Wednesday, December 9, 2020

Talhah bin Ubaidillah

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Maghrib Ahad 19-Nov-2017

Sahabat Rasulullah: Talhah bin Ubaidillah ra

  •  10 orang yang dijanjikan Syurga, yang dikumpulkan dalma satu hadis. Ramai lagi para sahabat yang dijanjikan syurga, seperti Bilal - Rasulullah mendengar bunyi terompahnya di syurga sedang Bilal masih hidup. Begitu juga Khadijah.

Sahih Ibnu Hibban. Beliau berkata: 
أخبرنا أبو خليفة حدثنا الحوضي عن شعبة عن الحر بن الصياح : عن عبد الرحمن بن الأخنس أنه كان في المسجد فذكر المغيرة عليا فنال منه فقام سعيد بن زيد فقال : أشهد على رسول الله صلى الله عليه و سلم أني سمعته يقول عشرة في الجنة : النبي صلى الله عليه و سلم في الجنة و ابو بكر في الجنة و عمر في الجنة و عثمان في الجنة و علي في الجنة و طلحة بن عبيد الله في الجنة و الزبير بن العوام في الجنة و سعد بن مالك في الجنة و عبد الرحمن بن عوف في الجنة  ولو شئت لسميت العاشر قالوا  من هو  فسكت فقالوا  من هو  فقال : سعيد بن زيد

Maksudnya : “ Abu Al-Khalifah mengkhabarkan kepada kami daripada Syu’bah daripada Al-Hurr Bin Al-Siyah daripada Abdurrahman Bin Al-Akhnas bahawa ada satu ketika beliau berada di Masjid. Maka Mughirah menyebut tentang Ali dan beliau mencela Ali. Lalu Sa’id Bin Zaid bangun dan berkata : Aku bersaksi dengan nama Rasulullah SAW bahawa aku mendengar Baginda bersabda tentang sepuluh orang yang berada di dalam syurga : Nabi berada di syurga, Abu Bakar berada di syurga , Umar berada di syurga, Uthman  berada di syurga, Ali berada di syurga, Talhah Bin Ubaidullah berada di syurga, Zubair Bin Al-‘Awwam berada di syurga, Sa’ad Bin Malik berada di syurga, Abdurrahman Bin ‘Auf berada di syurga. Kalau kamu mahu akan aku namakan orang yang kesepuluh. Para sahabat bertanya siapakah dia lalu Nabi SAW diam. Para sahabat bertanya lagi : siapakah dia?. Maka Nabi SAW menjawab : Sa’id Bin Za’id.” [HR Ibnu Hibban (6993)]

-  Talhah adalah seorang Mekah berketurunan Quraisy, antara yang terawal memeluk Islam.

- Ada kaitan persaudaraan dengan saidina Abu Bakar. Moyangnya bernama Taimy. 

- Lahir 28 tahun sebelum peristiwa Hijrah. 25 tahun lebih muda dari Rasulullah, dan lahir di Mekah.

- Tiada catatan sejarah sewaktu Talhah kanak-kanak dan remaja.

- Berbanding saidina Abu Bakar, catatan sejarah bahawa sebelum memeluk Islam, saidina Abu Bakar menjaga dirinya dari perkara-perkara dan cara kehidupan orang kafir. Dia menolak dari minum arak, menolak untuk sembah berhala.

  • Kisah Talhah adalah sewaktu dia dewasa, dia menjalankan urusan perniagaan, dan amat berjaya. Dia pula berasal dari keturunan yang baik-baik. 

  • Sewaktu kenabian Rasulullah, Talhah tidak berada di Mekah. Dia berada di kawasan Busra (di utara semenanjung tanah arab) menjalankan perniagaan.  Di Busra dia bertemu dengan seorang rahib, yang mana ditanya oleh rahib itu siapa di sini berasal dari negeri di padang pasir di Mekah. Talhah mengaku bhw dia berasal dari Mekah. Kemudian rahib itu bertanya, sudah munculkah seroang yang bernama Ahmad bin Abdullah yang dikalangan kamu menjadi Nabi? Talhah tiada maklumat dan mengatakan tidak tahu. Rahib itu berpesan sekiranya kamu pulang dan bertemu dengannya, jangan lepaskan peluang untuk mengikutinya, dia membawa ajaran sepertimana yang telah termaktub dalam kitab suci mereka.

