Saturday, March 18, 2017

Selidik berita yang diterima

- us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 18-Mac-2017

Surah Al-Hujrat Ayat 49:6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(1) Bagaimana kita hendak menyelidik kebenaran itu?
- Maka kita perlu memiliki ilmu utk mengenali siapa yg membawa berita itu, bagaimana perangainya, bagaimana ibadatnya kpd Allah, adakah dia solat lima waktu, adakah sempurna keadaan solatnya.

- biasanya di sesuatu tempat ramai yg tergolong dlm golongan org fasik spt:
a) tidak menunaikan solat
b) tidak menutup aurat

- masyarakat yg bertakwa adalah masyarakat putih, bersih hati.
- org fasik yg dtg membawa berita yg akan memburukkan keadaan masyarakat yg beriman/bertakwa/putih, maka kena berhati-hati dgn mereka ini.
- syarak menetapkan kesaksian org fasik tidak diterima. Termasuk juga syarat yg ditetapkan utk menjadi saksi (termasuk saksi nikah).
- perangai org fasik adalah dia suka jika org disekelilingnya kucar-kacir, gelabah.

- oleh kerana itu Allah berkehendakkan kita mengenali org2 di sekeliling kita, utk memastikan kebenaran cerita (yg dibawa oleh org fasik). Org yg tidak peka dgn org fasik, dia suka keadaan yg disebabkan oleh berita yg di bawa oleh org fasik.

Surah At-Taubah Ayat 9:67

(الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ)

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

Saturday, March 11, 2017

Umat Islam umat yang terbaik

- us Shahrir Kuliah Maghrib Sabtu 11-Mac-2017

- umat Islam adalah umat yg terbaik utk manusia.

Surah Ali-Imran Ayat 3:110

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

- 3 tanggungjawab sebagai umat yg terbaik adalah:
(a) beriman kpd Allah,
(b) mencegah dari kemungkaran dan
(c) menyuruh kpd yg makruf.

- hadis:

Senantiasa ada sekelompok ummatku yg dimenangkan atas kebenaran, tak akan membahayakannya orang yg memusuhinya hingga hari Kiamat sedangkan mereka tetap seperti itu.

- kembalilah kpd ajran Islam dgn berpegang kpd Al-Quran dan sunnah (ie hadis).

Jangan terlalu takut dan jangan terlalu bimbang

- us Zamri Kuliah Suboh Sabtu 11-Mac-2017

- Dlm bab rezeki, kita jangan susah hati, ie jangan risaukan hal Allah di mana kita hanya lakukan ibadah (membuat kerja) dgn memastikan cara yang halal. Org beriman akan tenang, dan redho dgn kurniaan Allah ke atas rezeki yh diperoleh.

- ukhwah sgt berkait rapat dgn keimanan. Lagi tinggi keimanan seseorg maka semakin ia berlapang dada, dan dikurnia nikmat ukhwah.

Surah Fusilat Ayat 41 30:

(إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ)

- Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

- keyakinan dan kebergantungan kpd Allah. Apa shj yg ditentukan oleh Allah, maka seseorg itu mestilah meyakini ketentuan Allah. Walau diuji dgn kesusahan, kesempitan, penyakit maka dia akan meyakini itu semua adalah ujian dr Allah.

- Ayat 41 31:

(نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ)

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

- Ayat 41 32:

(نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ)

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

- habbatussauda adalah ubat kpd segala penyakit melainkan penyakit mati.

Maksud hadis:
(1) kita perlu berusaha utk mencari ubat
(2) perlu mencari punca kesembuhan dgn memastikan perkara2/unsur2 yg halal, dan tidak melakukan perkara atau melibatkan perkar2 yg syirik (ie bergantung kpd selain dr Allah).

- manusia takut terhadap perkara yg belum berlaku (spt ketakutan terhadap azab yg menantinya di kubur, di Padang Mahsyar, dan azab neraka). Manusia merasa bimbang apa yg akan ditinggalkan kpd keluarganya bila dia tiada.

