- us Datuk Dr Hj Zahazan Mohamed kuliah Maghrib Khamis 27-Feb-2020
Indahnya Kepimpinan Inspirasi Surah An-Nur
- Surah An-Nur, suatu surah yang istimewa, yang bermaksud cahaya. Salah satu nama-nama Allah adalah An-Nur ie cahaya.
- Rasulullah berdoa setiap pagi hendak ke masjid, "Ya Allah jadikan dalam hatiku ada cahaya, dalam pendengaranku ada cahaya, dalam penglihatanku ada cahaya, dikiriku cahaya, dikananku cahaya, diatasku cahaya, dibawahku cahaya, dan berilah kepadaku cahaya". Cahaya yang dimasudkan adalah bimbingan/petunjuk/panduan dari Allah SWT.
- Saidina Umar mewajibkan umatnya untuk mempelajari dan menghayati surah Al-Baqarah, surah An-Nisa, surah Al-Maidah, surah Al-Haj, dan surah An-Nur, kerana di dalamnya ada perintah-perintah oleh tuhan kamu. Bahkan diperintahkan kepada gabenor-gabenor dan pemimpin politik pada zaman itu untuk membaca surah An-Nur, lansung menyampaikan kepada rakyat mereka.
- Surah ini mempunyai 64 ayat, dan berkisar kehidupan seorang muslim, berkenaan ketatapan-ketatapan Allah dalam perintah-perintahNya, kewajipan seseorang perempuan menjaga dirinya agar tidak membahayakan orang-orang lelaki, dan fitnah yang berlaku dalam kehidupan Rasulullah saw, (golongan munafikun menceritakan tentang perihal keluarga Rasulullah saw, ie tentang Aisyah ra). Juga lelaki-lelaki yang bekerja yang tidak dilalaikan dari mencari keredhoan Allah. Allah umpamakan Al-Quran itu sebagai suatu nur (cahaya) yang sangat indah, merangkumi segala kehidupan seorang muslim. Mencakupi kehidupan dunia dan akhirat. Adab bekeluarga, juga meraikan orang kelainan upaya (OKU).
- Surah ini dinamakan An-Nur, tentang keindahan zat Allah yang diceritakan dalam ayat ke-35.
- Surah An-Nur Ayat 24:35, ms 354 (klik sini utk paparan ayat)
۞ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٖ فِيهَا مِصۡبَاحٌۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِي زُجَاجَةٍۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوۡكَبٞ دُرِّيّٞ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٖ مُّبَٰرَكَةٖ زَيۡتُونَةٖ لَّا شَرۡقِيَّةٖ وَلَا غَرۡبِيَّةٖ يَكَادُ زَيۡتُهَا يُضِيٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٞۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٖۚ يَهۡدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞAllah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
- Gambaran tentang Islam adalah seperti cahaya yang bersinar.
- Surah An-Nur Ayat 24:1, ms 350 (klik sini utk paparan ayat)
سُورَةٌ أَنزَلۡنَٰهَا وَفَرَضۡنَٰهَا وَأَنزَلۡنَا فِيهَآ ءَايَٰتِۭ بَيِّنَٰتٖ لَّعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَIni ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
- Surah An-Nur Ayat 24:2 (klik sini utk paparan ayat)
ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِي فَٱجۡلِدُواْ كُلَّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا مِاْئَةَ جَلۡدَةٖۖ وَلَا تَأۡخُذۡكُم بِهِمَا رَأۡفَةٞ فِي دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ وَلۡيَشۡهَدۡ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٞ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَPerempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
- kenapa didahulukan dengan perempuan dalam ayat ini? kerana hukuman dan implikasi berzina adalah lebih teruk dan kesannya sangat jelas berbanding lelaki. Zina boleh mengakibatkan perempuan itu mengandung dan melahirkan anak. Orang perempuan boleh menjadi punca kepada perzinaan, dengan cara berpakaian (seksi, ketat, jarang), dan berkelakuan menggoda.
- seorang suami/bapa yang suka dengan cara berpakaian isteri atau anak perempuan yang boleh mengundang zina/menggoda dia dikatakan seorang suami/bapa yang dayus. Orang dayus itu membiarkan ahli keluarganya terus melakukan perbuatan keji dan dia tidak menegurnya. Orang dayus tidak dapat menghidu bau syurga, walaupun bau syurga boleh dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.
