Tuesday, September 8, 2020

Sutrah, Tanda Sekatan Semasa Bersolat

- us Johari Abdul Wahab kuliah Maghrib Selasa 8-Sep-2020

Sutrah


1. Definasi Sutrah

“Sekatan (سُترَةٌ) adalah sebagai tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya, seperti dinding, tiang, tongkat atau menghamparkan sejadah dan sebagainya. 

Daripada Ibn Umar ra, Rasulullah saw bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّى إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى السَّفَرِ

Maksudnya: Rasulullah saw apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (حَربَةٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.” (Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)).


2. Apa Hukumnya?

Daripada Abu Al-Juhaim, Abdullah bin Harith, Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat, 

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Maksudnya: Kalaulah seseorang itu tahu dosa yang dikenakan ke atasnya akibat berjalan di hadapan orang yang solat, nescaya kalau dia berdiri selama 40 (tempoh tertentu), lagi baik daripada dia berjalan di hadapan orang yang solat. (Riwayat al-Bukhari (510).

Berkata Abu al-Nadr, salah seorang perawi hadis ini, : Aku tidak pasti sama ada baginda bersabda 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”


3. Apa saiz dan ukuran sutrah? (Jika bukan dinding atau tiang)

Merujuk hadis di atas, tombak pendek (anak panah) digunakan oleh baginda Rasulullah sebagai sutrah, saiznya sebesar ibu jari dan panjangnya (tinggi) kira-kira satu (1) hasta. 

  • Kiraan 1 hasta adalah ukuran ketinggian dari siku ke hujung jari.
  • Sutrah perlu ditegakkan. 
  • Apbl solat bersendirian (seperti solat sunat), boleh dijadikan orang yang berada di saf hadapan sebagai sutrah.  

 

4. Berapa lebar anggaran sutrah?

Sutrah seorang yang sedang bersolat adalah kira-kira tiga (3) hasta (dari kedudukan kaki semasa qiam/berdiri).

 

5. Apa tindakan yang boleh dilakukan oleh orang yang sedang bersolat?

Sunat hukumnya bagi orang yang bersolat dengan sutrah kemudian ada orang yang lalu dihadapannya dia tahan menggunakan tangannya. Ini berdasarkan hadis Abu Said al-Khudri ra, bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَلْيَدْفَعْ فِي نَحْرِهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Maksudnya: Jika salah seorang daripada kalian bersolat dalam keadaan mengadap sutrah yang boleh menghalangi manusia, lalu ada orang yang ingin melintasi hadapannya, hendaklah dia menahannya. Dan jika dia enggan juga, hendaklah dia diperangi (yakni ditolak dengan keras) kerana dia adalah syaitan (yakni bersamanya syaitan).” (Riwayat Muslim (505))

Maksud diperangi adalah menasihatkan orang yang melintas tadi, dan diberikan nasihat atas perbuatannya tadi (lalu dihadapat orang yg sedang bersolat).

 

5. Apa hukumnya, jika melintas di hadapan orang yang sedang bersolat tanda diletakkan sebarang tanda penghalang (i.e. sutrah)?

(1) Jika dia solat sendirian: 

Sekiranya seseorang yang tidak meletakkan sutrah di hadapan, maka dia tidak berhak untuk menghadang orang lain daripada melintasi hadapannya kerana dia sudah mencuaikan haknya dengan meninggalkan memasang sutrah.

(2) Jika dia bermakmumkan seorang imam:

Sutrah bagi imam adalah sutrah bagi makmum. Maksudnya sutrah imam mewakili keseluruhan makmumnya.

Maka jika ada orang yang melintas dihadapan maklum, maka dia tidak bersalah (tidak berdosa), dan makmum tiada hak untuk menghalang dia melintas.

Contoh: Seorang yang dalam keadaan yang terdesak seperti terbatalnya wuduk ketika solat dan terpaksa melalui di hadapan makmum (yang sedang bersolat) untuk perbaharui wuduknya, maka dia boleh melintas di hadapan makmum tersebut ,dan tidak boleh dihalang oleh makmum lain.

Begitu juga kes, jika ada makmum masbuk yang ingin memenuhkan saf, dan termaksa melintas di hadapan jemaah yg sedang bersolat.



Soalan:

1. Apa hukumnya jemaah yang hadir untuk solat Jumaat melangkah jemaah di saf hadapan?

(i) Sekiranya khatib sedang membaca khutbah: tidak boleh. Tunggulah hingga khatib selesai berkhutbah, kemudian penuhkan saf untuk solat Jumaat.

(ii) Sekiranya belum masuk waktu, atau ketika menunggu khatib memulakan membaca khutbah, maka ianya dibernarkan. Namun, perlu lakukan dengan berhemah, bukannya menyakiti jemaah (seperti memijak jari kaki/tangan, menekan kepala/bahu).



No comments:

Post a Comment