- us Mohd Husaini bin Husin kuliah Suboh Sabtu 31-Okt-2026
Jangan Bertanya Berlebihan
- Hadis ke30 Imam Nawawi, hadis diriwayatkan dari Abu Tsaklabah al-Khusyani (Jurthum bin Nasyr) tentang empat perkara: kewajiban, batas hukum, larangan, dan perkara yang Allah diamkan sebagai rahmat—maka jangan bertanya atau menyelidikinya secara melampau.
عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ جُرْثُومَ بْنِ نَاشِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللهِ ﷺ قَالَ:
«إِنَّ اللهَ فَرَضَ فَرَائِضَ فَلَا تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا.»
Maksudnya, Daripada Abu Tsaklabah al-Khusyani, Jurthum bin Nasyr r.a., daripada Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu meninggalkannya; dan Dia telah menetapkan beberapa batas hukum, maka janganlah kamu melampauinya; dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarnya; dan Dia mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat bagi kamu, bukan kerana lupa, maka janganlah kamu menyelidik atau membahaskannya". [Al-Arba‘in al-Nawawiyyah serta Riyad al-Salihin no. 1832]
Maksud “Allah diam”
Frasa وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ bermaksud Allah tidak menyatakan secara khusus hukum wajib atau haram bagi sesuatu perkara. Perintah فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا bermaksud jangan bertanya atau menyiasat secara berlebihan perkara yang tidak dinyatakan secara khusus, kerana pendiaman itu adalah rahmat, bukan kelalaian.
Dalil Al-Quran jangan bertanya perkara yang jika diterangkan akan menyusahkan kamu ialah surah Al-Maedah ayat 5:101 (klik sini).
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَسۡـَٔلُواْ عَنۡ أَشۡيَآءَ إِن تُبۡدَ لَكُمۡ تَسُؤۡكُمۡ وَإِن تَسۡـَٔلُواْ عَنۡهَا حِينَ يُنَزَّلُ ٱلۡقُرۡءَانُ تُبۡدَ لَكُمۡ عَفَا ٱللَّهُ عَنۡهَاۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٞ }
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
No comments:
Post a Comment