Saturday, December 5, 2020

Tadabbur Surah Al-Haj Ayat 22:34 hingga 37

- us Dr. Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 3-Ogo-2018

Fiqh Qurban

Surah Al-Haj Ayat 22:34 ms 336 (klik sini utk paparan ayat)

وَلِكُلِّ أُمَّةٖ جَعَلۡنَا مَنسَكٗا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَٰمِۗ فَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞ فَلَهُۥٓ أَسۡلِمُواْۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -

- "man sakan" bermaksud ibadah haji atau qurban.

- mengapa perlu lakukan ibadah qurban? kerana ingat kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepada kita.


Surah Al-Kauthar Ayat 108:1 & 2 (ms 603) (klik sini utk paparan ayat)
 
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).


Surah Al-Kauthar Ayat 108:2 (klik sini utk paparan ayat)
 
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).



Surah Al-Haj Ayat 22:35 ms 336 (klik sini utk paparan ayat)

ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَٱلصَّٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمۡ وَٱلۡمُقِيمِي ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.

- "zukira" merujuk kepada perintah haji atau qurban (dlm ayat 34).

- Persoalan:
  1. Mana lebih afdal antara qurban seekor haiwan qurban (lembu) dan berkongsi bahagian dengan adik beradik?
    Amalan yang lebih afdal adalah seekor haiwan bagi satu nyawa.
     
  2. Mana yang lebih afdal antara qurban seekor kambing dengan seekor lembu yang dikongsi 7 bahagian?
    Menggunakan formula yang sama, lebih afdal adalah seekor haiwan bagi satu nyawa.
  

Surah Al-Haj Ayat 22:36 ms 336 (klik sini utk paparan ayat)

وَٱلۡبُدۡنَ جَعَلۡنَٰهَا لَكُم مِّن شَعَٰٓئِرِ ٱللَّهِ لَكُمۡ فِيهَا خَيۡرٞۖ فَٱذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَيۡهَا صَوَآفَّۖ فَإِذَا وَجَبَتۡ جُنُوبُهَا فَكُلُواْ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡقَانِعَ وَٱلۡمُعۡتَرَّۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرۡنَٰهَا لَكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

- Dipermulaan ayat ini, perkataan "lakum" adalah Allah yang meletakkan harta (ie harta yg diterima) oleh kita. Jika bukan harta/rezeki ianya akan terlepas walaupun telah diberikan surat niat (work order) utk sesuatu kontrak kerja.

- Antara kegunaan harta/rezeki yang dikurniakan oleh Allah adalah utk menghidupkan syiar Islam.

- Tiada istilah "petugas qurban" kerana orang yang menyertai qurban sendiri yang menguruskan lapahan daging.

- Urusetia qurban tidak perlu halang peserta qurban utk mengagihkan sendiri daging qurban.

- "Fakulu min ha" - perintah makan daging qurban bagi peserta qurban. Sunnah Rasulullah, baginda ambil hati dan limpa sahaja. Baginda Rasulullah tidak mengambil daging, kerana daging itulah yang diagihkan kepada orang miskin.

- Bagi yang tidak dapat makan daging qurban kerana berqurban di negeri yang jauh atau di luar negara, hukum qurban adalah sah. Kerana makan daging qurban (bagi peserta qurban) adalah sunat.

- Baki daging qurban tadi berilah kepada orang miskin (yang tidak dapat hadir). Agihan kepada orang miskin tiada had, ie dia boleh diberikan lebih dari 1 kilogram (contohnya).
  • Agihan daging qurban tidak perlu khusus kepada warganegara atau yang memiliki kupon. Utamakan kepada orang miskin. Daging yg diagihkan kepada orang miskin itu adalah milik dia, dan dia boleh menjualkan kepada orang lain.
-  Bagi orang yang bukan miskin, dan menerima daging yang diagihkan, dia tidak boleh mengagihkan kepada orang lain. Daging itu boleh dimasak dan dijamu di rumahnya (boleh jadi ada ahli keluarga yang lain yang berkunjung ke rumah). 

  • Orang yang tidak melakukan qurban yang bukan orang miskin, tidak boleh melonggokkan/mengumpulkan daging qurban utk diri atau keluarganya.

  • Daging qurban wajib sampai kepada orang miskin Jika daging qurban itu tidak sampai kepada orang miskin, maka tiada qurban kepada mereka yang melakukan qurban tersebut. Daging qurban yang sampai kepada orang yang  berada (ie bukan orang miskin) hukumnya sunat.  
 - Persoalan: 
  1. Bolehkah pihak urusetia mengambil keseluruhan daging salah seekor haiwan qurban utk dimasak dan utk dijamu kepada peserta dan sesiap yang hadir, kerana hendak cepat menyiapkan jamuan tanpa perlu menunggu semua haiwan telah diqurbankan?

    Tidak boleh, kerana tiada qurban bagi orang yang qurban ke atas haiwan tersebut, disebabkan daging qurbannya tidak diagihkan kepada orang miskin.

    Ibadah qurban peserta tadi "tergantung". Utk menjadikan qurbannya diterima Allah. Dia (i.e. peserta qurban) perlu mencari daging yang baru disembelih dan mengagihkan daging itu kepada orang miskin, dengan niat mengqadakkan agihan daging qurbannya. Tidak perlu lakukan satu qurban yang lain.