- Surah An-Nur Ayat 24:3 (klik sini utk paparan ayat)
ٱلزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوۡ مُشۡرِكَةٗ وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوۡ مُشۡرِكٞۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَLelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
- Adat jahiliyah adalah seorang perempuan akan menggantungkan kain di rumahnya sebagai tanda dia ingin berzina dengan mana-mana lelaki. Apabila lahir anak hasil perzinaan, perempuan itu akan menamakan mana-mana lelaki yang disukainya untuk menjadi bapa kepada anaknya itu. Lelaki yang dinamakan itu pula berasa bangga kerana dari sekian ramai yang berzina dia dipilih menjadi bapa kepada anak yang dilahirkan. Adat ini dinamakan nikah "baghiya" (lacur) ie nikah yang sangat hina dan keji.
- Ayat ini berkenaan dengan seorang lelaki muslim yang mempunyai seorang perempuan yang masih belum memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam (semasa jahiliyah), lelaki ini adalah pasangan zina perempuan tersebut. Setelah lelaki itu memeluk Islam, perempuan itu datang kepadanya dan mengajak kepada melakukan zina. Lelaki itu takut dengan pemgharaman zina dalam Islam. Lelaki itu kemudiannya berjumpa dengan Rasulullah secara senyap-senyap dan bertanyakan hajatnya untuk bernikah dengan kawannya itu yang juga ingin memeluk Islam. Jawab Rasulullah, sekiranya perempuan itu telah bertaubat, maka dibolehkan dia bernikah dengan kawannya. Jika dia tidak bertaubat, dibimbangi perbuatan zina itu akan menjadi kesusahan kepadanya nanti.
- Maka turunnya ayat ini adalah larangan berkahwin dengan perempuan penzina. Namun ayat ini bukanlah bersifat mutlak, ie bukan tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang berzina. Sekiranya perempuan itu telah bertaubat, maka dibenarkan berkahwin dengannya. Bertaubat meninggalkan kesan dalam diri seseorang, seperti rajin beramal, rajin ke masjid/hadir majlis ilmu.
- Surah An-Nur Ayat 24:4 (klik sini utk paparan ayat)
وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُهَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَٰنِينَ جَلۡدَةٗ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَهَٰدَةً أَبَدٗاۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَDan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
- Kazaf ie menuduh tanpa bukti terhadap zina. 4 orang lelaki yang adil sahaja boleh diterima sebagai saksi. Jangan terlibat dalam menuduh orang melakukan zina.
- Wanita yang kematian suami, maka bersabarlah dan bertaqwa kepada Allah dalam membesarkan anak-anak. Ada hadis berkaitan; seorang isteri yang kematian suami dia akan berlumba-lumba dengan para sahabat yang awal masuk dalam syurga.
- orang fasik tidak layak menjadi wali kepada anaknya sendiri, tidak layak menjadi imam.
- Surah An-Nur Ayat 24:5 (klik sini utk paparan ayat)
إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَ وَأَصۡلَحُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞKecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- Dalam kehidupan kita, kita berdepan dengan situasi dengan orang tersilap (melakukan kesilapan/kemaksiatan), kemudian dia berusaha memperbaiki diri dan berubah menjadi baik. Apabila dia terlah berbubah, kita jangan mengungkit-ungkit perbuatan lamanya.
- Zaman saidina Umar Al-Khattab mengetahui beberapa sahabat terlibat dengan tabiat minum arak di negara Syiria (ie sebuah negara bekas jajahan Rom). Maka masih banyak arak di sana dan tabiat minum arak masih ada dalam masyarakat di sana (pada waktu itu). Rakyat Syiria ketika itu masih sukar untuk meninggalkan tabiat minum arak. Saidina Umar kemudiannya menuliskan awal surah Ghafir, dan menghantarkan surat itu kepada sahabat tersebut. Sahabat yang menerima surat dari saidina Umar itu mengalir air matanya, dan terus bertaubat dan meninggalkan minum arak. Seketika kemudian, ada beberapa sahabat menceritakan hal sahabat yang dahulunya minum arak. Jangan engkau ini menjadi pembantu syaitan untuk menyesatkan saudaramu yang telah bertaubat itu.
