Monday, December 28, 2020

Harta Sepencarian Hasil dari Perkahwinan

- us Dato' Zaidi kuliah Maghrib Rabu 19-Feb-2020

Harta Hasil dari Perkahwinan

- Anak dan harta adalah hasil dari perkahwinan yang dituntut haknya apabila berlaku perceraian mahupun poligami dan kematian.

- Walaubagaimanapun hutang juga adalah isu yang perlu diuruskan terutama apabila berlaku perceraian.
  • Kes di mana pasangan suami isteri membuat pinjaman perniagaan bagi menjalankan suatu perniagaan bersama. Setelah perniagaan mula mendapatkan hasil, berlaku pergolakan dalam hubungan perkahwinan hingga kepada perceraian. Setelah bercerai, si isteri tidak mahu membuat bayaran bersama untuk bayaran bulanan pinjaman perniagaan kepada pihak bank. Si suami memfailkan kes untuk meminta pihak mahkamah untuk mendapatkan bekas isteri untuk menanggung separuh dari jumlah bayaran bulanan pinjaman.

- Pembahagian faraid adalah setelah dilunaskan hutang yang ditinggalkan oleh si mati.

- Harta Sepencarian adalah hasil usaha bersama di antara suami dan isteri dari mula perkahwinan. Sama ada dalam bentuk duit tunai, duit simpanan, atau bukan duit seperti aset rumah, tanah, kenderaan, bangunan kedai, saham.

- Harta Persendirian adalah harta yang dikumpulkan hasil dari:
  1. usaha/upah kerja setelah ditolakkan tanggungan
  2. harta yang diwarisi dari keluarga
  3. terimaan/pemberian dari pihak ke-tiga, seperti terimaan hadiah.
- Contoh harta sepencarian adalah pembelian harta rumah, maka kiraan untuk harta sepencarian adalah bermula dari mula bayaran kepada pihak pemaju.
  • Earnest deposit rumah di bayar oleh siapa? katalah suami
  • 10% deposit di bayar oleh siapa? suami atau isteri.
  • Bayaran bulanan di bayar oleh siapa? suami, isteri atau ditanggung bersama
  • Kebiasaannya resit bayaran di buat atas nama pembayar. Kes menjadi rumit apabila yang mengeluarkan duit orang lain (katalah suami) dan resit di tulis atas nama orang lain (katalah nama isteri). 
- Harta yang diberikan oleh suami kepada isteri tidak boleh diambil semula, melainkan isteri memberikan kepada suami atas sebab-sebab tertentu, contohnya untuk membantu suami kerana suami hilang pekerjaan dan tidak mampu untuk menampung keperluan keluarga.

Kes dimana isteri mempunyai pekerjaan dengan gaji yang baik, dan pasangan itu membeli sebuah MPV berharga RM200 ribu. Isteri mengeluarkan duit RM100 ribu dan bayar separuh dari harga kereta. Manakala suami ambil pinjaman kenderaan RM100 ribu dari pihak bank, dengan bayaran bulanan RM1,800. Selepas 3 atau 4 tahun pasangan ini bercerai. Si isteri telah memfailkan kes mahkamah menuntut RM100 ribu dari bekas suami sebagai hutang peribadi yang dikatakan diberi pinjam kepada bekas suami bagi tujuan membeli MPV. Si suami menjual semula MPV tersebut dan hanya dapat menjualnya pada harga RM80 ribu, dia masih tidak dapat melunaskan baki hutang dengan bank. Kes seperti ini menjadi rumit kerana sewaktu mereka masih dalam ikatan perkahwinan, cara mana isteri setuju membayar RM100 ribu sebagai bayaran awal menjadi salah satu tajuk perbincaraan. 

 

Kes yang lain (bukan pasangan yang bercerai). Pasangan suami isteri menjual harta tanah dengan nilai RM1 juta, si suami mengasingkan dan memberikan harta sepencarian kepada isteri yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 30% dari nilai jualan. Baki 70% digunakan untuk keluarga dan lain-lain tujuan. Ini adalah contoh keluarga yang baik, dan suami melaksanakan tanggungjawab suami dengan adil.


- Pengistiharan harta sepencarian di mahkamah boleh dibuat melalui 3 perkara:
  1. Berlaku perceraian antara suami dan isteri
  2. Berlaku poligami.
    Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menuntut diistiharkan harta sepencarian. Mahkamah merekodkan segala harta yang perlu diserahkan/dibahagikan kepada isteri.

    Dalam permohonan poligami, pihak mahkamah akan memanggil isteri untuk menentukan perkara yang perlu diselesaikan (ie harta sepencarian) sebelum suami berkahwin dengan wanita lain.

    Seorang isteri yang bijak akan menuntut harta sepencarian, dan tidak mengikut emosi seperti bergaduh atau tidak langsung memikirkan haknya untuk harta sepencarian.
  3. (tidak sempat dibincangkan) 
- Mahkamah melihat kepada siapa yang membuat sumbangan kepada harta sepencarian. Siapa yang banyak menyumbang dalam harta sepencarian, maka dia akan mendapat bahagian harta yang lebih besar. Walaubagaimanpun, pasangan suami isteri boleh membuat pembahagian harta sepencarian tanpa melibatkan mahkamah, dengan mencatatkan harta yang terkumpul dalam tempoh perkahwinan dan membuat pembahagian secara damai. Dalam kebanyakan kes, suami yang lebih banyak menyumbang kepada harta sepencarian.
  • Mahkamah mengiktiraf sumbangan dan usaha isteri yang tidak berkerja, dalam menjaga maruah keluarga, menjaga dan membesarkan anak, sekurang-kurangnya 30% dari harta sepencarian.
  • Sejahat-jahat isteri, seorang suami tidak boleh menceritakan aib isterinya kepada orang lain.
- Kes di mana suami bekerja di luar negara, manakala isteri tidak berkerja membesar dan menjaga anak sepanjang tempoh perkahwinan. Pasangan ini membeli sebuah harta rumah. Namun jodoh pasangan ini tidak panjang. Mereka bercerai dan menjualkan rumah dengan harga RM500 ribu. Setelah ditolak baki hutang pinjaman perumahan, mereka memiliki RM400 ribu tunai. Pihak mahkamah mengiktiraf tugas isteri menjaga dan membesarkan anak sepanjang tempoh suami berada/bekerja di luar negara. Mahkamah memberikan sekurang-kurangnya 30% hak hasil dari jualan bersih rumah itu. 

- Kes pasangan baru berkahwin, isteri membeli sebuah harta rumah dan meletakkan nama suami sebagai pembeli. Isteri membuat bayaran permulaan, dan sedikit bayaran deposit. Jodoh mereka tidak panjang apabila isteri meninggal, dan masih tidak mempunyai anak. Harta rumah itu adalah diiktiraf sebagai harta isteri, dan faraid ke atas harta rumah itu perlu dibahagikan kepada ibu bapa dan juga adik beradik arwah. Suami tidak boleh menyembunyikan harta itu, walaupun harta rumah itu dinamakan kepadanya. Sekiranya si suami menyembunyikan harta itu, maka hukum harta bekas isterinya itu ke atasnya adalah haram. 

Begitu juga jika suami membeli harta rumah dan meletakkan nama isteri sebagai pembeli rumah. Suami itu kemudiannya meninggal. Harta rumah ini perlu diisytiharkan, terutama untuk pembahagian faraid. Sekiranya si isteri tidak mengistiharkan harta itu bagi tujuan faraid, maka hukumnya haram.

- Perbicaraan mahkamah tuntuntuan harta sepencarian memakan masa yang panjang, 3 hingga 4 tahun. Mungkin juga lebih dari tempoh itu apabila melibatkan rayuan. Oleh itu pembahagian secara damai di antara suami dan isteri adalah jalan yang lebih baik.

- Faraid dibuat setelah perkara-perkara wajib seperti hutang dilunaskan terlebih dahulu.

- Hibah adalah pemberian harta kepada individu (isteri, anak atau orang ketiga) sewaktu hayat. Hibah tidak boleh diberikan setelah pemilik harta itu meninggal. Harta hibah tidak dikirakan sebagai harta faraid.
 

No comments:

Post a Comment