Saturday, August 6, 2022

Hak Penjagaan Anak Pasangan Yang Memeluk Islam

- us Dato' Zaidi kuliah Maghrib Ahad 10-Jan-2016

Hak penjagaan anak kpd pasangan yang memeluk Islam.

Kes #1: suami memeluk Islam namun isteri masih kekal dgn agama bukan Islam. Pasangan ini mempunyai 3 org anak yg berumur di bwh 18 thn. Setelah memeluk Islam suami itu berpisah dgn isterinya dan keluar dari rumah.

- Undang-undang Malaysia pada ketika ini menetapkan anak yg berumur di bwh 18 thn adalah mengikut ugama anutan ibu dan bapa mereka. Namun apbl anak² yg berumur 18 tahun ke atas mereka berhak menentukan sendiri ugama anutannya.

1) Suami td hanya berjaya membawa keluar bersama anak perempuannya yg berumur 11 thn. 2 lagi anaknya yg berumur 15 dan 16 thn tidak mahu mengikutnya, kerana mahu tinggal bersama ibunya.

2) Dia kemudiannya pergi ke mahkamah sivil dan mendaftarkan bhw telah menganut Islam dan mendapatkan perintah mahkamah utk mendptkan hak jagaan yg sah terhadap 3 org anaknya.

3) Dia kemudian ke mahkamah syariah dan memfailkan 3 anaknya memasuki Islam.

4) Bekas steri tidak berpuas hati dan menfailkan kesnya menuntut hak jagaan 3 anaknya kerana dia telah membesarkan 3 anaknya dari kecil. Mahkamah tinggi bersidang dan memberi kebenaran kpd bekas isteri utk mendapat hak jagaan 3 anaknya.

5) satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas suaminya kerana menyembunyikan 3 anaknya.

6) mahkamah syariah hanya utk org Islam, dan mahkamah sivil utk sama ada Islam dan bukan Islam.

7) bila berlaku pertembungan kuasa mahkamah, maka kes mahkamah yg lebih dahulu didaftarkan akan diberi keutamaan. Namun dlm kes ini, mahkamah menangguhkan keputusan keputusan Mahkamah Syariah.

8) si suami membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, dan keputusan Mahkamah Rayuan memberikan hak kepada Mahkamah Syariah, ie Mahkamah Syariah berhak memutuskan keIslaman seseorg dan hak jagaan anak. Maka si suami tadi dpt menjaga 3 anaknya.

9) walaubagaimanapun, 2 anak yg berumur 15 dan 16 thn masih dlm jagaan isterinya.

10) 2 anak yg tinggal bersama ibunya berisiko utk menuntut utk menukar ugama anutannya apbl berumur 18 ke atas, kerana tidak pernah mengamalkan ajaran Islam kerana tinggal bersama ibunya yg bukan Islam.

11) si suami telah melaksanakan tugasnya dan haknya utk mendaftarjan keIslaman 3 anaknya yg berumur 18 thn ke bwh.

12) diharapkan 2 anaknya itu diberikan hidayah suatu hari nanti utk kekal dlm Islam.

Kes #2
Mahkamah Syariah mendakwa Kassim Ahmad yg secara terang mengaku menganut fahaman syiah sewaktu forum perdana.

1) Kassim Ahmad kemudian membuat permohonam utk dibuat semakan keputusan Mahkamah Syariah. Mahkamah Sivil kemudiannya memutuskan bhw keputusan mahkamah syariah tidak sah.


No comments:

Post a Comment