Kaedah untuk mengubatkan orang yang terlanjur melakukan maksiat atau suka melakukan maksiat:1) Tuliskan awal surah Gaffir menggunakan lidi dengan dakwat ke atas pinggan/dulang yang bersih. Siramkan air yang boleh diminum (seperti air mawar, air sirap) ke atas ayat yang ditulis, kemudian kumpulkan air siraman itu dan berilah minum kepada orang yang terlanjur itu.
غَافِرِ ٱلذَّنۢبِ وَقَابِلِ ٱلتَّوۡبِ شَدِيدِ ٱلۡعِقَابِ ذِي ٱلطَّوۡلِۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ إِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ
Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.
2) Bermunajat kepada Allah agar diubah hati orang itu agar kembali ke jalan Allah, dan meninggalkan maksiat yang dilakukan.
- Apabila Allah tutup aib kita, maka kita berusahalah menutup aib orang lain.
- Suatu kisah, seorang tuan guru/imam id Syiria bermimpi bertemu Rasulullah saw. Rasulullah berpesan kepadanya supaya menyampaikan salam kepada seseorang. Tuan guru itu mencari dan menemui lelaki yang disebutkan dan bertanyakan apakah amalannya. Dia menemui lelaki itu yang kehidupannya biasa, tidak nampak kelebihan dalam hidupnya. Cakapnya ringkas sahaja, kerjanya bawa teksi, singgah solat di mana-mana masjid yang dilaluinya, solat malam bila terjaga. Setelah dipujuk akhirnya dia bercerita bahawa di awal perkahwinannya, isterinya telah melahirkan anak ketika usia 6 bulan perkahwinan (bermakna isterinya telah terlanjur melakukan zina sebelum perkahwinan mereka). Adat orang arab, adalah mereka berkahwin dalam kalangan keluarga, sepupu, dua pupu. Tuan guru itu bertanya, bermakna isterinya telah melakukan zina. Dia mengakuinya dan isterinya telah bertaubat. Mungkin kerana kelalaiannya dia telah terlanjur melakukan zina sebelum perkahwinan mereka. Lelaki tadi telah berpakat dengan isterinya untuk merahsiakan hal kelahiran anak itu, dan pada waktu suboh dia melewatkan ke masjid, dia masbuk, dan meletakkan bayi itu dibelakang. Selepas solat, masjid dipecahkan dengan tangisan bayi. Apbila dilihat oleh jemaah, didapati ada tulisan agar diselamatkan bayi itu. Lelaki itu berpura-pura tidak tahu, kemudian dia menawarkan diri kepada imam, untuk membawa anak itu untuk didaftarkan, sebagai anak angkat. Kemudiannya dia membesarkan bayi itu bersama isterinya. Lelaki itu berbesan kepada tuan guru agar tidak menghebahkan cerita itu, kerana malu dan tujuannya adalah untuk menutup aib terhadap isterinya. Kata tuan guru itu, masyaallah, tahniah, engkau menutup aib orang di dunia, nanti Allah akan menutup aib engkau di akhirat.
- Surah An-Nur Ayat 24:6 (klik sini utk paparan ayat)
وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ أَزۡوَٰجَهُمۡ وَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ شُهَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمۡ فَشَهَٰدَةُ أَحَدِهِمۡ أَرۡبَعُ شَهَٰدَٰتِۭ بِٱللَّهِ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَDan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -
Surah Anu-Nur ini seterusnya menceritakan fitnah yang ditujukan kepada keluarga Rasulullah saw, bermula pada ayat ke-11.
- Surah An-Nur Ayat 24:11, ms 351 (klik sini utk paparan ayat)
إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٞ مِّنكُمۡۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرّٗا لَّكُمۖ بَلۡ هُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ لِكُلِّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُم مَّا ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِۚ وَٱلَّذِي تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُۥ مِنۡهُمۡ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٞSesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
Perang Bani Mustalik
- Dalam peperangan isteri-isteri Rasulullah akan diundi untuk mengikuti rombongan perang. Dalam peperangan Bani Mustalik dengan pihak yahudi, Aisyah telah diundi untuk mengikuti Rasulullah. Jika undian jatuh kepada Sa'odah ie isteri Rasulullah yang ke2 yang dikahwini selepas Siti Khadijah, maka Sa'odah akan memberikan gilirannya itu kepada Aisyah, kerana dia tahu Aisyah ini sangat dicintai oleh Rasulullah saw.
