Sunday, April 1, 2018

Keistimewaan kpd ahli syurga

- kuliah Maghrib Ahad 1-Apr-2018

Keistimewaan yg diberikan kpd ahli syurga

#7 dikurniakan bidadari syurga

(a) Surah Ar-Rahman Ayat 55:56

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

(b) Surah Ar-Rahman Ayat 55:70

فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

- semua penghuni syurga berumur 33 thn ie merujuk kpd umur nabi Isa as.

#8 Rezaki dlm syurga

(a) Surah Al-Baqarah Ayat 2:25

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

(b) Surah Al-Wakiah Ayat 56:20-21

وَفَاكِهَةٍ مِمَّا يَتَخَيَّرُونَ

Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

وَلَحْمِ طَيْرٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ

Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

(c) Surah Al-Insan Ayat 76:5-6

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِنْ كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur",

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا

Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

#9 perhiasan: cincin

- dipakaikan 10 cincin di jari ahli syurga. Setiap satunya dituliskan dgn kelebihan² berada dlm syurga.

#10 Dapat melihat zat Allah

(a) Surah Al-Qiamah Ayat 75:22-23

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Melihat kepada Tuhannya.

#11 pintu-pintu syurga
- pintu ar-Rayyan disedikan utk org yg berpuasa
- pintu al-Makwa utk org yg bersolat.
- jarak antara 2 pintu syurga adalh 40 thn perjalanan (kiraan masa di Akhirat)

#12 tingkatan syurga
- tingkat paling atas adalah syurga Firdaus

#13 bangunan dalam syurga

(a) Az-Zumar Ayat 39:20

لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ غُرَفٌ مِنْ فَوْقِهَا غُرَفٌ مَبْنِيَّةٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ وَعْدَ اللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ الْمِيعَادَ

Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.

No comments:

Post a Comment