- us Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 26-Jan-2022
Surah Yasiin Ayat 36:62 hingga 65
Ayat 36:62 (klik sini utk paparan ayat)
وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلّٗا كَثِيرًاۖ أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ
"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
- "qad" mesti dlm keadaan fiel ie perbuatan, bermaksud sesunggugnya.
- " jibil lan" bermaksud banyak. berasal dari perkataan asas "jabal" ie bukit. menggambarkan besar. "Jibil lan" merujuk kpd melebihi bilangan 10,000 orang, menunjukkan golongan majoriti yg tersesat, atau tidak mengikuti perintah Allah.
- isu orang yg tidak taat kpd Allah sebegitu ramai. Org yg sesat ini menerima ajakan dari syaitan, tidakkah mereka menggunakan akal? Berakal adalah asas kpd kesempurnaan seseorang. Orang yg dipertanggungjawabkan hukum syarak adalah berakal. Org gila tidak menanggung apa-apa dosa kerana tiada tanggungjawab ke atasnya menunaikan hukum syarat.
- Orang yg mengikut ajakan/hasutan syaitan tidak menggunakan akal sehingga tidak boleh membezakan perkara mungkar dan kufur kpd Allah.
Ayat 36:63 (klik sini utk paparan ayat)
هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ
"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
- "ha zi hi" merujuk kpd suatu yg dekat (di depan mata).
Ayat 36:64 (klik sini utk paparan ayat)
ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ
"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",
Ayat 36:65 (klik sini utk paparan ayat)
ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
- fiel - buat merujuk kpd perbuatan yg dilakukan oleh manusia atau haiwan. Termasuk juga perbuatan yg tidak disengajakan contoh terpijak kaki orang yg berdiri disebelah kita.
- amal - merujuk kepada tiga (3) perbuatan:
- fizikal ie dilakukan oleh anggota
- percakapan atau sebutan
- dalaman (ie hati)
- "al kasbu" - merujuk kpd perbuaan yg terhasil dari dalam hati (gerak-hati) yang beriman atau kufur.
No comments:
Post a Comment