- Org yg beriman akan dihilangkan rasa takut dan rasa kebimbangan.

- seseorg akan merasa bahagia bila:
(i) dia tidak merasa takut atau terlalu takut dgn perkara yg belum berlaku
(ii) dia tidak bersedih atau terlalu bersedih terhadap perkara yg telah berlaku.

- yg paling dekat dgn kita adalah Allah, maka letakkan kebergantungan kpd Allah, bukannya kpd manusia (spt org yg berpangkat/berjawatan/menteri).

- berlapang dada dan redho dgn sesuatu yg berlaku kerana yakin dgn ketentuan Allah.

- ayat 32:
(a) kurniaan dr Allah adalah sebaik-baik pemberian dr Allah
(b) tingkatkan ketakwaan kpd Allah, dan letakkan kebergantungan hanya kpd Allah.

Friday, March 10, 2017

Tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa

- us Dato'Zaidi Kuliah Maghrib Jumaat 10-Mac-2017

- dlm undang2 syariah, perderhakaan anak terhadap ibu bapa adalah suatu kesalahan yg berat. Namun tiada satu peruntukan utk disabitkan kesalahan anak yg menderhaka kpd ibu bapa.

- Apa yg ada hari ini adalah anak boleh mendakwa ibu bapa kerana tidak menunaikan (mengabaikan) tanggungjawab sebagai ibu bapa, spt tidak diberikan nafkah kpd anak utk menuntut ilmu.

- 4 perkara yg perlu dijaga bagi seorg anak terhadap ibu bapa:
(1) tempat tinggal ibu bapa
- di mana ibu bapa menetap? adakah rumah itu selesa, bersih dan selamat didiami
(2) makanan
- cukupkah makan dan minum ibu bapa
(3) pakaian
- cukupkah pakaian ibu bapa, adakah sesuai pakaian mereka dgn umur.
(4) kenderaan
- bagaimana keadaan kenderaan ibu bapa? Bolehkah kenderaan itu membawa mereka utk bergerak ke sesuatu tempat.

- tanggungjawab anak selepas ibu bapa meninggal adalah sentiasa mendoakan ibu bapanya (spt diampunkan dosa mereka, ditempatkan roh mereka dikalangan org beriman).

- jika kita mengharapkan anak2 utk menghormati kita, maka kita pastikan bhw kita menjaga ibu bapa. Balasan utk seorg anak berlaku baik kpd kedua ibu bapa, adalah anak2nya nanti akan berlaku baik terhadapnya nanti.

Monday, March 6, 2017

Tafsir Surah Al-Anfal Ayat 8:27 hingga 29

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 6-Mac-2017

Surah Al-Anfal Ayat 8:27 hingga 29


- Surah Al-Anfal Ayat 8:27 (klik sini utk paparan ayat)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

- dlm ayat 27,

  1. Org yg menghindari dirinya dr Allah dan Rasulullah adalah mereka yg telah selesa di Madinah dan tidak mahu kembali ke Mekah utk membantu Rasulullah menyebarkan Islam kpd penduduk Mekah yg masih lagi menyembah berhala.
  2. Org yg tidak menyukai kerja2 dakwah atau menyampaikan Islam, maka dia bersifat khianat terhadap amanah yg diberikan kpd setiap individu Islam utk melakukan dakwah kpd menyembah Allah.


- Surah Al-Anfal Ayat 8:28 (klik sini utk paparan ayat)

(وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ)

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.