Dalam perjalanan pulang selepas dari peperangan Bani Mustalik itu, Aisyah perasan telah kehilangan kalung/rantai leher. Dia pun turun dari kelub tunggangan unta, dan pergi mencari kalungnya. Apabila dia pulang didapati rombongan Rasulullah telah meninggalkan tempat dimana mereka berehat.
Tidak lama kemudian muncul Safwan bin Mu'attol yang ditugaskan oleh Rasulullah untuk melihat jejak kumpulan mereka, bimbang jika ada barang yang tertinggal/tercicir, maka dialah yang akan mengambilnya dan membawa pulang. Safwan nampak kelibat Aisyah dan menghampirinya. Safwan kenal akan Aisyah kerana semasa kecil mereka berkawan, dan rakan sepermainan. Safwan tidak berkata apa selain dari mengucapkan "innalillahi wainnailaihirojiun". Safwan mambawa untanya kemudian direndahkan agar Aisyah dapat menunggang unta tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke Madinah dia tidak berkata apa-apa dengan Aisyah kerana hormatnya kepada Aisyah sebagai isteri Rasulullah dan juga ibu kepada orang-orang yang beriman.
Abdullah bin Ubai bin Salul
Apabila tiba di Madinah, kejadian ini menjadi buah mulut golongan munafikun menganggap ianya suatu peristiwa besar, dan menyebarkan berita fitnah. Ketua kepada penyebaran fitnah ini adalah Abdullah bin Ubai bin Salul. Abdullah bin Ubai memendam dendam kepada Rasulullah saw, kerana sebelum ketibaan Rasulullah ke Madinah, orang-orang Madinah menyanjungnya dan ingin menaik/melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja. Apabila Rasulullah tiba, dia merasakan orang-orang Madinah melupakannya, dan menidakkan dia menjadi raja.
Di antara yang terlibat dengan penyebaran fitnah ini ada dikalangan keluarga Abu Bakar as-siddiq sendiri, yang mana mereka dibantu oleh Abu Bakar melalui infaqnya. Namun orang ini tidak menghargai nikmat yang diterima.
Apabila turunnya ayat membebaskan Aisyah, orang-orang yang terlibat dalam penyebaran fitnah dikenakan hukuman sebat. Abdullah bin Ubai tidak dikenakan hukuman, kerana sifat liciknya. Orang beriman sifatnya lurus, sifatnya dia takut mengambil hak orang. Maka senang dibawa bincang. Dari suatu sudut yang lain mudah dimanipulasi/ditipu.
Zainab binti Jahsyi
- Dalam kisah yang diriwayatkan, Aisyah tidak berapa rapat dengan madunya ie Zainab binti Jahsyi. Zainab seorang bijak, bangsawan, peniaga yang hebat. Dikahwinkan dengan Rasulullah setelah Zaid bin Harithah menceraikannya. Kakak kepada Zainab, memberitahu kepada Zainab bahawa Aisyah sedang difitnah dan dikatakan ada hubungan dengan sahabat Nabi bernama Safwan bin Mu'attol. Zainab lekas-lekas menolak kata-kata kakaknya, demi Allah aku tidak mengetahui perkara itu selain dari mengenali Aisyah yang baik-baik sahaja. Walaupun hubungannya dengan Aisyah tidak rapat, rasa cemburu, tetapi apabila tiba kepada fitnah dia terus menolak kata-kata yang disampaikan (oleh kakaknya).
- Kalau kita membenci kepada seseorang, jangan mengheret kita kepada melabelkan/membenci terhadap semua yang dilakukan oleh orang itu semuanya tidak betul.
- Setelah kembali ke Madinah, dan tersebarnya fitnah itu, Rasulullah menghantar Aisyah pulang kepada keluarganya, dan tidak menjemput Aisyah. Rasulullah tidak berkata apa-apa, dan Aisyah menjadi hairan kerana Rasulullah sentiasa bergaul rapat dan bergurau dengannya. Aisyah demam kira-kira 20 hari akibat dari memikirkan halnya tidak dijemput oleh Rasulullah dalam waktu yang lama.
Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, pada suatu malam sewaktu Aisyah hendak ke qadak hajat (di luar rumah) dipanggil "baitul khalaq", dia ditemai oleh Ummu Mistah yang ditemani anaknya. Dalam perjalan itu anaknya tiba-tiba tercerita berkenaan fitnah yang sedang berlegar, iaitulah fitnah ke atas dirinya dengan Safwan. Barulah Aisyah faham kenapa Rasulullah tidak menjemputnya, kerana ada masalah besar sedang dihadapi oleh baginda.
- Abu Ayub Al-Ansari dari keturunan Rasulullah ie pada sebelah ibu Rasulullah, dia pernah menumpangkan Rasulullah di rumahnya selama 7 bulan selepas dari Rasulullah baru berhijrah ke Madinah dan belum mempunyai rumah sendiri. Isteri Abu Ayub Al-Ansari ie Ummu Ayub, bertanya kepada suaminya Abu Ayub berkenaan Aisyah. Abu Ayub seorang yang sangat soleh. Dia berkata, jika nak dibandingkan dirimu dengan Aisyah, Aisyah itu lebih baik dari dirimu. Jika nak dibandingkan diriku dengan Safwan, dia jauh lebih baik dari diriku. Janganlah kita berkata apa-apa sehinggalah datang bukti dari Allah SWT.
- Dalam kehidupan seharian, jika kita dapat menutup aib seseorang maka itu sangat hebat. Jika kita tidak mampu lakukan, janganlah kita bercerita hal orang.
- Aisyah ketika dibacakan ayat yang diturunkan oleh Allah itu dia bertanya adakah ayat itu Nabi yang sebut atau Allah yang sebut. Orang itu mengesahkan bahawa Allah yang sebut.
- Abu Bakar bersumpah, aku akan hentikan bantuan terhadap keluarga yang aku bantu itu sedangkan dia memburuk-burukkan Aisyah.
- Allah menurunkan ayat seperti ayat ke-22 memuji sikap Abu Bakar dan dalam masa yang sama menegur tindakan Abu Bakar.
وَلَا يَأۡتَلِ أُوْلُواْ ٱلۡفَضۡلِ مِنكُمۡ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤۡتُوٓاْ أُوْلِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌDan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
- Jumhur para ulamak mengatakan ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar, memujinya dan menegurnya. Kata Abu Bakar, aku suka jika Allah ampunkan aku. Abu Bakar kemudiannya mengkafarahkan sumpahnya.
- Dalam kehidupan seharian kita, cara kafarahkan sumpah, sekiranya ada perkara yang lebih baik (dari sumpah yang dibuat):
- Beri makan kepada 10 fakir miskin
- Beri pakaian cukup untuk 10 fakir miskin
- Bebaskan hamba
- Berpuasa 3 hari, (tidak berturutan pun tidak mengapa).
Carian hadis berkaitan:
- Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu malam aku bermalam di rumah bibi ku Maimunah, isteri Nabi saw. Tengah malam Nabi saw. bangun, lalu dia pergi buang hajat, kemudian mencuci tangan dan muka, sesudah itu beliau tidur. Kemudian beliau bangun pula pergi ke qirbah (tempat air), lalu dibukanya tutupnya. Beliau berwuduk dengan sempurna, tanpa memakai banyak air tetapi mencukupi. Sesudah itu beliau solat. Lalu aku bangun terus tegak, kerana aku tidak ingin beliau tahu bahawa aku memperhatikannya. Kemudian aku mengambil wuduk dan setelah itu berdiri di sebelah kiri beliau mengikuti beliau solat. Beliau mengambil tangan ku, dan memindahkan ku ke sebelah kanannya. Malam itu Rasulullah saw. solat tiga belas rakaat. Kemudian beliau berbaring, lalu tertidur sampai beliau mendengkur. Kemudian kedengaran Bilal melantangkan azan solat Subuh. Beliau bangun dan pergi solat Subuh tanpa mengulang wuduk lebih dahulu. Di dalam doanya beliau membaca : "Allhummaj'al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam'i nuran, wa 'Qn yamini nuran, wa 'an yasari nuran, wafauqi nwrm, wa tahti nuran, wa amami nuran, kuzlli nuran, wa 'azhzhim li nuran." Wahai Allah Berilah cahaya dalam hati ku, dalam penglihatan ku, dalam pendengaran ku, di kanan dan kiri ku, di atas dan di bawah ku, di hadapan dan di belakang ku, dan bermalam cahaya itu bagi ku."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0737]
No comments:
Post a Comment