Sunday, April 15, 2018

Abdul Rahman bin Auf (siri ke-2)

- us Norazam kuliah Maghrib Ahad 15-Apr-2018

Sirah: Kehidupan saidina Abdul Rahman bin Auf selepas kewafatan Rasulullah.
- perbincangan kali ini adalah pd zaman khalifah Umar Al-Khattab.

1) Penglibatan dlm peperangan
- walaupun Abdul Rahman bin Auf adalah seorg ahli perniagaan, dia turut serta dlm peperangan, mempertahankan dan mengembangkan Islam, mencari-cari syahid.
- sabda Rasulullah: sebaik-baik zaman adalah zamanku (semasa kehidupan Rasulullah), kemudian adalah zaman selepas ku (para sahabat) dan kemudiannya zaman para tabiin.
- pd zaman saidina Umar, tentera Islam bergerak keluar menentang kerajaan Farsi. Oleh kerana cabaran yg begitu kuat utk menentang tentera Farsi, hinggakan saidina Umar sendiri mencalonkan dirinya utk mengetuai pasukan tentera Islam.
- para sahabat bersetuju dgn cadangan saidina Umar itu, melainkan Abdul Rahman bin Auf. Asas kpd tentangan dr Abdul Rahman bin Auf itu adalah kerana jika saidina Umar syahid, maka tentera kafir akan mendpt sikologi yg tinggi, dan menampakkan Islam berada dlm keadaan lemah.

2) saidian Umar ditikam
- saidina Umar ditikam oleh Abu Luk-Luk al-Farisi, dgn sebilah pisau bengkok yg tlh disapukan racun.
- saidina Umar meninggal 3 hari selepas dr peristiwa tikaman itu.
- wasiat saidina Umar adalah menamakan 6 org sebagai calon pengganti kerajaan Islam ie:

1. Ali bin Abi Talib
2. Uthman bin Affan
3. Az-Zubir bin Awwam
4. Saad bin Abi Wakas
5. Talhah bin Abidillah
6. Abdul Rahman bin Auf
- selepas kewafatan saidina Umar, dlm perbincangan utk melantik pengganti, Abdul Rahman bin Auf mencadangkan utk 3 org shj utk dipilih menjadi pemimpin, dan mencadangkan supaya mana² calon utk menarik diri.
- mereka bersetuju, dimulakan dgn ...
(i)
(ii)
(iii) Talhah bin Abidillah menarik diri dgn meletakkan undiannya kpd Abdul Rahman bin Auf.Maka tinggallah 3 nama utk dipilih sebagai khalifah ie:
(i) saidina Uthman
(ii) saidina Ali dan
(iii) saidina Abdul Rahman bin Auf.

- Abdul Rahman bin Auf kemudiannya mencadangkan kpd saidina Ali dan saidina Uthman utk memilih siapakah yg bakal dilantik menggantikan saidina Umar sebagai Khalifah.

- dlm masa 3 hari Abdul Rahman bin Auf bertemu dgn ramai penduduk Madinah dan bertanyakan pilihan mereka utk dilantik menjadi khalifah.

- Abdul Rahman bin Auf kemudiannya memanggil semula utk berbincang, dan memberikan keputusan hasil dr pertanyaannya kpd penduduk Madinah, iaitu melantik saidina Uthman menjadi khalifah.

3) kehidupan pd zaman saidina Uthman bin Affan
- saidina Uthman tlh menuliskan wasiat (penulisnya bernama Hamran) bhw beliau mewariskan jawatan khalifah kpd saidina Abdul Rahman bin Auf.

- Hamran tlh menemui Abdul Rahman bin Auf, memberitahu bhw dia tlh diarahkan menulis wasiat bhw khalifah tlh menuliskan wasiat bhw Abdul Rahman akan menjadi khalifah selepas kewafatan saidina Uthman.

- kata Abdul Rahman kpd Hamran (ketika itu Abdul Rahman berada dlm Masjid Nabi), Ya Allah, sekiranya benar saidina Uthman ingin melantik aku menjadi khalifah selepas kewafatannya, maka cabutlah nyawaku sebelum kewafatan saidina Uthman.

- 6 bulan selepas dr peristiwa itu, saidina Abdul Rahman meninggal. Iaitu sebelum dr kewafatan saidina Uthman bin Affan.

1. Keimanannya kpd Allah
2. Kebijaksanaannya dlm menguruskan perniagaan
3. Menginfaqkan kekayaannya pd jalan Allah
4. Keberaniannya dlm peperangan
5. Zuhudnya, dia menguasai harta dan kekayaan dan menguasai dan mengawal agar tidak menyebabkan dia dimurkai Allah.

No comments:

Post a Comment