- us Dr Mohd Adib bin Shamsuddin kuliah Suboh Ahad 7-Dis-2025
Sabar Tanda Orang Yang Bersyukur
Definasi Sabar:
Sabar adalah menahan diri (jiwa, lisan dan anggota) ketika menghadapi perkara yang tidak disukai, sambil tetap istiqamah dalam taat dan meninggalkan maksiat, serta redha dengan ketentuan Allah.
- Dalam disiplin akhlak, sabar biasanya dibahagi kepada tiga:
- sabar dalam melakukan ketaatan,
- sabar meninggalkan maksiat, dan
- sabar menghadapi musibah.
Hadis:
- Dari Shubaib r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin , kerana pekerjaannya semuanya baik. Yang demikian tidak akan terdapat pada orang lain kecuali hanya pada orang mukmin. Kerana apabila dia berhasil (berjaya) dia bersyukur. Dan apabila dia ditimpa kesulitan dia sabar. Itulah (rahsia) kebaikannya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2515]
- Imam Syafie tafsirkan: "Allah menolong kaum muslimin dlm perang Badar disebabkan kesabaran mereka menghadapi bilangan musuh 3:1 (313 vs 1000).
- Mereka bertahan defensif, laung 'Ahad! Ahad!', Allah utus malaikat berturut (1000 → 3000 → 5000) kerana sabar & bertakwa." Beliau dalilkan dari surah Al-Anfal ayat 8: 65-66 & surah Ali-Imran ayat 3:123-125.
- Ayat Utama adalah dari surah Ali-Imran ayat3:123: "Allah telah menolong kamu di Badar sedang kamu lemah, dan dalil dari surah Ali-Imran ayat 3:125: "Jika sabar & bertakwa, Allah tolong dengan 5000 malaikat bertanda.".
- surah Al-Anfal ayat 8:65 (klik sini) (m/s 185)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ حَرِّضِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَى ٱلۡقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَٰبِرُونَ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّاْئَةٞ يَغۡلِبُوٓاْ أَلۡفٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ }
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
- surah Al-Anfal ayat 8:66 (klik sini) (m/s 185)
{ ٱلۡـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمۡ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمۡ ضَعۡفٗاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّاْئَةٞ صَابِرَةٞ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمۡ أَلۡفٞ يَغۡلِبُوٓاْ أَلۡفَيۡنِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ }
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
- surah Ali-Imran ayat 3:123 (klik sini) (m/s 66)
{ وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ }
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
- surah Ali-Imran ayat 3:125 (klik sini) (m/s 66)
{ بَلَىٰٓۚ إِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ وَيَأۡتُوكُم مِّن فَوۡرِهِمۡ هَٰذَا يُمۡدِدۡكُمۡ رَبُّكُم بِخَمۡسَةِ ءَالَٰفٖ مِّنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ مُسَوِّمِينَ }
Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
- Dlm perang Badar, Allah membalas kesabaran org² Islam dgn menurunkan bantuan 5,000 malaikat yg menyertai peperangan Badar.
- Menangis sebagai tanda kesabaran
Menangis dianggap tanda kesabaran sejati kerana ia tunjuk hati sedih tapi mulut terkawal (tidak mengeluh atau membantah qada Allah). Ini selaras dengan 3 peringkat sabar:
- sabar hati (menangis),
- sabar lisan (diam),
- sabar fizikal (taat syariat).
Hadis 1:
- Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. pernah berkata: "Pada suatu malam anakku lahir, seorang bayi lelaki, lalu ku beri nama dia dengan nama bapaku, Ibrahim. Kemudian anak itu ku kirim kepada Ummu Saif, isteri seorang pandai besi, bernama Abu Saif, Rasulullah saw. mendatanginya dan aku ikut mengiringkan beliau. Ketika kami sampai di rumah Abu Saif, dia sedang meniup api di bengkelnya sehingga rumah itu penuh dengan asap. Aku berjalan duluan di hadapan Rasulullah saw., lalu ku beritahu Abu Saif. "Hai Abu Saif! Berhentilah! Rasulullah saw. datang!" Maka berhenti dia. Kemudian Nabi saw. menanyakan bayinya, lalu diserahkannya ke pangkuan beliau. Nabi saw. mengucapkan kata-kata sayang apa saja yang diucapkannya. Kata Anas. "Ku lihat bayi itu rela dengan sakit yang diderita, senang dalam pangkuan Rasulullah saw." Maka Rasulullah saw. menangis mengucurkan air mata. Kata beliau. "Air mata boleh mengalir, hati boleh sedih, tetapi kita tidak boleh berkata-kata kecuali yang diredhai Tuhan kita. Demi Allah, wahai Ibrahim, kami sungguh sedih keranamu!" [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2145]
Hadis 2:
- Dari Anas r.a., katanya: "Kami pergi dengan Rasulullah saw. kepada Abu Saif tukang besi yang sesusu dengan Ibrahim. Rasulullah mengambil Ibrahim lalu menciumnya. Tidak lama sesudah itu kami datang pula kepadanya, tetapi ketika itu Ibrahim telah menghembuskan nafasnya yang penghabisan, dan air mata Rasulullah berlinang kerananya." Abdurrahman bin 'Auf berkata: "Ya, Rasulullah! Kenapa engkau menangis?" Jawab Rasulullah, "Hai, Ibnu 'Auf! Sesungguhnya yang demikian adalah kasih mesra. " Abdullah mengulangi perkataannya. Sabda Rasulullah saw., "Air mata mengalir, hati penuh duka, namun tidak ada kata-kata yang kami ucapkan melainkan apa yang diredhai Allah jua. Dan sesungguhnya perpisahan kami dengan engkau, hai Ibrahim, amat menyedihkan." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0678]
Konteks: Nabi saw menangis di depan jenazah anak baginda i.e. Ibrahim as. Menangis boleh dalam musibah asal tidak mengeluh kepada selain Allah (seperti "kenapa Allah buat begini").
- Bilakah sabar yg mendapat ganjaran?
Sabar pada kali pertama ditimpa musibah mendapat ganjaran penuh ialah riwayat Sahih Muslim no. 926 (daripada Anas bin Malik RA melalui Tsabit)
Hadis.
- عَنْ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَىٰ
Terjemahan: "Kesabaran itu (berpahala penuh) ialah ketika kejutan (musibah) mula-mula menimpa." (Sahih Muslim 926 - Muttafaq 'alaih).
- Hikmah: Musibah awal uji iman; sabar spontan = ganjaran besar. Segera ucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un".
No comments:
Post a Comment