    Dalam fekah, tidak digunakan perkataan "sah" untuk agihan daging qurban, sebaliknya "tergantung".

- 3 hukum agihan daging qurban:
  1. Sunat kepada orang/peserta qurban.
  2. Wajib kepada fakir miskin.
  3. Harus kepada orang yang makan (dijamu) masakan daging qurban.

- Tanggungjawab mengagihkan daging qurban adalah terletak di atas peserta qurban. Apa yang berlaku hari ini, kebiasaanya urusetia yang mengambil tugas mengagihkan daging qurban.


Surah Al-Haj Ayat 22:37 ms 336 (klik sini utk paparan ayat)

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

- Jangan berkecil hati terhadap saiz haiwan qurban kerana bukan saiz, daging, atau darah qurban yang diterima oleh Allah. Kerana yang sampai kepada Allah adalah taqwa.

- Persoalan:
  1. Kenapa nak lakukan ibadah qurban? 
    Dari hadis Rasulullah, kita lakukan qurban untuk mendapat keampunan dari Allah. Hadis ini juga menggalakkan orang perempuan untuk melihat sendiri ibadah qurban ke atas haiwan qurbannya.
Hadith daripada Fatimah ra:

قَوْمِي إِلَى أُضْحِيَّتِكَ فَاشْهَدِيهَا فَإِنَّ لَكِ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا يُغْفَرُ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبُكَ. قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَنَا أَهْلَ الْبَيْتِ خَاصَّةً أَوْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً؟ قَالَ: بَلْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً

Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adakah untuk kita ahli Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah saw: Bahkan untuk kita dan orang Islam keseluruhannya”. [HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak (7525)]
 
- Keghairahan utk berqurban adalah bagi orang yang bertaqwa. 

- "Li tu kabbirullah" maksudnya utamakan perintah Allah (utamakan berqurban), berbanding keperluan diri/nafsu kita (seperti utk beli pagar rumah yang baru, atau beli kereta baru).

- "'Ala ma hada kum" maksudnya mengenangkan Allah masih mengekalkan hidayah dalam diri kita. Dalam ayat 22:34 tadi disebutkan "'ala ma rozako hum", maksudnya mengenangkan rezeki/harta yang diberikan oleh Allah kepada kita.
  • Ibadah qurban ini adalah jalan utk kekalkan hidayah Islam dalam diri kita.

- Murtad jika beriktikad bahawa:
  1. seorang boleh menukar jantinanya kerana itu adalah hak asasinya.
  2. seorang lelaki boleh berkahwin dengan lelaki.
  3. seorang perempuan boleh berkahwin dengan perempuan.

- Persoalan: 
  1. Apa hukumnya agihkan daging qurban kepada yang bukan Islam?
    Harus hukumnya mengagigkan daging qurban kepada orang bukan Islam. Afdalnya adalah memberi jamu kepada mereka, atau memberikan daging yang telah dimasak, bukannya daging qurban mentah. Walaubagaimanapun, daging aqiqah tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam.

  2. Bagaimana kedudukan antara orang "mukhbitin" dan orang "muhsinin"?
    Kedudukan muhsinin lebih tinggi dari bukhbitin.
    Dalam bab darjat, ada Islam, Iman dan Ihsan. Islam itu "surface". Dalam perbincangan bab taqwa, Allah sebutkan muhsinin.

    Orang yang lakukan ibadah qurban hasil dari dorongan hati di atas kefahammnya terhadap perintah Allah dan mengharapkan keampunan dari Allah, maka dia dikatakan orang muhsin. Sebaliknya orang yang lakukan ibadah qurban kerana taat sahaja atau atas dorongan kawan atau kerana masuknya musim haji, maka dia setakat orang Islam sahaja.

  3. Bolehkan agihan daging kepada orang miskin lebih dari yang ditetapkan?
    Takrifan miskin mengikut kerajaan negeri Selangor adalah pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Agihan daging qurban perlu kepada kebijaksanaan, bukannya kaedah turun-termurun.

    Daging agihan boleh diberikan kepada seorang miskin lebih dari kadar yang ditetapkan (contoh: 1 kilogram). Katalah kita nak agihkan kepada dia 30 kilo, penerima mungkin akan memberitahu dia tak boleh simpan 30 kilo tersebut kerana peti ais pun kecil.

    Caranya:
    (i) tanyakan berapa keperluan daging mentah yang diigini dan yang boleh disimpan. Katalah 3 kilo. Kita hantarkan 3 kilo daging qurban itu ke rumahnya.
    (ii) minta izin kepadanya utk dijualkan baki 27 kilo lagi (pada harga pasaran) dan hasil jualan daging itu diserahkan kepadanya. Dengan wang tunai itu, dapatlah dia membeli keperluan-keperluan lain utk keluarganya.  
- Berkawanlah dengan orang miskin, nescaya kita mudah dapat peluang untuk berbakti kepada orang miskin, mudah utk kita agihkan daging qurban kepada orang miskin.
  • Berkawan dengan orang miskin, kita berperluang belanja dia makan, atau bayarkan barang yg dibeli. Jika berkawan dengan orang kaya, kita terlepas peluang belanja makan kepada orang miskin (sebab yang makan dengan kita adalah orang kaya).

No comments: