتَمَنَّوۡهُ أَبَدَۢا بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ }
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
- org² yahudi yg hidup pd zaman Rasulullah saw tahu sifat nenek-moyang mereka, ie keangkuhan dan helah nenek-moyang mereka utk tidak menerima perintah Allah yg disampaikan oleh para rasul dan nabi. Sebaliknya meneruskan sembahan berhala.
- keegoan org² yahudi dicabar supaya mati segera utk mendapatkan balasan syurga yg dikatakan khusus utk mereka, tetapi ternyata org² yahudi takut mati.
No comments:
Post a Comment