  • Apabila pulang ke Mekah, Talhah mencari-cari berita siapakah Nabi dikalangan penduduk Mekah. Talhah kenal akan Muhammad bin Abdullah, kerana sifat al-amin dan keperibadian baginda, juga pandai berniaga. Namun tidak tahu akan kenabian Rasulullah. Talhah mendengar cerita Muhammad bin Abdullah ini membawa ugama baru, dan mengaku menjadi Nabi dan pesuruh Allah. Talhah cuba mendapatkan maklumat dari rakan perniagaanya ie Abu Bakar as-siddiq. Apbl Abu Bakar menceritakan tentang Islam yang didakwah oleh Rasulullah, Talhah pula menceritakan peristiwa di Bursa, maklumat dari rahib itu tepat. Bersegerah saidina Abu Bakar, Talhah, Abdul Rahman bin Auf,  dan Usman bin Affan bertemu dengan Rasulullah dan mengucapkan syahadah. 

  • Dari 10 orang yang dijanjian syurga, 5 orang darinya adalah atas tangan Abu Bakar as-siddiq, mengislamkan mereka.

  • Apabila mereka memeluk Islam, mereka menerima tekanan dari kalangan penduduk Mekah. Namun mereka tidak diseksa seperti yang diterima oleh Bilal, dan lain-lain yang mula-mula memeluk Islam, kerana mereka dari kalangan peniaga yang berjaya juga latar belakang keluarga yang disegani.

  • Semasa peristiwa Hijrah Rasulullah ke Madinah bersama Abu Bakar as-siddiq, Talhah tidak berada di Mekah. Ketika itu Talhal sedang menjalankan perniagaan. Dalam perjalan pulang ke Mekah, Talhah bertembung dengan Rasulullah dan Abu Bakar. Dalam pertemuan itu Talhah telah menghadiahkan dan memakaikan baginda Rasulullah dan Abu Bakar dengan pakaian baru hasil perniagaannya.  Dia kemudiannya meneruskan perjalanan pulang ke Mekah.

  • Setelah selesai mengagihkan segala barangan perniagaan yang di bawa pulang, Talhah berhijrah ke Madinah. Dia membawa bersamanya keluarga Abu Bakar as-siddiq (Asma, Aisyah) hingga selamat tiba ke Madinah.


Kehidupan di Madinah
  • Kehidupannya di Madinah, dia dipersaudarakan dengan Abu Ayub Al-Ansari. Rasulullah tinggal di tingkat bawah rumah Abu Ayub Al-Ansari, sewaktu awal Hijrah Rasulullah. Suatu ketika, bekas air Abu Ayub menumpahkan air, dan dia bersama isterinya menggunakan pakaian-pakaian mereka untuk menahan air tersebut dari menitik ke tingkat bawah, di mana Rasulullah berada. Hinggalah dipujuk untuk baginda tinggal di tingkat atas.


Perang Badar (2H)
  • Talhah mengikuti banyak peperangan, namun dia tidak sertai Peperangan Badar. Talhah tidak mengikuti peperangan Badar. kerana patuh kepada arahan Rasulullah. Perang Badar ada ketumbukan tentera kecil yang tujuannya adalah untuk merampas kembali harta-harta yang dibawa oleh saudagar Mekah yang pergi ke/balik dari Syam. Talhah dengan seorang sahabat yang lain ditugaskan dengan tugas rahsia oleh Rasulullah untuk merisik bagi mendapatkan maklumat pergerakan rombongan dagang peniaga Mekah. Talhah dan sahabat tadi menunggu di satu kawasan bernama Hawrak, mengintip pergerakan saudagar Mekah yang berulang alik ke Syam. 

  • Namun apbl tiba di Madinah pulang dari tugas mengintip itu, dia bertemu Rasulullah yang ketika itu baru pulang selepas dari Perang Badar (berlaku dalam tahun ke-2 Hijrah). Tidak mustahil Rasulullah telah menghantar kumpulan pengintip lain, dan hasil dari maklumat itu menggerakan gerombolan/ketumbukan 313 sahabat utk Perang Badar.

  • Rasulullah memberikan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Talhah dan sabahat risikannya walaupun mereka tidak turut berperang. Talhah menerima bahagian harta rampasan perang itu dan mengucapkan terima kasih kepada Rasulullah. Kemudiaanya dia bertanya "pahalanya bagaimana?" Jawab Rasulullah, "dan juga pahalanya".  

  • Hasil tarbiah Rasulullah, Talhah mencari ganjaran akhirat ie pahala, melebihi harta ghanimah. Para sabahat di didik oleh Rasulullah bahawa akhirat lebih utama dari harta dunia. 


