Tuesday, April 5, 2022

Tafsir Surah Yasiin Ayat 36:33 hingga 44

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 6-Jan-2022

Surah Yasiin Ayat 36:33 hingga 44 -- Hujah Allah itu Maha Berkuasa


1) Allah boleh menghidupkan sesuatu yg mati

Surah Yasiin Ayat 36:33 (klik sini utk paparan ayat)

وَءَايَةٞ لَّهُمُ ٱلۡأَرۡضُ ٱلۡمَيۡتَةُ أَحۡيَيۡنَٰهَا وَأَخۡرَجۡنَا مِنۡهَا حَبّٗا فَمِنۡهُ يَأۡكُلُونَ

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.

 

وَجَعَلۡنَا فِيهَا جَنَّٰتٖ مِّن نَّخِيلٖ وَأَعۡنَٰبٖ وَفَجَّرۡنَا فِيهَا مِنَ ٱلۡعُيُونِ

Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
لِيَأۡكُلُواْ مِن ثَمَرِهِۦ وَمَا عَمِلَتۡهُ أَيۡدِيهِمۡۚ أَفَلَا يَشۡكُرُونَ

Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
  • Allah tanya, adakah setelah dikurniakan segala macam kemudahan kepada manusia utk hidup di dunia ini, bumi dihidupkan/dimudahkan utk bercucuk tanam/berladang/berniaga/berekonomi, adakah mereka bersyukur?

سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
  • Setiap yg hidup dijadikan berpasangan, adakah manusia itu berfikir akan kekuasaan Allah, adalah manusia itu bersyukur?

2) Disiatkan siang dari malam, juga peredaran matahari, bulan 


وَءَايَةٞ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ

Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
  • Kejadian malam dan siang yang silih berganti juga adalah tanda kekuasaan Allah. Adakah manusia itu berfikir dan bersyukur kepada Allah? 

وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِي لِمُسۡتَقَرّٖ لَّهَاۚ ذَٰلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

 


وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ

Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.


لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِي لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّهَارِۚ وَكُلّٞ فِي فَلَكٖ يَسۡبَحُونَ

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
  • Kenapa bulan disebutkan sebagai "naik", kerana bulan mengelilingi bumi mengikut orbitnya Tetapi matahari tidak disebutkan "naik" kerana matahari berada dan bergerak pada kedudukannya.
  • Peredaran bulan itu dari bulan sabit kepada bulan penuh mengambang dan mengecil hingga kpd bentuk bulan sabit semula, sebagai putaran bulan. 
  • "kul lun" bermaksud setiap sesuatu merujuk kpd ciptaan Allah sehingga unit paling kecil ie atom itu berenang (bergerak) pada orbit/ketetapannya.
  • "yas bahun" bermaksud berenang. Matahari tidak boleh berenang, tetapi apa yg maksudkan adalah "kinayah" atau kiasan ie suatu ciptaan yang tunduk kepada Allah. Jika makhluk yg tidak diberikan nyawa itu tunduk kepada Allah,  mengapa manusia tidak mahu mengikut perintah Allah? 
    • Kalaulah matahari itu bergerak (seperti manusia bergerak) atas perintah Allah, kenapa manusia tidak mengikut perintah Allah?
    • Ayat ini perli manusia, kalau bulan dan matahari itu jadi manusia dan taat kepada Allah, tetapi kamu manusia tidak mahu taat kepada Allah?

3) Zuriat kamu yg diselamatkan dlm kapal, hinggalah keseronokan hidup hingga ke suatu masa tertentu. 


وَءَايَةٞ لَّهُمۡ أَنَّا حَمَلۡنَا ذُرِّيَّتَهُمۡ فِي ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ

Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

  •  Allah yang Maha Hebat menimbulkan kapal membolehkan ianya belayar. Manusia naik sebuah kapal yang sarat dengan muatan, yang ada muatan barang, dan lain-lain, tetapi boleh belayar di lautan. Penduduk Mekah hampir dengan pelabuhan yang membolehkan kapal belayar ke Ethopia (Habsyah). Ini merupakan kiasan yg hampir dengan penduduk Mekah pada ketika itu. 

وَخَلَقۡنَا لَهُم مِّن مِّثۡلِهِۦ مَا يَرۡكَبُونَ

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
  • Selain dari kapal yang boleh belayar, Allah juga Maha Kuasa yang menerbangkan kapal terbang, juga lain-lain mesin yang membenarkan manusia mengenderainya. Dalam apa yang kita lakukan, semuanya ada kaitan dengan Allah. Hukum graviti, hukum fizik, hukum getaran zarah dan lain-lain adalah atas kehendak Allah.


وَإِن نَّشَأۡ نُغۡرِقۡهُمۡ فَلَا صَرِيخَ لَهُمۡ وَلَا هُمۡ يُنقَذُونَ

Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, 
  • Allah selamatkan manusia dengan kasih-sayangNya. Sekiranya Allah kehendaki mereka ditimpa malapetaka, mereka tidak boleh melepaskan diri dari musibah. 
  • Jangan tertipu dengan kehebatan, panjangnya kita berdoa sewaktu sesuatu huru-hara malapetaka/musibah yang menjadikan kita terselamat, menjadikan kita rasa hebat. Sebenarnya bukanlah doa atau banyak doa yang dibaca, sebaliknya kasih-sayang Allah yang menyelamatkan kita dari sesuatu malapetaka/musibah.

إِلَّا رَحۡمَةٗ مِّنَّا وَمَتَٰعًا إِلَىٰ حِينٖ

Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.


Sambungan kuliah:

  • Nota kuliah utk Ayat 33 hingga 44 (klik sini)
  • Nota kuliah utk Ayat 45 hingga 54 (klik sini)
  • Nota kuliah utk Ayat 62 hingga 65 (klik sini)
  • Nota kuliah utk Ayat 66 hingga 70 (klik sini)

No comments: