Saturday, June 1, 2024

Sahabat Rasulullah: Saidina Abdullah bin Amru bin Haram

us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 1-Jun-2024 24-Syawal-1445H

Sahabat Rasulullah: Saidina Abdullah bin Amru bin Haram

- dari golongan Ansar Khazraj Assulami
- berasal dari Manidah, keturunan Khazraj berasal dari keluarga Sulam.
- Ayah kpd Jabir bin Abdullah
- Gelarannya Abu Jabir
- Masuk Islam semasa perjanjian Aqabah pertama dan yg kedua.
- Pd thn ke10 kerasulan Nabi. 6 org dari Madinah dtg menunaikan haji dan termaktub perjanjian Aqabah pertama. Pada tahun berikutnya (tahun ke11) 12 org datang menunaikan haji. Pd thn berikutnya 70 org datang menunaikan haji,dan termaktub perjanjian Aqabah ke2. Salah seorg itu adalah Abdullah bin Amru.

- Tahun pertama Nabi bina masyarakat di Yathrib, mewujudkan Piagam Madinah (perlembagaan bertulis pertakerajaan Madinah). Pd thn ke2 hijrah, Nabi dan para sahabat mengalami peperangan pertama ie Perang Badar.

- Abdullah bin Amru berkulit kemerahan, tidak berambut.
- Dia sertai Perang Badar dan Perang Uhud. Dia syahid dlm Perang Uhud.
- Islamnya dlm masa 4 tahun shj. Namun sumbangannya besar.
  • Semasa Perang Uhud hampir berlaku, Abdullah memanggil anaknya ie Jabir, (Imam Bukhari merekodkan kisah ini), di mana, beberapa malam sebelum Perang Uhud, Abdullah memanggil Jabir, mengatakan, "Aku tidak melihat melainkan menjadi org yg terawal akan gugur dlm perang. Dan aku tidak meninggalkan apa² yg lebih baik melainkan engkaulah (ie Jabir) yg aku paling sayang selepas Nabi Muhammad saw." Dia berpesan kpd Jabir, "Aku ada hutang, nanti engkau lunaskan hutangku, jaga adik² saudara perempuanmu".

- Abdullah adalah org yg awal syahid dlm Perang Uhud.
- Jabir bertemu dgn Rasulullah mengadu utk mendapatkan nasihat Rasulullah cara utk melunaskan hutang ayahnya. Abdullah mempunyai sebuah kebun, namun tidak mencukupi utk membayar hutang Abdullah. Rasulullah mengajak Jabir ke kebun tamar peninggalan Abdullah, dan memanggil org² yg Abdullah berhutang, kemudian baginda timbangkan tamar² mengikut jumlah hutang. Setelah mereka semua pulang Jabir dapati tamar dlm tempat simpanan masih ada, selepas diagihkan oleh Rasulullah saw. Mukjizat Rasulullah saw itu menjadikan tamar yg ada di tempat simapanan itu tidak menyusut walaupun diambil dan diberikan kpd org² yg datang menuntut hutang.

- Jenazah Abdullah tidak terlepas dari dicacatkan oleh tentera kafir. Semasa Jabir tiba pd jenazah ayahnya, mukanya tertutup. Dia ingin membuka kain penutup muka, tetapi dilarang oleh para sahabat yg ada di situ. Rasulullah saw lalu di kawasan itu, dan membenarkan Jabir melihat muka jenazah ayahnya. Jabir menangis meoihat kerosakan yg dilakukan jpd jenazah ayahnya. Ketika itu juga kedengaran suara perempuan yg menangis. Kata Nabi kpd Jabir dan perempuan yg menangis itu, sama ada kamu menangis atau tidak, ketahuilah bahawa jenazah para syuhadah (70 orang) ini sedang dipayungi oleh para malaikat.

- Setelah dikumpulkan semua kenazah para ayuhadah, Rasulullah saw arahkan dikemubikan dua (2) jenazah dlm satu liang kubur. Rasulullah saw tentukan siapa yg akan dikuburkan bersama. Abdullah dikebumikan bersama sahabatnya ie Amru bin Jamuh.
- Setelah 6 bulan, Jabir menceritakan rasa ralatnya jika jenazah ayahnya dikuburkan bersaorangan. Jabir mengorek kubur ayahnya dan didapati jenazah Abdullah sama seperti masa dikebumikan, terdapat sesikit shj perubahan pd bhgn telinganya shj.

- 46 tahun selepas itu, kawasan Uhud banjir, aliran air mengenai kuburan para syuhadah dlm Perang Uhud. Jabir mengorek kubur ayahnya, dan dia dapati apabila ingin mengangkat tangan yg di muka, keluar darah. Diletakkan semula tangan ayahnya ke bhgn muka dan berhenti darah itu.
- Rasulullah saw berjumpa dgn Jabir selepas itu, bertanyakan kenapa Jabir nampak sedih. Kata Jabir, ayahku telah syahid dan tinggalkan hutang dan wasiat utk menjaga adik² perempuannya. Kata Rasulullah saw, mahukah kamu aku khabarkan keadaan ayahmu? Kata Rasulullah, sekiranya Allah hendak berbicara melainkan di belakang hijab (seperti cahaya, ia tidak nampak Allah), namun Allah berbicara dgn ayahmu tanpa hijab. Jabir bertanya apa yg Allah firmankan kpd ayah? Wahai hambaKu, mintalah nescaya Aku akan tunaikan (Riwayat dari Ibu Hiban dan AtTirmizi), Ya Allah engkau hidupkan aku semula utk aku berjuang, Allah balas permintaan Abdullah, wagai Abdullah telah ditentukan bahawa org yg meninggal tidak dikembalikan ke dunia. Abdullah memohon supaya diberitahu keadaanya kpd org yg masih hidup. Allah turunkan ayat seperti dlm surah Ali Imran ayat 3:169 (klik sini)

{ وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٰتَۢاۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ }

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

- Saidina Umar berdoa agar dia mati dlm perang, namun hajatnya tidak ditunaikan begitu. Saidina Umur meninggal akibat ditikamboleh Abu Lu'Lu'ah sewaktu solat subuh, yg mana pisau yg digunakan telah diracun.

No comments:

Post a Comment