- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 7-Dis-2025
Muamalat: Larangan Mengambil Barang Al-Luqatah
Hadis tentang al-luqatah (barang temuan) riwayat Zaid bin Khalid al-Juhani ra.
- زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، أَنَّهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلَهُ عَنِ اللُّقَطَةِ، فَقَالَ: اعْرِفْ عِفَاصَهَا وَوِكَاءَهَا، ثُمَّ اعْرِفْهَا سَنَةً، فَإِنْ جَاءَ صَاحِبُهَا فَهِيَ لَهُ، وَإِلَّا فَهِيَ لَكَ. قَالَ فَوَجَدَ الْجُهَنِيُّ غَنَمًا فَأَخْبَرَ عَنْهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: خُذْهَا وَادْعُ لَهَا أَوْ اعْلَمْ بِهَا، فَإِنْ لَمْ يَجْعَلْ لَهَا صَاحِبًا فَكُلْهَا. (Sahih Bukhari no. 2437; Sahih Muslim no. 1721)
- Terjemah: "Zaid bin Khalid al-Juhani berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya tentang luqatah. Baginda bersabda: 'Kenalilah tali & wadahnya, kemudian umumkan selama setahun. Jika datang pemiliknya, maka miliknya. Jika tidak, milikmu.' Kemudian al-Juhani jumpa kambing, beritahu Rasulullah SAW. Baginda bersabda: 'Ambillah & panggilkan pemiliknya atau umumkan. Jika tiada pemilik, maka makanlah.'"
Hukum & Pengajaran:
- Langkah: Kenali ciri (tali/wadah), umumkan 1 tahun, beri/serahkan kpd pemilik jika dia datang menuntut barangnya (Serah semula barang yg ditermui itu sebagai bukti kejujuran kita menjaga item yg ditemui dalam tempoh jagaan).
- Selepas 1 tahun: Sekiranya selepas satu (1) tahun diumumkan penemuan item tersebut namun masih tiada sesiapa yg tampil menuntutnya, maka pemilihan item itu menjadi milik org yg menemukan item tersbt.
- Apbl telah bertukar hak pemilikan, maka item tersbt boleh diambil faedah darinya seperti dimakan, dijual atau diternak.
- Luqatah haiwan: Umumkan utk tempoh satu (1) tahun, jika tiada pemiliknya dtg menuntut, maka dikeluarkan zakat.
- Definisi Luqatah:
Imam Syafie dalam Kitab Al-Umm (Bab Luqatah) mendefinisikan al-luqatah sebagai harta terhormat (mahrum) yang tercicir daripada pemiliknya, tidak dalam jagaan sesiapa, dan penemunya tidak tahu pemiliknya.
Definisi Lengkap Imam Syafie:
- Harta terhormat: Barang bernilai syarak (emas, perak, pakaian, makanan), bukan najis (arak, babi, muzik).
- Tercicir & tidak dijaga: Hilang di jalan/kawasan umum, bukan disembunyikan.
- Tidak diketahui pemilik: Penemu wajib kenal ciri (tali, wadah), umumkan 1 tahun, beri jika pemilik datang.
- Contoh
- Luqatah makanan cepat rosak: Boleh makan segera jika tak jumpa pemilik.
- Luqatah berharga: Simpan 1 tahun, selepas itu milik penemu (boleh zakat).
- Tafsiran Imam Syafie berkaitan tali/ikatan & wadah:
- 'Ifaashahu (عِفَاصَهَا) = Tali, ikatan, atau pembalut luar
- Contoh: Tali leher kambing, ikatan kain emas, tali beg wang.
- Hukum: Kenali jenis, warna, panjang, & ciri unik (rusuk, simpul). Syafie: "Ini bukti pemilik"
- Wikaauha (وِكَاءَهَا) = Bekas, wadah, atau pembungkus dalam.
- Contoh: Kulit kambing berisi madu, beg kulit, kotak kayu, kain pembalut.
- Hukum: Kenali bentuk, saiz, bahan, warna. Syafie: "Wadah tunjuk nilai harta"
- Pemilikan (ownership) barang itu tidak berubah.
- Apabila pemilik dtg menuntut barangnya, maka ujilah sifat² barang yg didakwa miliknya, berdasarkan ikatan & wadah. Sekiranya tepat sifat tali/ikatan & wadah, maka wajib dipulangkan item yg ditemui itu kpd pemiliknya.
- Hukum Mengambil Luqatah:
- Wajib: Jika yakin barang akan hilang/rosak/dijumpai orang zalim jika dibiarkan (contoh: wang jatuh di jalan malam). Penemu jadi pemegang amanah.
- Sunnat: Jika barang selamat tapi bernilai, ambil untuk umumkan & kembalikan.
- Harus: Selepas umumkan 1 tahun & tiada pemilik → milik penemu (boleh zakat).
- Makhruh: Ambil barang itu dan dia tidak dapat menjaga amanah dlm menjaga item/barang/haiwran tersebut.
- Haram: Jika yg mengambil barang itu utk digunakan dlm melakukan kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment