Saturday, May 27, 2017

Adab-adab Berpuasa

-us Mohd Ihsan Kuliah Suboh Sabtu 27-Mei-2017

- bau mulut org yg berpuasa lebih harum dari kasturi.

- puasa merupakan kafarah bagi dosa2. Ia juga menjadi penghalang dari fitnah ke atas keluarganya.

1) apakah fitnah?
a) iaitulah semua perkara yg boleh menyekat dr kebenaran. Yg paling berat apbl fitnah itu berada atau sebahagiannya berada dlm diri seseorg.
- dpt gaji/uoah tetapi dibelanjakan pd jln kemaksiatan.
- hidup berjiran tetapi mengganggu, menyakiti jiran.
- lawan kpd fitnah adalah berkat.

- syurga ada satu pintu utk ahli puasa.

2) Siapakah ahli puasa itu?
a) ahli puasa itu menambah puasa Ramadhannya dgn puasa2 sunat pd bln2 yg lain, juga menghidupkan puasa di bln Ramadhan dgn kebaikan2 yg lain.

Kegembiraan puasa adalah siangnya diam dan malamnya qiam.

Kehidupan dunia kita diistimewakan kerana bidang kemahiran. Namun di Akhirat nanti kita dikenali sebagai ahli apa utk masuk ke syurga? Adakah sebagai ahli puasa, solat, Al-Quran, dermawan?

- Syurga itu terlalu mahal harganya.
Namun pd bln Ramadhan, Allah bukakan peluang utk org Islam utk menempah tiket utk memasuki syurga dgn kemurahan bln Ramadhan.

Kelebihan Ramadhan adalah Allah sandarkan kpd diri-Nya utk menilai pahala yg selayaknya ke atas hamba-Nya.
a) pahala org yg berpuasa itu hanya Allah shj yg memberikan nilai pahala ke atas hamba-Nya yg berpuasa.

Allah beri 2 kegembiraan kpd hamba-Nya yg berpuasa, satu di dunia dan satu lagi di akhirat.
a) kegembiraan di dunia adalah apbl saat  hamba-Nya hendak berbuka. Keduanya, kegembiraan menyambut Aidilfitri.
b) kegembiraan di akhirat.

Puasa itu membantu kita menjaga perintah Allah.
- mudah bagi kita utk melakukan perintah Allah dan meninggalkan perkara2 yg dilarang. Mudah bagi org yg berpuasa utk melakukannya dan rasa seronok melakukannya.
- mudah utk mencari ketakwaan.

Takwa
Rasa takut kpd Allah
Taat kpd Allah bersunggung-sungguh
Rasa cukup dgn yg sedikit
Buat persiapan utk hari akan datang.

Bagaimana mencapai tahap org bertaqwa?
- beristighfar di waktu sahur, maksudnya mereka di mlm hari tlh melakukan amalan2 yg disunatkan, dan apbl waktu sahur, mereka sudah hampir akhiri amalan malamnya, dgn berzikir.

Adab-adab berpuasa
(a) jangan bercakap keji, menyindir, walau kpd haiwan. Jaga percakapan supaya tidak menimbulkan rasa kurang enak org yg mendengarnya.

(b) jangan bercakap dgn percakapan yg jahil, spt menengking-nengking. Org berpuasa selalu

(c) jauhkan kata2 dusta, menipu org, bercakap dgn perkara2 yg melekakan.

(d) bersama dgn org yg baik-baik, dgn org yg buat kerja ugama, buat kebaikan.

(e) menjauhkan diri dr tempat2 lagha.

(f) suruh org berbuat kebaikan dan jauhkan/cegah dari kemungkaran.
- tegur org yg lakukan kesilapan, kemungkaran.
- apbl maksiat berlaku berleluas, dan tiada org yg menegur, maka nantikanlah azab dari Allah.
- tegur org dgn cara yg baik.

(g) jadi org yg pemurah.
- lebihkan sifat pemurah dari bln2 yg lain.
- pastikan tiada riak. Jaga hati agar tidak timbul rasa riak.

(h) perbanyakkan pembacaan Al-Quran.
- kita rasa seronok membaca atau mendengar Al-Quran apbl kita ahli Al-Quran. Begitu juga akan rasa gelisah bila tidak membaca Al-Quran.

No comments: