Monday, July 21, 2025

Adab di Masjid

- us Lt Kol Syukri bin Yahya kuliah Maghrib Isnin 21-Jul-2025

Adab di Masjid

Adab #1: Jangan ke masjid setelah memakan banyak makanan berbau atau dalam keadaan berbau tidak menyenangkan.

Surah Al-Araf ayat 7:31 (klik sini)
{ ۞يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٖ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ }

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

- Surah Al-A'raf ayat 31 berkaitan dengan perintah Allah kepada anak cucu Adam agar memakai pakaian yang indah dan menutup aurat setiap kali memasuki masjid, serta makan dan minum dengan tidak berlebihan.

  • Asbabun Nuzul (sebab turunnya ayat) menurut riwayat Ibnu Abbas dari hadis yang diriwayatkan oleh muslim adalah ketika pada zaman jahiliyah, ada seorang wanita tawaf di Ka'bah dalam keadaan hampir telanjang, hanya menutupi kemaluannya dengan sehelai kain, kemudian berkata bahawa bahagian yang kelihatan itu tidak dihalalkan baginya. Maka turunlah ayat ini untuk memerintahkan umat agar mereka berhias dengan pakaian yang sopan dan menutupi aurat saat beribadah serta menghindari israf (berlebih-lebihan) dalam makan dan minum.
Terdapat hadis berkaitan larangan ke masjid setelah memakan makanan berbau dgn kuantiti yg banyak.

  • Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang kami memakan bawang dan kucai (sayur-sayuran yang menyebabkan mulut atau badan jadi bau). Tetapi kerana terpaksa kami makan juga. Maka bersabda beliau saw., "Siapa yang memakan sayur-sayuran (yang menyebabkan badan atau mulut jadi bau) ini, maka janganlah mendekati masjid kami, kerana malaikat merasa terseksa juga dengan apa yang menyeksa manusia." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0517]
  • Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Ketika perang Khaibar, kami para sahabat Rasulullah saw. terpaksa makan sayur bawang putih. Kerana sangat lapar, kami makan agak banyak. Kemudian kami pergi ke masjid, lalu baunya tercium oleh Rasulullah saw. Maka bersabda beliau, "Siapa yang makan buah yang berbau busuk itu, janganlah dekat-dekat kepada kami di masjid." Kata orang banyak, "Haram! Haram!" Ketika hal itu terdengar oleh Rasulullah saw., beliau bersabda: "Wahai, manusia! Sesungguhnya aku tidak mengharamkan apa yang dihalalkan Allah; tetapi hanya kerana tumbuh-tumbuhan itu berbau busuk." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0518]
Begitu juga rokok yg menyebabkan bau mulut atau pakaian berbau busuk. Bau mulut/ badan/ peluh/ pakaian yg berbau (busuk) menyebabkan jemaah masjid tidak selesa dan mengganggu kekusyukan solat para jemaah terutama yg bersebelahan atau berdekatannya.

Seorg pekerja yg berpeluh kerana pekerjaannya, maka bawalah persalinan pakaian dan bersihkan diri sebelum menunaikan solat berjemaah. Dgn itu tidak mengganggu para jemaah.


Adab ke2: Anjuran datang ke masjid lebih awal.

  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mandi seperti mandi janabah pada hari Jumaat, kemudian dia pergi ke masjid pada kesempatan pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada kesempatan kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor sapi. Dan siapa yang pergi ke masjid pada kesempatan ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Dan siapa yang pergi ke masjid pada kesempatan keempat, maka pahalanya seperti berkorban seekor ayam. Dan siapa yang tiba di masjid pada kesempatan kelia, maka pahalanya seperti berkorban sebuah telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir mendengarkan khutbah, (dan tidak ada lagi mencatat siapa yang datang mulai saat itu). [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0802]


Adab ke3: Datang ke masjid dlm keadaan tenang
  • Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. , sabdanya: "Apabila kamu mendengar Qamat, maka pergilah solat (berjemaah), dan hendaklah bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Dalam keadaan bagaimana saja pun mereka kamu dapati, maka solatlah kamu bersama mereka, mana yang anda luput daripadanya, sempurnakanlah kemudian." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0360]
  • Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:"Apabila qamat telah dibacakan oleh hendak solat, maka janganlah kamu datang dengan tergesa-gesa, tetapi datanglah dengan berjalan seperti biasa, bersikap tenang. Ikutlah solat pada rakaat yang mana saja kamu dapati. Mana yang ketinggalan sempurnakanlah (sesudah imam memberi salam). " [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0488]

Adab ke4: Doa ketika berjalan ke tempat solat.
  • Dari ’Abdullah bin ’Abbas RA, Nabi saw keluar menuju ke masjid untuk menunaikan solat membaca:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِيْ قَلْبِيْ نُوْرًا، وَفِيْ لِسَانِيْ نُوْرًا، وَ اجْعَلْ فِيْ سَمْعِيْ نُوْرًا، وَ اجْعَلْ فِيْ بَصَرِيْ نُوْرًا، وَ اجْعَلْ مِنْ خَلْفِيْ نُوْرًا، وَمِنْ أَمَامِيْ نُوْرًا، وَ اجْعَلْ مِنْ فَوْقِيْ نُوْرًا، وَمِنْ تَحْتِيْ نُوْرًا، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِيْ نُوْرًا.

Mafhumnya: “Ya Allah jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, dan jadikan juga cahaya di pendengaranku, dan jadikan cahaya di penglihatan-ku, dan jadikan cahaya di belakangku, dan cahaya di hadapanku, dan jadikan cahaya di atasku, dan di bawahku.


Adab ke5: Doa ketika memasuki masjid dan juga keluar dari masjid.
Kaedah: mulakan dgn selawat dan baca doa memasuki atau keluar masjid.

Doa memasuki masjid:
“اللّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ”
(Allahumma iftah li abwaba rahmatik)
Maksudnya: “Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu.”

Doa keluar masjid:
“اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ”
(Allahumma inni as’aluka min fadlik)
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dari kurniaan-Mu.”


Adab ke6: Melangkah dgn kaki kanan ketika memasuki masjid dan melangkah dgn kaki kiri ketika keluar masjid.

No comments:

Post a Comment