Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:124 hingga 125
Surah Al-Baqarah Ayat 2:124, ms 19 (klik sini utk paparan ayat)
۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّٰلِمِينَDan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
- Perkataan ibrahim dieja tanpa huruf "ya". Di antara huruf "ha" dan "mim" diletakkan kepala huruf "ya" tanpa titik. Inilah kalimah Ibrahim yang dieja tanpa huruf "ya" dalam surah Al-Baqarah. Dalam surah-surah yang lain, ejaan ibrahim diakhiri dengna huruf "ha", "ya bertitik dua di bawah" dan "mim". Namun bacaan tetap sama.
- Cara bacaan ketika waqaf pada (lihat tanda kuning):
- Kita waqaf pada perkataan "fa a tam ma hunn", nun bersabdu maka kita akhiri dengan bacaan dengung "hunn". Dengung pada huruf nun kekal.
- Kita juga waqaf pada perkataan "i ma ma". Walaupun huruf "mim" dengan tandwin di atas, apabila bacaan diwaqafkan, maka dibunyikan sebagai "i ma ma", bukannya "i ma man". Penggantian ini dinamkan "mad iwad"
Surah Al-Baqarah Ayat 2:125, ms 19 (klik sini utk paparan ayat)
وَإِذۡ جَعَلۡنَا ٱلۡبَيۡتَ مَثَابَةٗ لِّلنَّاسِ وَأَمۡنٗا وَٱتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبۡرَٰهِـۧمَ مُصَلّٗىۖ وَعَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيۡتِيَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلۡعَٰكِفِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِDan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
- Cara bacaan ketika waqaf pada (lihat tanda kuning):
- Jika kita waqaf, bacaan menjadi "wa am na". Bukannya "wa am nan". Baris dua di atas, digantikan dengan baris di atas dan dibunyikan dengan 2 harkat.
- Pengecualian kepada mad iwad adalah pada huruf "ta marbutah" (lihat tanda oren).
Contoh: sekiranya kita waqaf pada perkataan "ma tha ba tan" ianya di waqaf dengan sebutan "ma tha bah", bukannya "ma tha ba ta". Huruf "ta" marbutah, apabila diwaqafkan, maka ia perlu ditukar kepada huruf "ha".
- Nabi Ibrahim melaksanakan semua perintah yang diturunkan ke atasnya. Dengan sebab itu Allah lantik dia menjadi imam (pemimpin).
- Janji Allah adalah, Allah tidak akan melantik orang-orang zalim dari sudut aqidah.
- Dua (2) anak Rasulullah ie Qasim dan Ibrahim meninggal pada usia kanak-kanak. Masyarakat arab pada masa itu berbangga apabila lahir anak lelaki, kerana anak lelaki adalah penyambung kepada apa yang dilakukan oleh bapanya. Masyarakat arab jahiliyah ketika itu beranggapah bahawa anak lelaki Rasulullah akan mewarisi tugas baginda Rasulullah. Pada fikiran mereka Nabi Muhammad berdakwah atas kapasiti diri, bukannya sebagai seorang Nabi. Apabila anak lelaki Nabi Muhammad meninggal dunia, orang arab jahiliyah mengatakan bahawa Muhammad terputus keturunan, selepas ini tiadalah orang yang akan menyebarkan dakwah.
Allah turunkan ayat 1 hingga 3 dari surah Al-Kauthar sebagai motivasi dan untuk mententeramkan hati Rasulullah di atas kata-kata orang arab jahiliyah ketika itu. Sebenarnya orang arab jahiliyah yang menentang dan memusuhi Nabi Muhammad itulah yang terputus keturunan, bukannya Rasulullah.
Surah Al-Kauthar Ayat 108:1 hingga 3 (klik sini utk paparan surah)
- Nabi Ibrahim berdoa memohon supaya Allah tidak hanya melantik dirinya sebagai imam untuk manusia, lantik lah juga dari keluarganya menjadi pemimpin. Allah perkenankan doanya hinggalah ke Nabi terakhir. Nabi Muhammad dilantik menjadi pemimpin umat akhir zaman.
- Allah uji Nabi Ibrahim supaya ditinggalkan isterinya dan anaknya ie Ismail yang baru lahir, di tengah padang pasir. Dia patuh perintah Allah, dan meneruskan perjalanannya. Nabi Ibrahim bergerak mengikut wahyu Allah.
- Sekiranya Nabi Ibrahim mengikut nafsu, sudah tentulah dia akan bawa bersama isteri dan anaknya untuk meneruskan perjalanan. Sebaliknya Nabi Ibrahim taat perintah Allah.
- Bermula dari zuriat Ismail, Allah yang pelihara, tanpa bantuan sesiapa.
- Ketika Nabi Ismail yang masih kanak-kanak (peringkat umur telah boleh mula diharap), Allah wahyukan supaya dilakukan korban kepada Nabi Ismail. Nabi Ibrahim sempurnakan perintah Allah supaya disembelih Nabi Ismail. (Allah kemudiannya menukarkan sembelihan Nabi Ibrahim itu dengan seekor kibas. Bukannya Nabi Ismail yang disembelih).
- Ketaatan Nabi Ibrahim ke atas perintah Allah, menjadikan zuriat keturunannya diperlihara oleh Allah dan menjadi pemimpin kepada umat mereka.
- Menyempurnakan perintah Allah itu menjadi asbab mendapat zuriat keturunan yang baik.
No comments:
Post a Comment