Perang Uhud (3H)
  • Peluang yang dinanti oleh Talhah utk turut serta dlm peperangan berlaku dalam tahun ke-3 Hijrah ie Perang Uhud. (Perang Khandak berlaku dalam tahun ke-5 Hijrah). Semasa Peperangan Uhud, Rasulullah berhasrat untuk berkubu di Madinah sahaja. Adapun para sahabat yang muda, mereka bersemangat utk berperang seperti Perang Badar, berperang di medan peperangan. Atas gesaan-gesaan ini, Rasulullah menerima pendapat mereka, dan memasuki rumah lalu bersiap dengan pakaian perang (baju besi, topi besi, pedang).
     
  • Para sabahat yang awalnya bersetuju dengan cadangan Rasulullah untuk berkubu di Madinah kemudiannya menasihati sahabat-sahabat muda agar menarik balik cadangan mereka untuk berperang di luar Madinah, kerana ianya bertentangan dengan cadangan asal Rasulullah. Apabila Rasulullah keluar siap dengan pakaian perang baginda, sahabat yang muda tadi bertemu Rasulullah mohon supaya mereka berkubu sahaja di Madinah. Namun kata Rasulullah, tidak ada bagi seorang Nabi yang apabila telah mengenakan pakaian perangnya akan membukanya melainkan setelah tamat peperangan.

  • Dalam Perang Uhud ini 1,000 sahabat dipilih untuk menyertai pasukan tentera Islam, manakala pihak musuh 3,000 orang. Namun di saat akhir, 300 tidak turut serta kerana termakan hasutan Abdullah bin Ubai ie ketua orang munafik. Dari sejumpah 700 orang itu, 50 orang tentera pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair ditugaskan oleh Rasulullah untuk mengawal dan bertahan di kawasan tinggi di Jabal al-Rumah (dikenali juga Jabal Ainain).

  • Sewaktu keadaan perang sudah memihak kepada tentera Islam, 40 orang dari pasukan pemanah di Jabal al-Rumah turun (ie mengingkari perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan posisi mereka walau apa juga keadaan), untuk mendapatkan harta perang yang ditinggalkan oleh pihak musuh. Dalam keadaan kawalan menjadi lemah dengan 10 orang di atas bukit, Khalid Al-Walid mengambil kesempatan dan menukar strategi perang untuk menyerang tentera Islam. Abdullah bin Jubair dan pasukan di atas bukit syahid, begitu juga tentangan terhadap tentera Islam yang dlm keadaan kucar-kacir ketika itu. Rasulullah juga terdedah terhadap serangan hingga berdarah dan patah gigi. Juga jatuh ke dalam lubang dan tidak mampu mengangkat badannya dan begerak ke tempat yang selamat. Ketika itu tersebar berita bahawa Rasulullah telah terbunuh. Sebenarnya, Mus'ab bin Umair, yang mana susuk tubuhnya mirip susuk tubuh Rasulullah saw.

  • Pada ketika itu hanya ada 11 orang sahabat yang dekat dengan Rasulullah, salah seorang daripadanya adalah Talhah bin Ubaidillah. Ketika musuh menuju ke arah Rasulullah, Rasulullah bersabda, sesiapa yang melindungiku maka baginya syurga. Setiap kali Rasulullah berkata begitu, Talhah mengatakan dia hendak datang melindungi Rasulullah, namun Rasulullah perintahkannya utk berjaga ditempatnya, seolah-olah utk memastikan Talhah adalah orang terakhir yang akan melindungi baginda.

  • Apabila 10 sahabat telah syahid, Talhah mengambil posisi dihadapan dan dia menahan tombak yang dilemparkan hingga putus 4 jarinya (yang tinggal hanya ibu jari). Talhah nenundukkan badannya dan mengangkat tubuh Rasulullah di atas bahunya utk keluar dari lubang hingga Rasulullah dapat keluar dan berlindung di atas batu besar.  Ketika itu Rasulullah katakan "au jabat, au jabat" ("wajiblah, wajiblah") ie wajiblah Talhah di balas syurga akan tindakan dan pengorbanannya. Apabila Rasulullah telah selamat keluar dari lubang itu, barulah sahabat-sahabat lain dapat melindungi baginda.  

  • Kata Abu Bakar as-siddiq Talhah adalah hero dalam peperangan Uhud itu. 

  • Ada 4 kesan luka yang besar di tubuh dan kepala Tolhah. Ada riwayat mengatakan 37 kesan kecederaan, ada yang mengatakan 73 kecederaan pada badan Talhah.

