Thursday, May 1, 2025

Haiwan Qurban

- us Syukri kuliah Suboh Khamis 1-Mei-2025

Haiwan Qurban

Udhiyyah bermaksud binatang ternak yg disembelih pd hari Raya Haji 10 Zulhijjah, atau 3 hari selepasnya. 3 hari itu disebut hari² tasyrik.


Dalil #1: Surah Al-Haj ayat 22:34 (klik sini)
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٖ جَعَلۡنَا مَنسَكٗا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَٰمِۗ فَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞ فَلَهُۥٓ أَسۡلِمُواْۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ }

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -

Dalil #2: Surah Al-Kawthar ayat 108:2 (klik sini)
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ }

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).


Hukum melakukan qurban
Hukum qurban dalam Islam utama sebagai sunat muakkadah (sangat dituntut) bagi yang mampu, dengan perbezaan pendapat ulama mengenai kewajipannya:

  • Pendapat majoriti (Malik, Syafi'i, Ahmad)
Sunnah muakkadah berdasarkan hadis dan praktik Nabi SAW. Makruh meninggalkannya jika mampu tanpa uzur.

  • Mazhab Hanafi
Wajib bagi yang memiliki nisab zakat (kecukupan harta), merujuk kepada perintah umum dalam Surah Al-Kautsar dan hadis tentang tuntutan ibadah ini.

Kewajipan khusus melakukan qurban:
Qurban menjadi wajib jika:
  1. Bernazar untuk berkorban.
  2. Menentukan haiwan tertentu sebagai qurban (al-ta'yin).
  3. Janji khusus kepada Allah untuk melaksanakannya.

- Apakah hukum qurban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Tidak boleh kecuali:
  1. Diwasiatkan sebelum kematian.
  2. Nazar yang belum ditunaikan.
  3. Ta'yin (sudah tentukan haiwan tertentu untuk qurban).
  • Alternatif: Boleh berniat qurban untuk diri sendiri, lalu hadiahkan pahala kepada si mati.

- Apakah syarat umur haiwan qurban berdasarkan jenisnya?
  1. Unta -- 5 tahun atau lebih, atau 5 tahun ke arah 6 tahun. (Boleh dikongsi 7 bahagian)
  2. Lembu/Kerbau -- 2 tahun atau lebih, atau 2 tahun masuk 3 tahun. (Boleh dikongsi 7 bahagian)
  3. Kambing biasa -- 2 tahun masuk 3 tahun, atau tidak kurang 2 tahun. (1 ekor atau 1 bahagian kambing untuk 1 orang)
  4. Biri-biri -- 1 tahun atau lebih, atau salin gigi hadapan (jika belum genap setahun tetapi sudah cukup besar). (1 ekor atau 1 bahagian untuk 1 orang)

- Bagaimana qurban menjadi tidak sah?
  1. Haiwan qurban itu seperti kambing liar, rusa, atau haiwan bukan ternakan: Tidak sah dijadikan qurban.
  2. Haiwan belum cukup umur: Tidak memenuhi syarat.

- Keutamaan haiwan qurban jantan vs betina berdasarkan pandangan ulama:
  1. Dibenarkan untuk kedua-dua jantina haiwan.
  2. Para ulama bersepakat bahawa qurban sah dengan haiwan jantan atau betina.
  3. Keutamaan jantan
    • Daging lebih elok: Pendapat utama mazhab Syafi'i menyatakan jantan lebih afdal kerana dagingnya lebih berkualiti. Amalan Nabi SAW: Rasulullah pernah berqurban dengan dua kambing jbersaba.
    • Haiwan tidak aktif mengawan: Jika jantan kurang mengawan, ia lebih utama daripada betina yang belum beranak.


- Apakah kriteria utama binatang qurban?
  1. Kesihatan: Bebas kecacatan (buta, pincang, sakit).
    • Contoh: Buta sebelah mata. Jelas sakit badannya. Sakit otak yang hilang sum-sumnya, Lembu gila.
    • Haiwan yang cacat mempunyai daging yang kurang.
    • Cacat seperti buta itu apabila biji/bola mata tiada kedua-dua atau salah satu matanya.
  2. Umur: Memenuhi syarat minima (contoh: kambing 2 tahun, biri-biri 1 tahun).
  3. Kualiti: Pilih haiwan yang paling bernilai dan disukai pemiliknya.


Nota Kuliah berkaitan ibadah Qurban:
  1. Tadabbur Surah Al-Haj Ayat 22:34 hingga 37 | 3-Ogo-2018 (klik sini)
  2. Ibadah Haji dan Qurban, | 8-Ogo-2017 (klik sini)


Carian hadis berkaitan qurban:
  1. Dari Ummu Salamah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu melihat bulan Zulhijjah telah terbit, dan kamu bermaksud hendak menyembelih korban, maka janganlah kamu mencukur rambut dan jangan memotong kuku (hingga selesai menyembelih)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1918]

  2. Dari Nubaisyah Al Hudzali r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1108]


No comments:

Post a Comment