Tuesday, April 5, 2022

Isu Kekeluargaan dan Nikah Kawin

- us Ahmad Faizal bin Sudin Ali kuliah Maghrib Ahad 31-Okt-2021

Bab Munakahat - Isu-isu Kekeluargaan 

Kekeluargaan meliputi hal-hal mendirikan rumah tangga, bermula dari merisik calon menantu, menimang, nikah, hal-hal berkaitan membesarkan anak, hal-hal berkaitan suami/isteri nusyus. Hak sebagai suami, isteri, anak-anak. Tanggung-jawab suami, isteri dan masyarakat.

Kaedah nikah secara online (kerana situasi pandemik/kawalan pegerakan):

- Pernikahan mestilah berlaku dihadapa pendaftar nikah secara maya (menggunakan aplikasi live Google Meet, Zoom, etc). 
- Pasangan lelaki dan perempuan dan wali dari kedua-dua pihak dan saksi pernikahan akan berada di rumah pengantin perempuan. Dinikahkan oleh wali pengantin perempuan. Pendaftar nikah secara live akan mengendalikan majlis pernikahan tersbt.

- semua makhluk dijadikan berpasangan, apatah lagi manusia, spt yg disebutkan dlm surah An-Nisa ayat pertama. Utk manusia cara mana hubungan itu dihalalkan antara pasangannya adalah melalui pernikahan.

Surah An-Nisa Ayat 4:1 (klik sini utk paparan ayat)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.

- Pengantin lelaki dan perempuan mestilah tiada mempunyai pertalian nasab, atau nasab susuan. 
  • Pendaftar nikah perlukan maklumat nikah ibu dan bapa kedu-dua pasangan pengantin (lelaki dan perempuan), untuk menentukan status pasangan pengantin, dan juga status wali (yg akan menikahkan pengatin perempuan).

- jika tarikh nikah ibu dan bapa pengantin perempuan diragui (kurang dari 9 bulan), spt 8 bln maka bapa pengantin tidak boleh (tidak dibenarkan) menjadi wali, kerana dikhuatiri berlaku kes anak luar nikah. Juru nikah perlu selidik status bakal pengantin dan juga wali nikah.
  • permohonan wali hakim ie memohon supaya pihak kadi menikahkan pengantin perempuan. 
  • banyak punca permohonan wali hakim, seperti:
    • wali (boleh jadi bapa pengantin perempuan sendiri atau datuk ie bapa kepada bapa pengantin perempuan) tidak mahu menikahkan pengantin perempuannya. Banyak kes disebabkan pasangan ibu bapa telah bercerai, dan bapa yg sudah tidak tinggal serumah dgn bekas isteri, tidak mahu menjadi wali kepada pernihakan anak perempuannya.
    • Hakim akan perintahkan supaya pasangan itu dinikahkan dengan wali hakim, disebabkan kes wali enggan.
    • Anak tidak sah taraf ie tidak dapat disahkan taraf wali itu adalah bapa pengantin perempuan yang sah.
- "Wali enggan" ie wali enggan menikahkan anaknya. Dgn itu wali hakim dilantik utk menikahkan pengantin perempuan. 

- "Wali ghaib" ie wali yg tidak dapat dicari/dikesan setelah dilakukan makluman dalam surat khabar tempatan. Keputusan mahkamah syariah dikeluarkan supaya pernikahan dilakukan oleh wali hakim sekiranya wali tidak muncul pada tarikh pernikahan.

- Allah jadikan manusia berpasangan, namun manusia yg jahil mengamalkan pasangan sejenis. Tiada pasangan haiwan yang berpasang sejenis.

- Surah Ar-Rum Ayat 30:21 (klik sini utk paparan ayat)

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
  • Bila berkahwin, akan datang kasih-sayang, belas kasihan antara pasangan pengantin.
- Hadis berkaitan pernikahan, antaranya hadis: dari Abi Umamah RA, Nabi SAW bersabda:

تَزَوَّجُوا ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ ، وَلَا تَكُونُوا كَرَهْبَانِيَّةِ النَّصَارَى 

Maksudnya: “Berkahwinlah kamu semua, kerana sesungguhnya aku berbangga dengan banyaknya kamu semua berbanding umat lain, dan jangan kamu menjadi seperti rahbaniyyah Nasara (Kristian).” [HR al-Baihaqi]

- hadis: dari Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ [HR Muslim (715)]


Cara memilih calon menantu:

- contoh ujian kpd calon menantu lelaki:

  • Jemput dtg makan malam, minta datang jam 6.00ptg, bertanya hal diri dan keluarga. Kemudian minta jadi imam Maghrib. Jika tidak boleh bersolat, carilah calon menantu lelaki yg lain. 

- contoh ujian kpd calon menantu perempuan:

  • Jemput datang ke rmh majlis kenduri/tahlil, dengarkan bacaan Al-Quran spt surah Yasiin. Jika tiada suaranya atau setakat kumat-kamit mulutnya, carilah menantu yg lain.

- pentingnya pasangan pengantin utk menjaga solat adalah utk menjaga keharmonian keluarga/rumah-tangga mereka. 

- Banyak kes pasangan yg bercerai (terutama pasangan muda) adalah berpunca kerana tidak menjaga solat, atau tidak menunaikat solat. Lebih tinggi perceraian adalah kerana suami tidak menjaga solat atau tidak menunaikan solat. 

  • Pernikahan adalah antara manusia ie suami menjaga hak isteri dan isteri menjaga hak suami.
  • Solat adalah amanah yg diberikan oleh Allah kpd hambaNya. Solat itu tiang ugama, jika tidak dijaga solat maka rumah-tangga boleh runtuh.
  • Pernikahan adalah suatu amanah, suami diamanahkan menjaga isteri dan keluarganya.

- Solat itu tiang ugama, siapa yang tidak bersolat dia meruntuhkan ugama. Pasangan yang tidak bersolat, tiada keberkatan dalam keluarga mereka. 

  • Amanah solat tidak dijaga, bagaimana seorang lelaki hendak diberikan tanggungjawab menjaga anak perempuan kita sebagai isterinya?
  • Pilihlah calon menantu supaya perkahwinan mereka diberkati dan kekal.
  • Jangan tingkatkan indek perceraian.

- Jaga anak-anak kita dgn solat dan bacaan Al-Quran mereka.  Ajar mereka bersolat dan mengaji Al-Quran.


- Nota Tambahan: hadis berkaitan solat:

  • Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: “Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya amal perbuatan yang pertama kali dihisab pada seseorang nanti di hari kiamat adalah solat. Apabila solatnya bagus, maka berbahagia dan beruntunglah ia, tetapi apabila solatnya rusak maka menyesal dan merugilah ia. Apabila di dalam solat fardhunya terdapat suatu kekurangan, maka Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Agung berfirman: “Lihatlah, apakah hamba-Ku ini mengerjakan solat sunnat sehingga kekurangan solat fardhunya dapat disempurnakan dengannya.” Kemudian setelah solat itu dihisab barulah amal-amal perbuatan yang lainnya dihisab.” [HR. Turmudzi]

  • Sabda Nabi SAW:
أول ما يُحاسَبُ به العبدُ يومَ القيامةِ الصلاةُ ، فإنْ صلحَتْ صلحَ له سائِرُ عملِهِ ، وإن فسدَتْ فسَدَ سائِر عملهِ
    "Perkara yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Apabila solatnya baik, seluruh amalannya pun baik. Apabila solatnya buruk, seluruh amalannya pun buruk." [HR Thabrani]. 


    No comments: