Iman menimbulkan perasaan aman
- org yg beriman akan berasa cemas kerana memikirkan perkara yg mendatang. Ketakutan adalah sifat fitrah manusia. Rasa takut timbul kerana tidak mampu menyelesaikan masalah. Bagi org beriman ketakutan itu tidaklah melampau.
- ketika Abu Bakar bersama Rasulullah saw berada di gua Thur. Allah tegur Abu Bakar kerana ketakutan yg amat takut akan keselamatan Rasulullah apbl telah nampak kaki tentera Quraisy yg mengejar mereka yg kini berada di hadapan gua Tsur. Allah tegur saidina Abu Bakar melalui ayat ke-40 At-Taubah. Kalimat لاتحزن yang disebutkan Allah swt melalui lisan Rasulullah saw yang ditujukan kepada Abu Bakar.
Surah At-Taubah Ayat 9:40 (klik sini utk paparan ayat)
إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدۡ نَصَرَهُ ٱللَّهُ إِذۡ أَخۡرَجَهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ ٱثۡنَيۡنِ إِذۡ هُمَا فِي ٱلۡغَارِ إِذۡ يَقُولُ لِصَٰحِبِهِۦ لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَاۖ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَيۡهِ وَأَيَّدَهُۥ بِجُنُودٖ لَّمۡ تَرَوۡهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلسُّفۡلَىٰۗ وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِيَ ٱلۡعُلۡيَاۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
- ketakutan kpd Allah adalah ketakutan kerana tidak melaksanakan perintah Allah,
a) paling mudah adalah tidak bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan.
b) Berbuat baik kpd kedua ibu bapa, spt dlm ayat ke-15 surah Al-Ahqaf
Surah Al-Ahqaf Ayat 46:15 (klik sini utk paparan ayat)
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ إِحۡسَٰنًاۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ كُرۡهٗا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهٗاۖ وَحَمۡلُهُۥ وَفِصَٰلُهُۥ ثَلَٰثُونَ شَهۡرًاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةٗ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِي فِي ذُرِّيَّتِيٓۖ إِنِّي تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
c) Jangan makan harta anak yatim, dlm konteks yg lebih besar adalah jangan ambil harta org lain.
Surah An-Nisa Ayat 4:2 (klik sini utk paparan ayat)
وَءَاتُواْ ٱلۡيَتَٰمَىٰٓ أَمۡوَٰلَهُمۡۖ وَلَا تَتَبَدَّلُواْ ٱلۡخَبِيثَ بِٱلطَّيِّبِۖ وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَهُمۡ إِلَىٰٓ أَمۡوَٰلِكُمۡۚ إِنَّهُۥ كَانَ حُوبٗا كَبِيرٗا
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
d) tidak menganiaya org lain, spt ambil harta/bhgn adik-beradik dlm pembahagian pusaka. Sedangkan ada sistem faraid.
- kes-kes tuntutan harta pusaka berterusan kerana masalah hati. Sedangkan ada antara mereka adalah org² yg menuntut harta pusaka secara batil itu adalah org² yg bersolat, menunaikan umrah/haji. Tuntutan secara batil spt tidak mahu menerima wasiat (lisan) bapa/ibu spt hibah kpd anak tertentu, dgn mempertikaian dokumen dan bukti, hingga mengheret perbalahan/pertikaian ke mahkamah.
- apbl manusia melakukan penganiayaan kpd diri sendiri, maka dia berpotensi menganiaya org lain. Sebab itu Islam menghalang manusia dari melakukan kerosakan/penganiayaan kpd diri.
- manusia jangan takut kpd seorg menusia/makhluk lain, ie jangan patuh kpd perkara² yg melanggar perintah Allah.
- Kisah Nabi Ibrahim spt dlm Surah Al-An'am Ayat 6:81-82 (klik sini utk paparan ayat)
وَكَيۡفَ أَخَافُ مَآ أَشۡرَكۡتُمۡ وَلَا تَخَافُونَ أَنَّكُمۡ أَشۡرَكۡتُم بِٱللَّهِ مَا لَمۡ يُنَزِّلۡ بِهِۦ عَلَيۡكُمۡ سُلۡطَٰنٗاۚ فَأَيُّ ٱلۡفَرِيقَيۡنِ أَحَقُّ بِٱلۡأَمۡنِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
- kaum Nabi Ibrahim takut kpd berhala, takut dan percaya bhw akan ditimpa bencana dan keburukan kerana tidak memuja patung² berhala. Bapa kpd Nabi Ibrahim (ie Azar) adalah seorg pengukir patung/berhala,. Semasa kecil Nabi Ibrahim di minta menjual patung², namun tidak pernah terjual. Nabi Ibrahim hina patung berhala yg di suruh jual, memang tiada pembeli hingga bapanya tidak lagi menyuruh utk menjual patung² yg diukir. Nabi Ibrahim diberikan petunjuk oleh Allah utk membesarkan Allah, bakannya patung² ukiran tangan manusia.
Surah Al-Ambiak Ayat 21:51 (klik sini utk paparan ayat)
۞وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ إِبۡرَٰهِيمَ رُشۡدَهُۥ مِن قَبۡلُ وَكُنَّا بِهِۦ عَٰلِمِينَ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.
- Kita mungkin diuji dgn kesakitan yg tidak temui ubat, dgn kesakitan itu jangan kita mencari dukun/tabib/sami siam/etc. utk mengubatkan penyakit. Walaupun dlm hati terdetik bhw Allah shj yg memberi kesembuhan, namun jampi mentera yg tidak menggunakan ayat-ayat Al-Quran, atau takal yg diberikan utk di pakai, direndam, disapu, etc adalah syirik kerana kebergantungannya kpd benda selain dari Allah. Kita menjaga barang-barang, jampi, mentera yang perlu dibaca selain dari ayat-ayat Al-Quran itu menjadikan kita berlaku syirik kepada Allah. Dosa syirik tidak diampunkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment