Saturday, May 27, 2017

Adab-adab Berpuasa

-us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Sabtu 27-Mei-2017

Hadis:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: 'Aku ini puasa.' Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya. " [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0935]
- bau mulut org yg berpuasa lebih harum dari kasturi.

- puasa merupakan penyuci kafarah bagi dosa2. Ia juga menjadi penghalang dari fitnah ke atas keluarganya.

1) Apakah fitnah?
a) iaitulah semua perkara yg boleh menyekat dr kebenaran. Yg paling berat apbl fitnah itu berada atau sebahagiannya berada dlm diri seseorg.
- dpt gaji/uoah tetapi dibelanjakan pd jln kemaksiatan.
- hidup berjiran tetapi mengganggu, menyakiti jiran.
- lawan kpd fitnah adalah berkat.

- syurga ada satu pintu khusus utk ahli puasa.
  • Dari Sahl r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar Rayyaan. Pada hari kiamat, orang-orang yang puasa masuk ke syurga dari pintu itu. Tidak seorang pun masuk dari pintu itu selain mereka. (Mereka) dipanggil: Mana orang yang puasa? Lalu mereka berdiri. Tidak seorang pun masuk dari pintu itu selain mereka. Setelah mereka itu masuk, pintu segera dikunci, maka tidak seorang pun lagi yang dapat masuk." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0930]

2) Siapakah ahli puasa itu?
a) ahli puasa itu menambah puasa Ramadhannya dgn puasa2 sunat pd bln2 yg lain, juga menghidupkan puasa di bln Ramadhan dgn kebaikan2 yg lain.

Kegembiraan puasa adalah siangnya diam dan malamnya qiam.

Kehidupan dunia kita diistimewakan kerana bidang kemahiran. Namun di Akhirat nanti kita dikenali sebagai ahli apa utk masuk ke syurga? Adakah sebagai ahli puasa, solat, Al-Quran, dermawan?

- Syurga itu terlalu mahal harganya.
Namun pd bln Ramadhan, Allah bukakan peluang utk org Islam utk menempah tiket utk memasuki syurga dgn kemurahan bln Ramadhan.

Kelebihan Ramadhan adalah Allah sandarkan kpd diri-Nya utk menilai pahala yg selayaknya ke atas hamba-Nya.
  • Pahala org yg berpuasa itu hanya Allah shj yg memberikan nilai pahala ke atas hamba-Nya yg berpuasa.

Allah beri 2 kegembiraan kpd hamba-Nya yg berpuasa, satu di dunia dan satu lagi di akhirat.
  • Kegembiraan di dunia adalah apbl saat hamba-Nya hendak berbuka. Keduanya, kegembiraan menyambut Aidilfitri.
  • Kegembiraan di akhirat (masuk melalui pintu Ar-Rayyan)

Puasa itu membantu kita menjaga perintah Allah.
- mudah bagi kita utk melakukan perintah Allah dan meninggalkan perkara2 yg dilarang. Mudah bagi org yg berpuasa utk melakukannya dan rasa seronok melakukannya.
- mudah utk mencari ketakwaan.

Takwa
Rasa takut kpd Allah
Taat kpd Allah bersunggung-sungguh
Rasa cukup dgn yg sedikit
Buat persiapan utk hari akan datang.

Bagaimana mencapai tahap org bertaqwa?
- beristighfar di waktu sahur, maksudnya mereka di mlm hari tlh melakukan amalan2 yg disunatkan, dan apbl waktu sahur, mereka sudah hampir akhiri amalan malamnya, dgn berzikir.

Adab-adab berpuasa
(a) jangan bercakap keji, menyindir, walau kpd haiwan. Jaga percakapan supaya tidak menimbulkan rasa kurang enak org yg mendengarnya.

(b) jangan bercakap dgn percakapan yg jahil, spt menengking-nengking. Org berpuasa selalu

(c) jauhkan kata2 dusta, menipu org, bercakap dgn perkara2 yg melekakan.

(d) bersama dgn org yg baik-baik, dgn org yg buat kerja ugama, buat kebaikan.

(e) menjauhkan diri dr tempat2 lagha.

(f) suruh org berbuat kebaikan dan jauhkan/cegah dari kemungkaran.
- tegur org yg lakukan kesilapan, kemungkaran.
- apbl maksiat berlaku berleluas, dan tiada org yg menegur, maka nantikanlah azab dari Allah.
- tegur org dgn cara yg baik.

(g) jadi org yg pemurah.
- lebihkan sifat pemurah dari bln2 yg lain.
- pastikan tiada riak. Jaga hati agar tidak timbul rasa riak.

(h) perbanyakkan pembacaan Al-Quran.
- kita rasa seronok membaca atau mendengar Al-Quran apbl kita ahli Al-Quran. Begitu juga akan rasa gelisah bila tidak membaca Al-Quran.


Carian Internet:
  • Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab, ialah makan sahur." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1060]
  • Dari Hamzah bin 'Amru Al Aslami r.a., bahawa dia bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Aku kuat puasa dalam perjalanan. Berdosakah jika aku puasa?" Jawab Rasulullah saw., "Berbuka puasa dalam perjalanan adalah suatu keringanan dari Allah. Maka kerana itu, siapa yang mempergunakan keringanan itu baik, dan siapa yang lebih suka puasa tidak berdosa." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1090]
  • Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.'" [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1134]

No comments:

Post a Comment