Sunday, December 7, 2025

Larangan Mengambil Barang Al-Luqatah

- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 7-Dis-2025

Muamalat: Larangan Mengambil Barang Al-Luqatah

Hadis tentang al-luqatah (barang temuan) riwayat Zaid bin Khalid al-Juhani ra.
  • زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، أَنَّهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلَهُ عَنِ اللُّقَطَةِ، فَقَالَ: اعْرِفْ عِفَاصَهَا وَوِكَاءَهَا، ثُمَّ اعْرِفْهَا سَنَةً، فَإِنْ جَاءَ صَاحِبُهَا فَهِيَ لَهُ، وَإِلَّا فَهِيَ لَكَ. قَالَ فَوَجَدَ الْجُهَنِيُّ غَنَمًا فَأَخْبَرَ عَنْهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: خُذْهَا وَادْعُ لَهَا أَوْ اعْلَمْ بِهَا، فَإِنْ لَمْ يَجْعَلْ لَهَا صَاحِبًا فَكُلْهَا. (Sahih Bukhari no. 2437; Sahih Muslim no. 1721)
  • Terjemah: "Zaid bin Khalid al-Juhani berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya tentang luqatah. Baginda bersabda: 'Kenalilah tali & wadahnya, kemudian umumkan selama setahun. Jika datang pemiliknya, maka miliknya. Jika tidak, milikmu.' Kemudian al-Juhani jumpa kambing, beritahu Rasulullah SAW. Baginda bersabda: 'Ambillah & panggilkan pemiliknya atau umumkan. Jika tiada pemilik, maka makanlah.'"

Hukum & Pengajaran:
  • Langkah: Kenali ciri (tali/wadah), umumkan 1 tahun, beri/serahkan kpd pemilik jika dia datang menuntut barangnya (Serah semula barang yg ditermui itu sebagai bukti kejujuran kita menjaga item yg ditemui dalam tempoh jagaan).

  • Selepas 1 tahun: Sekiranya selepas satu (1) tahun diumumkan penemuan item tersebut namun masih tiada sesiapa yg tampil menuntutnya, maka pemilihan item itu menjadi milik org yg menemukan item tersbt. 
    • Apbl telah bertukar hak pemilikan, maka item tersbt boleh diambil faedah darinya seperti dimakan, dijual atau diternak. 
  • Luqatah haiwan: Umumkan utk tempoh satu (1) tahun, jika tiada pemiliknya dtg menuntut, maka dikeluarkan zakat.

- Definisi Luqatah:
Imam Syafie dalam Kitab Al-Umm (Bab Luqatah) mendefinisikan al-luqatah sebagai harta terhormat (mahrum) yang tercicir daripada pemiliknya, tidak dalam jagaan sesiapa, dan penemunya tidak tahu pemiliknya.

Definisi Lengkap Imam Syafie:
  • Harta terhormat: Barang bernilai syarak (emas, perak, pakaian, makanan), bukan najis (arak, babi, muzik).
  • Tercicir & tidak dijaga: Hilang di jalan/kawasan umum, bukan disembunyikan.
  • Tidak diketahui pemilik: Penemu wajib kenal ciri (tali, wadah), umumkan 1 tahun, beri jika pemilik datang.
  • Contoh
    • Luqatah makanan cepat rosak: Boleh makan segera jika tak jumpa pemilik.
    • Luqatah berharga: Simpan 1 tahun, selepas itu milik penemu (boleh zakat).

- Tafsiran Imam Syafie berkaitan tali/ikatan & wadah:
  1. 'Ifaashahu (عِفَاصَهَا) = Tali, ikatan, atau pembalut luar
    • Contoh: Tali leher kambing, ikatan kain emas, tali beg wang.
    • Hukum: Kenali jenis, warna, panjang, & ciri unik (rusuk, simpul). Syafie: "Ini bukti pemilik"

  2. Wikaauha (وِكَاءَهَا) = Bekas, wadah, atau pembungkus dalam.
    • Contoh: Kulit kambing berisi madu, beg kulit, kotak kayu, kain pembalut.
    • Hukum: Kenali bentuk, saiz, bahan, warna. Syafie: "Wadah tunjuk nilai harta"

- Pemilikan (ownership) barang itu tidak berubah. 
  • Apabila pemilik dtg menuntut barangnya, maka ujilah sifat² barang yg didakwa miliknya, berdasarkan ikatan & wadah. Sekiranya tepat sifat tali/ikatan & wadah, maka wajib dipulangkan item yg ditemui itu kpd pemiliknya. 

- Hukum Mengambil Luqatah:
  1. Wajib: Jika yakin barang akan hilang/rosak/dijumpai orang zalim jika dibiarkan (contoh: wang jatuh di jalan malam). Penemu jadi pemegang amanah.
  2. Sunnat: Jika barang selamat tapi bernilai, ambil untuk umumkan & kembalikan.
  3. Harus: Selepas umumkan 1 tahun & tiada pemilik → milik penemu (boleh zakat).
  4. Makhruh: Ambil barang itu dan dia tidak dapat menjaga amanah dlm menjaga item/barang/haiwran tersebut.
  5. Haram: Jika yg mengambil barang itu utk digunakan dlm melakukan kemaksiatan.



No comments:

Post a Comment