- dlm ayat 28

  1. Harta dan anak pinak adalah ujian.
  2. Ramai manusia lulus apbl diuji dgn kepayahan dan kesusahan, mulutnya selalu mengucapkan/berzikir kpd Allah. Namun tidak ramai manusia yg lulus apbl diuji dgn kekayaan.
    • Apabila dah byk harta, amalan yg sunat pun sukar utk dilakukan, kerana disibukkan dgn urusan selain urusan ugama.
  3. Redho dgn keadaan ekonomi kita, kerana Allah Maha Mengetahui tahap keimanan kita.
  4. Anak adalah ujian,
    • Dari segi zahir, kita kena sayang dan berikan kasih-sayang yg sama kpd semua anak2. Allah shj yg tahu anak yg mana satu (tanpa mengira tahap pencapaian akademiknya) yg akan menjaga kita bila tua, sakit, mandikan jenazah, talkinkan, imamkan, dan paling banyak mendoakan kita bila kita dlm liang kubur.


- Surah Al-Anfal Ayat 8:29 (klik sini utk paparan ayat)

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.

- dlm ayat 29

  1. Allah kurniakan satu kelebihan (deria) dan kebolehan utk membezakan yg hak dan batil. Itulah janji Allah kpd org yg bertaqwa, diberikan keampunan.

Saturday, March 4, 2017

Kawan kita orang fasik?

- us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 4-Mac-2017

Surah Al-Hujrat Ayat 49:6

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

- dimaksudkan org yg fasik ini adalah org yg sangat suka membawa cerita palsu.

- tahap org yg sebegini (fasik) adalah yg paling ringan. Apatah lagi berita yg dibawa, disampaikan, disyarahkan oleh org yg zalim. Lebih-lebih lagilah berita, maklumat yg dibawa, diucapkan oleh org kafir.

- Allah ajarkan bhw serapat-rapat org yg membawa berita adalah dikalangan kawan/kenalan.

- Jika kita berkawan rapat dgn org yg fasik, maka kita mungkin:

(1) terikut2 dgn apa yg dilakukan, dibawakan oleh kaawan/kenalan yg fasik
(2) merelaka apa yg dilakukan oleh mereka ie kenalan yg fasik
(3) membuka ruang utk oita melakukan kemaksiatan kpd Allah, kerana percaya bhw kenalan kita itu melakukan, menyampaikan perkara yg benar.

- Allah suruh kita pastikan kawan, jiran, ketua kita, pemimpin kita, adakah mereka itu org yg fasik (atau zalim atau kafir). Jangan terima bulat-bulat apa yg dibawa, yg disampaikan, sebaliknya selidik dahulu sebelum menerima berita tsbt. Begitu juga utk disampaikan/forward kpd org lain(sama ada secara lisan, mahupun elektronik).

7 golongan yg mendapat naungan Allah

-us Sufian Kuliah Suboh Sabtu 4-Mac-2017

7 golongan yg mendapat naungan Allah

(1.) Pemerintah yg adil
- seorg yg dilantik menjadi ketua sama ada di peringkat negara, negeri, organisasi, keluarga.

(2.) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah
- Pemuda Yang Membesar Dalam Ketaatan (Ibadah).
 
(3.) Seorang yg hatinya selalu terpaut pada masjid
- Hatinya sentiasa mengingati mati.
- nikmat yg dikurniakan kpd kita adalah rumah kita dekat dgn masjid/surau, memudahkan kita utk selalu mengadiri majlis2 ilmu.

(4.) 2 lelaki saling berkasih-sayang kerana Allah yg bertemu dan berpisah juga kerana Allah.
- persahabatan yg diberkati adalah persahabatan yg berlandaskan Islam, bukannya kerana disebabkan kewangan, imbalan yg diharapkan.

(5.) Seorang lelaki yang di ajak melakukan zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah'.
- lelaki yg takutkan Allah walau digoda dgn kecantikan wanita.

(6.) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.
- sedekah yg disembunyikan adalah lebih afdal.
- sedekah membersihkan hati.

(7.) Seorang yang mengingati Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.
- mengingati Allah kerana bersyukur atau kerana bertaubat kpd Allah dgn sepenuh hati, hingga mengeluarkan air mata (kesyukuran/kekesalan).
-