Monday, December 28, 2020

Bilal bin Rabah

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 5-Okt-2019 

Sahabat Rasulullah, Bilal bin Rabah

- Seorang hamba sebelum dari zaman Rasulullah. Dia berketurunan Habsyah, berkulit hitam. Bapanya adalah hamba, dan sebagai anak kepada seorang hamba, maka dia juga adalah hamba.

- Menjadi hamba kepada seorang pembesar Quraisy bernama Umaiyah bin Khalaf. 

- Antara hamba yang paling awal memeluk Islam. Oleh kerana dia seorang hamba, tiada orang yang menjadi penaung/melindungi dari diganggu dan diseksa. Dia diseksa oleh tuannya sendiri kerana tidak mahu meninggalkan/keluar dari ugama Islam.

- Ammar bin Yassir, apabila bapanya Yassir diseksa dan ibu Sumaiyah diseksa dan disula, hingga syahid, Ammar kemudiaannya ditanya adalah dia sedia mengaku bahawa latta dan uzza itu adalah tuhan, maka Ammar terpaksa mengaku dan dilepaskan. Ammar setelah dilepaskan dari seksaan, kemudiannya bertemu dengan Rasulullah kerana rasa khuatirnya disebabkan telah melafaskan syirik kepada Allah, kufur kepada Allah. Rasulullah menenangkan Ammar. Rasulullah katakan kepadanya "kalau mereka tangkap kamu lagi, dan mahukan kamu katakan bahawa kamu beriman dengan uzza dan latta, dan lain-lain tuhan selain Allah, maka katakanlah". 

- Bilal tidak berpenderian seperti Ammar, Bilal tetap mengatakan bahawa Allah adalah tuhanku. Dia tidak mengambil sikap mengatakan di bibir tetapi berbeza di hati.
 
- Seksaan yang dilakukan terhadap Bilal, ditonjolkan kepada penduduk Mekah, agar menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak memeluk ugama yang dibawa oleh Rasulullah iaitu Islam.

- Abu Bakar as-siddiq adalah orang yang paling memahami harapan dan isi hati Rasulullah. Apabila Rasulullah menemuinya, Rasulullah memberitahu, "Wahai Abu Bakar sesungguhnya Bilal bin Rabah sedang diseksa kerana Allah SWT". Abu Bakar pulang ke rumahnya dan kemudian pergi ke tempat Bilal diseksa, mencari Umaiyah bin Khalaf. Dia tanyakan kepada Umaiyah, adakah engkau sudi untuk menjualkan hambamu ini kepadaku. Umaiyah tanya kepada Abu Bakar berapa yang ingin dibayar. Abu Bakar kemudiannya tanyakan berapa harganya. Umaiyah katakan 7 ukiyyah wang perak. Abu Bakar kemudiannya serahkan 7 ukiyyah wang perak kepadanya.  Pada ketika melepaskan Bilal, Umaiyah katakan kepada Abu Bakar jika engkau letakkan harga 1 ukiyyah, aku akan jualkan, kerana Bilal tiada harga langsung (tidak berguna). Kata Abu Bakar, sekiranya engkau letakkan harga 100 ukiyyah sekalipun aku akan membelinya. Menunjukkan tingginya kehormatan seorang muslim walaupun dia seorang hamba.

- Setelah dibeli, Abu Bakar menjadi tuan kepada Bilal. Abu Bakar lalu membebaskan Bilal bin Rabah. Bilal mempunyai ikatan dengan Abu Bakar atas nama "maula" kerana seorang hamba yang dibebaskan. 

- 3 sebab pewarisan harta pusaka: 
  1. Keturunan (darah- daging)
  2. Perkahwinan (spt isteri)
  3. Maula (hamba yang dibebaskan).

    Nota: Sekiranya tidak ada waris, maka harta peninggalan akan diagihkan kepada maula. 
- Selepas hijrah ke Madinah, Bilal terlibat dalam semua peperangan. Rasulullah meletakkan Bilal dalam kategori sahabat yang tinggi. 

- Dalam peperangan Badar, 70 orang Quraisy mati terbunuh dan 70 orang lagi ditawan. 
  • Antara seorang yang ditawan adalah Umaiyah bin Khalaf, dan anaknya bernama Ali. Apabila keadaan peperangan sudah hampir tewas di pihak kafir Quraisy, Umaiyah dan anaknya bercadang untuk menyerah diri. Dia memandang/mencari siapakah orang Islam yang dikenali yang boleh dihampiri utk serah diri. Kemudiannya Abdul Rahman bin Auf lalu berhampiran mereka, (Umaiyah berkawan dengan Abdul Rahman bin Auf sebelum dari keislaman Abdul Rahman). Pada ketika itu, Abdul Rahman sedang membawa beberapa keping perisai. Melihatkan lambaian dari Umaiyah, Abdul Rahman bin Auf kemudiaanya mencampakkan perisai yang dibawanya, kemudian mengambil Umaiyah dan anaknya (Ali) sebagai orang tawanan. 
     
  • Apabila Abdul Rahman bin Auf membawa Umaiyah dan anaknya ke tempat orang-orang tawanan. Dalam keadaan itu, Bilal bin Rabah menempik bahawa itu adalah Umaiyah bin Khalaf, dan tidak akan selamat. Abdul Rahman bin Auf melepaskan Umaiyah dan anaknya, dan tidak mahu mengambil mereka sebagai orang tawanan perang. 

  • Apabila Umaiyah dan anaknya melarikan diri dari Abdul Rahman bin Auf, maka Bilal bin Rabah pun mengejar mereka dan membunuh mereka berdua.