  • Selepas kewafatan Rasulullah, ketika peristiwa saidina Umar al-Khattab ditikam dan dalam masa 3 hari sedang sakit sebelum syahid, saidina Umar telah memilih 6 orang dalam kumpulan syura utk melantik khalifah. Talhah adalah salah seorang dari 6 orang tersebut. Dalam syura itu saidina Usman bin Affan dilantik menjadi khalifah.

  • Selepas saidina Usman bin Affan terbunuh, Talhah telah meminta saidina Ali untuk menyegerakan urusan siasatan pembunuh saidina Usman. Saidina Usman dibunuh oleh pembunuh yang ada kaitan dengan Abdullah bin Sabak, Talhah berasa sedih kerana saidina Usman dibunuh. Dia meminta khalifah ie saidini Ali untuk mempecepatkan usaha siasatan siapakan pembunuh saidina Usman dan menjatuhkan hukuman. 

  • Saidina Ali atas kapasitinya sebagai khalifah,  dia memikirkan lain-lain urusan yang perlu ditangani, bukan mudah untuk mencari pembunuh saidina Usman dan menjatuhkan hukuman. Pada ketika itu berlaku perbezaan pendapat, tetapi perbezan pendapat itu tidaklah membawa kepada peperangan.


Peperangan Jamaal
  • Peperangan Jamaal sebenarnya sudah tidak berlaku, saidatina Aisyah, Az-Zubair bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah datang ke Basrah bukan untuk berperang dengan saidina Ali bin Abi Talib, tetapi kedatangan mereka adalah untuk menuntut agar disegerakan urusan siasatan pembunuhan saidina Usman bin Affan dan menjatuhkan hukuman kepada pelakunya. Dalam pertemuaan itu saidina Ali mengingatkan banyak perkara mengenai pesan-pesan Rasulullah saw, sehinggakan mereka tidak jadi untuk mengangkat senjata. Mereka ingin berbincang dengan saidina Ali dengan lebih baik, dan akhirnya mereka berhasrat hendak pulang dan menunggu hasil tindakan saidina Ali.

  • Dalam keadaan itu, datang musuh Islam memainkan peranan melagakan dua pasukan Islam, kerana orang Islam sudah tidak jadi perperang sesama mereka. Az-Zubair dan Talhah cuba menghalang pasukannya dari terus berperang. Begitu juga saidina Ali menghalang dari pihak dari berperang. Dalam keadaan itu Talhah terkena panahan dari tempat yang tidak disedari. Turut terbunuh adalah Az-Zubair bin Awwan, juga anak Talhah ie Muhammad bin Talhah (yang juga digelar "as-sajjad" iaitulah yang sujud kepada Allah).  Mereka terbunuh akibat dari panahan dari musuh yang berada di kalangan tentera Islam. 

  • Saidina Ali apabila melihat jasad Talhah dan Az-Zubair yang rapat dengan baginda, yang syahid, dia membersihkan jasad mereka, dan membuang debu-debu dimuka mereka, dan Ali Abi Talib mengatakan "berikan berita gembira kepada pembunuh Talhah dan Az-Zubair ini dengan neraka Allah SWT". 

  • Talhah syahid dalam peperangna Jamaal, pada usia 64 tahun dan kekebumikan di Basrah. Umur 60-an adalah seperti yang disebutkan oleh Rasulullah.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:  

أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ

Maksudnya: “Umur-umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu.” [HR al-Tirmizi (3550)]

  • Dalam satu kisah, Talhah gelisah dan tidak dapat tidur, kerana memikirkan dia membawa pulang banyak harta hasil jualan. Isterinya mencadangkan supaya dia sedekahkan/menginfakkan hartanya. Dia pun setuju dengan cadangan isterinya dan memnginfakkan hartanya. Hingga tinggal beberapa dirham sahaja.

  •  Dalam satu kisah yang lain, Talhah menjual tanah, dia tak boleh tidur memikirkan banyak duit hasil jualan tanah. Akhirnya dia panggil kawan-kawannya untuk memberikan kepada golongan fakir miskin, terutama kepada keluarga bani Tayim. Hingga tinggal beberapa dirham sahaja untuk dia dan keluarganya.

  • Lagi banyak kita menderma, lagi banyak Allah beri ganjaran kepada kita.

- Kisah selanjutnya adalah Az-Zubair bin Al-Awwam.
 

 
   

No comments: