Monday, October 23, 2017

3 golongan yg mula-mula dihisab di Akhirat

- kuliah Maghrib Isnin 23-Okt-2017

3 golongan yg akan awal dihisab di Akhirat kelak:
(1) org yg syahid ie mati di jln menegakan ugama Allah.
- ada yg menipu, kerana tujuannya menyertai perang bukannya kerana hendak menegakkan ugama Allah, sebaliknya hendak mendptkan balasan dan sanjungan dr manusia. Mereka ini akan diperintahkan oleh Allah kpd malaikat utk diseret dan dihumbankan ke dlm neraka.

(2) org yg diberi ilmu pengetahuan dan diajarkannya kpd org lain.
- ada yg menipu, kerana tujuannya belajar kerana hendak mendptkan penghormatan dr org ramai. Mereka ini akan diperintahkan utk diseret ke neraka.

(3) org yg diberikan rezeki kekayaan, dan diinfakkan hartanya.
- ada yg menipu, kerana sumbangan kekayaan yg dilakukan kerana mengharapkan sanjungan, nama, dan gelaran dr manusia.
- bagaimana org yg ikhlas kerana Allah, dan dipuji pula oleh org lain. Kata Rasulullah, org ini mendpt kejayaan.

- Riak
(a) org yg melakukan amaln kerana mengharapkan sanjungan dr manusia, maka dia berlaku riak.

(b) jika seseorg itu takut utk melakukan amalan secara berterusan kerana takut dikatakan bhw di and seorg yg warak, maka dia sebenarnya sedang disesatkan kerana melakukan amalan kerana manusia. Berlaku riak dlm amalannya.

- Syafaat Nabi
(a) berselawat lah ke atas Nabi selepas dr azan dikumandangkan, ie sebelum membaca doa selepas azan itu.

- Iman
(a) adakah semakin tinggi atau semakin lemah ketakutan kita utk menemui Allah? Jika semakin tinggi, ie semakin takut kerana memikirkan byknya dosa yg dilakukan, maka iman itu semakin bertambah. Jika sebaliknya keadaan ie tidak berasa takut utk menemui Allah (ie mati), dan tidak merasa takut apbl melakukan kemaksiatan.

- apbl tidak ada org alim/berilmu yg melakukan pencegahan ke atas kemasiatan yg dilakukan di tempat/kawasan mereka, azab Allah diturunkan secara menyeluruh, bukannya khusus kpd org yg melakukan kemasiatan.
(a) tidak ada penvegahan ke atas kegiatan dadah dan penagihan dadah, maka org2 yg alim/baik ditimpakan dgn azab kebimbangan (spt tidak tenang, tidak lena tidur) kerana bimbangkan keselamatan diri, keluarga dan harta mereka, dr dicuri, diceroboh.

- jangan putus asa mengharapkan nikmat Allah.

No comments:

Post a Comment