Saturday, September 12, 2020

Buku 100 Sunnah Rasulullah Yang Dilupakan

- us Muhammad Hafiz Mohd Ibrahim kuliah Maghrib Sabtu 12-Sep-2020

Buku 100 Sunnah Rasulullah Yang Dilupakan

Intro:
Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.(HR Muslim, No. 1893)


#1 Bersiwak (atau Bersugi)

Rasulullah saw tidak pernah tidur kecuali siwak berada di sisinya. Jika baginda bangun, baginda memulakan dengan bersiwak. (HR Ahmad No. 5979).

 

Aku pernah bertemu Rasulullah saw semasa baginda sedang bersiwak dengan siwak basah.


- Kata Imam Nawawi, 5 keadaan sunat bersiwak:

1. Solat

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ

Maksudnya: Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang. (HR Al-Bukhari No. 887)

2. Wuduk

a) bersiwak selepas membasuh kedua tangan, sebelum berkumur-kumur.

3. Membaca Al-Quran

4. Bangun tidur

Hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah ra: 
كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ، يَشُوصُ فَاهُ بالسِّوَاكِ.
Maksudnya:  Rasulullah saw apabila bangun di malam hari baginda saw mengosok mulutnya dengan siwak". (HR Al-Bukhari No. 245)

5. Mulut berbau

a) Keadaan mulut berbau seperti selepas makan.


Kelebihan bersiwak:

1) Menjadikan fasih dalam berbicara, terutama membersihkan lendir pada lidah.

a) Gagap boleh dihilangkan dgn bersiwak dan menggosok kayu siwak pada lidah (tujuannya menghilangkan lendiran pada tengah lidah).

2) Menguatkan gusi.


#2 Meletakkan tapak tangan pada lutut ketika tasyahut akhir.
Daripada Abdullah bin Umar ra yang meriwayatkan tatacara Rasulullah saw solat sewaktu keadaan tasyahhud:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَعَدَ يَدْعُو وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَيَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ وَوَضَعَ إِبْهَامَهُ عَلَى إِصْبَعِهِ الْوُسْطَى وَيُلْقِمُ كَفَّهُ الْيُسْرَى رُكْبَتَهُ
Maksudnya: Rasulullah saw apabila duduk untuk tasyahhud, Baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas peha kanan dan tapak tangan kiri di atas peha kiri, sambil mengangkat jari telunjuk dalam keadaan ibu jari diletakkan di atas jari tengah, manakala tapak tangan kiri Baginda pula menutup bahagian lutut. (HR Sahih Muslim No. 579)

a) Kedudukan ibu jari kanan semasa keadaan menggenggam sambil jari telunjuk diangkat adalah, ibu jari tangan kanan menyentuh jari telunjuk (jari tengah). 


Terdapat juga riwayat lain yang menyebut:

كَانَ إِذَا جَلَسَ فِي الصَّلاَةِ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَقَبَضَ أَصَابِعَهُ كُلَّهَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الَّتِي تَلِي الإِبْهَامَ وَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى

Maksudnya: Rasulullah saw apabila duduk untuk tasyahhud, Baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas peha kanan sambil menggenggam kesemua jari, dan mengangkat jari telunjuk iaitu jari disebelah ibu jari, dan meletakkan tapak tangan kiri di atas peha kiri. (Sahih Muslim No. 580)


#3 Orang yang mengantuk disunahkan berpindah tempat.

Daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

 إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَتَحَوَّلْ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ إِلَى غَيْرِهِ

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu mengantuk semasa dia berada di dalam masjid (pada hari Jumaat) maka hendaklah dia beralih kedudukan dari tempat duduknya itu kepada tempat yang lain.  (HR Abu Daud No. 1119)


#4 Memisahkan antara solat fardu dan solat sunat.

Daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:


إِذَا صَلَّيْتَ الْجُمُعَةَ فَلاَ تَصِلْهَا بِصَلاَةٍ حَتَّى تَكَلَّمَ أَوْ تَخْرُجَ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَنَا بِذَلِكَ أَنْ لاَ تُوصَلَ صَلاَةٌ حَتَّى نَتَكَلَّمَ أَوْ نَخْرُجَ

Maksudnya : Apabila kamu selesai mendirikan solat Jumaat maka janganlah kamu menyambungnya dengan solat (yang lain) sehingga kamu berkata-kata atau kamu keluar. Sesungguhnya Rasulullah saw memerintahkan kami untuk melakukan perkara tersebut supaya tidak disambungkan solat sehingga kami berkata-kata atau kami keluar.‏ (HR Muslim No. 883)

a) Pisahkan dua solat ie fardu dan sunat dgn lakukan sesuatu amalan lain, seperti berzikir,  berdoa, beralih tempat (keluar dari ruang solat, atau berganjak ke saf lain).

b) Makhruh hukumnya sekiranya selepas selesai memberi salam solat fardu dan terus bangun utk lakukan solat sunat.


#5 Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan ketika tidur.

Baraa bin Azib ra meriwayatkan, “Saat hendak tidur Rasulullah saw selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan beliau seraya berdoa, Rabbi qini ‘adzabaka yauma tab’atsu ‘ibadaka (Ya Rabb, lindungilah aku dari azab-Mu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu (dari kubur)).”(HR. Tirmidzi, Ahmad, dan Nasa’i)

a) mengiring pada sebelah kanan dan letakkan tangan di bawah pipi kanan.


#6 Bersiwak ketika masuk rumah.

Apa yang mulai Nabi lakukan apabila beliau masuk rumah?” Aisyah menjawab: ‘Beliau mulai dengan bersiwak’.” (HR. Muslim)


#7 Jangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah saw itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (HR Al-Bukhâri dan Muslim).

a) Kita dituntut untuk berdoa sebelum makan, memohon diberikan keberkatan ke atas rezeki yang terhidang untuk dimakan. 

b) Dengan keberkatan itu kita memohon supaya makan yang dimakan menjadi darah daging, dan tidak menjadi punca penyakit. 

 

#8 Membersihkan makanan terjatuh lalu memakannya

Daripada Anas ra berkata: "Dahulu apabila Rasulullah saw selesai makan, baginda menjilati ketiga jarinya seraya bersabda: "Apabila suapan salah seorang daripada kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu dimakan syaitan! Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana daripada makanan kamu yang mengandungi keberkatan." (HR Ahmad dan Muslim). 

 

a) Jika makanan tersebut jatuh ke tempat kotor, jangan dimakan kerana khuatir terdapat bakteria yang melekat pada makanan tersebut, dan boleh mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan akibat termakan bakteria merbahaya.  

#9 Bernafas di luar bekas semasa minum

Daripada Anas bin Malik ra berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلَاثًا، وَيَقُولُ: إِنَّهُ أَرْوَى وَأَبْرَأُ وَأَمْرَأُ، قَالَ أَنَسٌ: فَأَنَا أَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلَاثًا

Maksudnya: “Adapun Rasulullah saw bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda saw bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.” (HR Muslim No. 2028

 

No comments:

Post a Comment