Laungan Azan

- Pada awalnya orang Islam tiada petunjuk masuk waktu solat. Ada yang datang awal, ada yang datang lewat untuk tunaikan solat berjemaah. Maka Rasulullah dan para sahabat berbincang cara mana untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
  • Dalam mesyuarat bersama Rasulullah ada sahabat yang mencadangkan agar digunakan loceng seperti yang dilakukan oleh orang nasrani. Rasulullah tidak setuju dengan cadangan itu kerana kaedah itu menyamai amalan ("tasyabbuh") pengikut nasrani.

  • Begitu juga Rasulullah tidak setuju dengan cadangan salah seorang sahabat supaya menggunakan trompet, kerana kaedah itu menyamai amalan pengikut yahudi.

  • Rasulullah juga tidak bersetuju dengan cadangan supaya ada orang yang pergi ke bukit yang tinggi dan nyalakan api, tujuannya apabila nampak api, maka datanglah untuk bersolat. Rasulullah tidak setuju kerana kaedah itu menyami amalan pengikut majusi.

  • Dengan itu kaedah panggilan dari rumah ke rumah diteruskan, mengajak penduduk Madinah untuk menunaikan solat berjemaah.

- Suatu ketika waktu subuh, di mana malam sebelumnya Abdullah bin Zaid bin Abdul Rabbi, bermimpi dia bertemu dengan seorang yang sedang memegang loceng. Dalam mimpi itu Abdullah bin Zaid bertanyakan sama ada mahukan orang itu menjualkan loceng kepadanya. Orang itu kemudiannya bertanya untuk tujuan apa loceng itu dibeli. Jawab Abdullah bin Zaid, adalah untuk memanggil rakan-rakannya (orang Islam di Madinah) untuk bersolat jemaah. Orang itu kemudiannya berkata, mahukah aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik. Dia kemudiannya mengajarkan lafaz azan. Direzekikan Allah, Abdullah bin Zaid dapat menghafal lafaz azan yang diajarkan dalam mimpinya. Pada siang hari itu dia segera bertemu dengan Rasulullah,  memberitahu hal mimpinya. Kata Rasulullah, beritahu kepada Bilal bin Rabah, suaranya lebih lunak dari suaramu.

- Setelah diajarkan lafaz azan oleh Abdullah bin Zaid kepada Bilal bin Rabah, maka Bilal pun melaungkan azan.

- Umar Al-Khattab apabila mendengar laungan azan itu, dia segera mendapatkan Rasulullah, bertanyakan apa hal yang sedang berlaku. Setelah diberitahu oleh Rasulullah akan hal mimpi Abdullah bin Zaid, Umar memberitahu Rasulullah, bahawa dia juga bermimpi perkara yang sama pada malam tersebut. Namun tidak sempat memberitahu kepada Rasulullah kerana Abdullah bin Zaid telah terlebih dahulu memberitahu hal mimpi yang sama kepada Rasulullah.

- 3 orang muazzin Rasulullah saw:
  1. Bilal bin Rabah
  2. Abdullah bin Ummi Maktum
  3. (tidak ingat nama muazzin ke3 ini)
- Lafaz azan ada 3 versi,  
  • Versi 15 frasa perkataan - adalah yang biasa dilaungkan. 
  • Versi 17 frasa 
  • Versi 19 frasa
Namun tiada tambahan frasa seperti memasukkan nama para sahabat dalam laungan azan (seperti yang dilakukan oleh orang syiah)

- Sewaktu pembukaan kota Mekah, Rasulullah mengarahkan supaya Bilal bin Rabah melaungkan azan di atas Kaabah. Darjat dan ketinggian seseorang adalah keimanan dan taqwanya kepada Allah.

- Selepas kewafatan Rasulullah, Bilal tidak lagi melaungkan azan. Dia kemudiannya memohon kepada Abu Bakar untuk berpindah ke Syam.

- Saidina Umar mengajak Bilal bin Rabah untuk pulang ke Mekah. Apabila tida di Mekah dan masuk waktu, Bilal pun melaungkan azan. Maka gempar penduduk Mekah mendengarkan suara Bilal melaungkan azan, mereka tertanya-tanya adakah Rasulullah kembali hidup, kerana rindunya dengan suara azan Bilal bin Rabah.

- Bilal juga diminta untuk melaungkan azan sewaktu pembukaan Al-Quds. 

- Rasulullah bertanya kepada Bilal bin Rabah, apakah amalan yang terbaik yang dilakukan dalam Islam, kerana baginda mendengar bunyi tapak kasut Bilal dalam syurga. Jawab Bilal, aku tidak lakukan apa-apa yang berbeza dengan orang lain, melainkan bahawa dia melakukan solat sunat wuduk 2 rakaat selepas berwuduk. Kemudiannya Rasulullah mengiyakannya. Ini adalah sunnah "takhri riyah", ie Rasulullah membenarkan amalan yang dilakukan oleh sahabat.

3 jenis sumber amalan sunnah:
    1. Sunnah fikliyah ie yang dilakukan oleh Rasulullah
    2. Sunnah lafghiyah ie yang disebutkan/dilafazkah oleh Rasulullah
    3. Sunnah takhri riyah ie yang diakui/dikrarkan (diiyakan) oleh Rasulullah
 
- Solat sunat selepas wuduk boleh dilakukan walaupun selepas Asar. seperti juga solat sunat tahyatul masjid (ie ketika masuk masjid).

- Bilal bin Rabah wafat kira-kira 10 tahun dari kewafatan Rasulullah, ie pada tahun ke 20 hijrah.



No comments: