Friday, February 18, 2022

Tafsir Surah Yasiin Ayat 36:62 hingga 65

- us Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 26-Jan-2022

Surah Yasiin Ayat 36:62 hingga 65 


Ayat 36:62 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلّٗا كَثِيرًاۖ أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

- "qad" mesti dlm keadaan fiel ie perbuatan, bermaksud sesunggugnya.

- " jibil lan" bermaksud banyak. berasal dari perkataan asas "jabal" ie bukit. menggambarkan besar. "Jibil lan" merujuk kpd melebihi bilangan 10,000 orang, menunjukkan golongan majoriti yg tersesat, atau tidak mengikuti perintah Allah.

- isu orang yg tidak taat kpd Allah sebegitu ramai.  Org yg sesat ini menerima ajakan dari syaitan, tidakkah mereka menggunakan akal? Berakal adalah asas kpd kesempurnaan seseorang.  Orang yg dipertanggungjawabkan hukum syarak adalah berakal. Org gila tidak menanggung apa-apa dosa kerana tiada tanggungjawab ke atasnya menunaikan hukum syarat.

- Orang yg mengikut ajakan/hasutan syaitan tidak menggunakan akal sehingga tidak boleh membezakan perkara mungkar dan kufur kpd Allah.


Ayat 36:63 (klik sini utk paparan ayat)

هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ

"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

- "ha zi hi" merujuk kpd suatu yg dekat (di depan mata).


Ayat 36:64 (klik sini utk paparan ayat)

ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ

"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"

 

- "is lau ha" bermaksud "humbankan".  Berbanding dgn maksud "da ho la" ie "masuk".

- "al yau ma" = "pada hari ini" membalas sindiran orang kafir spt dlm ayat ke-48
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",

- "tak furun" merujuk kpd 2 golongan (i) orang yg tidak beriman (ii) kufur nikmat ie apbl Allah beri nikmat, tetapi kita tidak bersyukur. 

- Dlm Al-Quran, apbl disebutkan "manusia" maka ianya merujuk kpd (i) manusia dan (ii) jin. Begitu juga bila disebutkan "muslim" ianya merujuk kpd (i) lelaki islam dan (ii) perempuan islam.

ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

- "nakh ti mu" bermaksud di-seal-kan (dimeterai), tidak boleh dibuka langsung (tak boleh bersuara/berkata-kata).

- setiap sel badan ada potensi utk menjadi mulut. Namun Allah tidak kembangkan sel utk bersuara kerana telah ada mulut.

- "kasbun" bermasud buat, yg berpunca/dtg dari dalam ie (i) iman, atau (ii) kufur.  Bagi orang yg beriman, apa yg dilakukan yg mengikut ilmu dan hukum syarak maka perbuatannya itu menjadi amal soleh. Sebaliknya  orang yg di dlm hatinya tiada iman,  ie hanya kukufuran,  di buat sessuatu, maka ia disebutkan sebagai "kasbun" ini adalah perbuatan yg berpunca dari hati (orang) yang kufur.
  1. fiel - buat merujuk kpd perbuatan yg dilakukan oleh manusia atau haiwan. Termasuk juga perbuatan yg tidak disengajakan contoh terpijak kaki orang yg berdiri disebelah kita.

  2. amal - merujuk kepada tiga (3) perbuatan:
    1. fizikal ie dilakukan oleh anggota
    2. percakapan atau sebutan
    3. dalaman (ie hati)

  3. "al kasbu" - merujuk kpd perbuaan yg terhasil dari dalam hati (gerak-hati) yang beriman atau kufur.


Sambungan kuliah:

  • Nota kuliah utk Ayat 33 hingga 44 (klik sini)
  • Nota kuliah utk Ayat 45 hingga 54 (klik sini)
  • Nota kuliah utk Ayat 62 hingga 65
  • Nota kuliah utk Ayat 66 hingga 70 (klik sini)


No comments: