Tafsir Surah Al-Baqaran Ayat 2:142 hingga 143
Surah Al-Baqarah Ayat 2:142 (klik sini utk paparan ayat)
۞سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمۡ عَن قِبۡلَتِهِمُ ٱلَّتِي كَانُواْ عَلَيۡهَاۚ قُل لِّلَّهِ ٱلۡمَشۡرِقُ وَٱلۡمَغۡرِبُۚ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ
Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
- Ada 2 tugas kepada kaum muslimin pada ketika itu (di Madinah), yang berat ie:
(i) meneruskan aqidah yang mulia
(ii) amanah sebagai khalifah di muka bumi, utk memperjuangkan ugama Allah dan utk memakmurkan bumi Allah.
- ayat ini berkait dengan peristiwa Rasulullah tiba di Madinah, solat yang ditunaikan mengadap ke Baitulmaqdis. Allah mengetahui keinginan Rasulullah untuk menghadap ke Baitullah di Mekah dalam solat. Wahyu pertukaran arah qiblat berlaku sewaktu dalam solat.
- dalam keadaan tidak tahu aah qiblat, dan tiada apa-apa bantuan yang ada utk menentukan arah qiblat (contoh: berada di luar negara, dalam keadaan cuaca salji, tidak nampak matahari, atau berada di waktu malam yang gelap), maka mana-mana arah boleh dijadikan qiblat utk bersolat.
- Sekiranya setelah selesai solat, kita dimaklumkan bhw arah kiblat adalah arah yg berbeza dari ijtihad kita tu, maka wajib ke atas kita melakukan solat itu sekali lagi, jika masih ada waktu solat.
- cara mana solat itu dikerjakan tidak penting utk dibincangkan, kerana ianya tidak akan berlaku selepas dari wahyu yang diturunkan itu kepada Rasulullah. Ulamak fekah bersependapat bahawa tiada faedah utk membincangkan keadaan solat pada waktu turunnya wahyu tersebut.
Surah Al-Baqarah Ayat 2:143 (klik sini utk paparan ayat)
وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ وَمَا جَعَلۡنَا ٱلۡقِبۡلَةَ ٱلَّتِي كُنتَ عَلَيۡهَآ إِلَّا لِنَعۡلَمَ مَن يَتَّبِعُ ٱلرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِۚ وَإِن كَانَتۡ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى ٱلَّذِينَ هَدَى ٱللَّهُۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَٰنَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٞ رَّحِيمٞDan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
- Allah uji kepada orang Islam pada ketika itu dengan pertukaran arah qiblat. Pelbagai ujian seperti kata-kata, tohmahan dan sindiran diterima dari golongan kafir. Allah jadikan ini sebagai ujian untuk menilai keimanan orang Islam pada ketika itu.
- Cuba semak dalam diri kita, adakah kita hanya ikut kepada perintah Allah yang kita suka sahaja. Sebaliknya perintah yang berat, kita tidak patuhi.
No comments:
Post a Comment