Sunday, October 8, 2017

Kronologi selepas kematian

- us Meftah Kuliah Suboh Ahad 8-Okt-2017

- kronologi selepas kematian

- Rasulullah berdoa memohon dr keseksaan azab kubur
- didatangi para malaikat dgn berpakaian (serba putih). Malaikat Maut duduk di hujung kepala dan menyeru roh utk keluar dr tubuh. Semerbak bau wangi dr malaikat.
- roh yg dibalut dgn kafan putih dibawa naik ke langit. Para malaikat bertanya roh siapa yg dibawa itu dgn wangi yg harum.

- 2 malaikat (Mungkar dan Nakir) akan dtg, bermula soal jawab.

Keadaan org mukmin:
- org mukmin akn menjawab dgn kemas.

- dibukakan pintu syurga, maka masuklah angin sejuk dan bau-bauan wangi dr syurga. Maka dibukakan/diluaskan kubur dgn seluas pandangan. Dia akan didatangi seorg lelaki, dgn wajah yg tampan dan berbau sgt wangi. Dia berkata kpd hamba yg mukmin itu, seronoklah kamu kerana senang sgt urusan (kematian) kamu pd hari ini.

- apbl ditanya siapa kamu ini, maka jawab lelaki itu, akulah amalan kebaikkan kamu.

- lelaki itu pun berdoa agar disegerakan utk dikembalikan kpd keluaganya (yg tlh meninggal).

Keadaan org bukan mukmin:
- bagi org bukan mukmin, akan dtg malaikat dgn berpakaian serba hitam (sujul wujuh) berwajah hitam. Melihatkan itu, pd ketika itu terbayanglah segala kejahatan dan kemungkaran yg dilakukan semasa hidup.

- malaikat akan mengatakan kpdnya, wahai jiwa yg kotor, keluarlah . Keluarnya roh itu seperti benda kesat yg tersangkut, sakit apbl terputus urat2 saraf ketika nak melepaskan roh. Dibalut roh td dgn kain kafan hitam dgn bau yg busuk.

- malaikat akan bertanya roh siapa yg busuk baunya itu.

- dibawa naik ke langit dunia, tidak dibukakan pintu langit utknya, dan dia tidak masuk ke dlm syurga hingga unta boleh masuk lubang jarum.

- Allah berkata tuliskan namanya dlm as-sijjiddin, dan campakkan rohnya ke tempat yg sgt keras. Maka dikembalikan roh itu pd jazadnya. Dtg malaikat bertanya soalan kubur. Dgn tergagap-gagap dia mengatakan tidak tahu.

- dibukakan pintu neraka, maka masuklah hawa panas dan bauan busuk.

- dtg lembaga lelaki yg hitam, dan busuk baunya.

- ditanya oleh org bukan mukmin itu siapa kamu. Jawab lembaga hitam itu akulah amalan kamu yg jahat dan kemaksiatan. Berdoalah lembaga itu janganlah diipercepatkan hari pembalasan.

No comments:

Post a Comment