Tuesday, October 10, 2017

Sabar itu anugerah Allah yang paling tinggi

- us Johari Kuliah Maghrib Selasa 10-Okt-2017

- Abd Rahman bin Auf bermula dr org yg tiada harta, dtg ke Mekah sehelai sepinggang. beliau membina kejayaan berniaga di Mekah.

- Abu Said al-Khudri ketika diugut utk berhijrah, dia memilih utk meninggalkan segala hartanya dan meneruskan hijrah ke Madinah.

- sesiapa yg menahan dirinya dr meminta-minta, adalah lebih baik bagi mereka itu. Jangan meminta-minta sekiranya bukan terdesak.

- barang siapa yg sentiasa rasa tidak cukup, Allah tidak akan mencukupkan keperluannya.

- anugerah yg paling baik yg diberikan oleh Allah kpd seorg hambanya adalah kesabaran.

- org beriman itu menakjubkan, antara sifatnya:
(i) semua yg Allah beri kpdnya, dia terima dgn redho. Bila dpt kebaikan dia bersyukur, bila dpt suatu musibah dia bersabar.

- - - - - - - - - - - - - - -
Bubur asyura:

- bubur asyura biasanya dimasak/disediakan​ oleh org Melayu pd 10 Muharram. Ini adalah suatu amalan  disesetengah tempat. Tidak ada kaitan dgn amalan ugama.

- pd 10 Muharram disunatkan berpuasa.

- Amalan bergotong-royong memasak bubur asyura pd 10 Muharram boleh dilakukan pd hari selain 10 Muharram, dan ini adalah lebih baik kerana disunatkan utk berpuasa pd hari tersbt.

- kini amalan memasak bubur ayura pd 10 Muharram mula ditinggalkan kerana tiada  dlm syriat, sebaliknya ramai umat Islam kini yg mengambil peluang utk menambah pahala dgn berpuasa sunat pd 10 Muharram.

- Antara amalan tradisi dan syariat ugama, maka syariat  ugama mengatasi (keutamaannya) dari amalan tradisi.

No comments:

Post a Comment