Saturday, August 6, 2022

Kemewahan, Pangkat dan Harta itu Melalaikan

- us Kuliah Suboh Ahad 15-Mei-2022

Surah Ali-Imran Ayat 3:165 (klik sini utk paparan ayat).

{ أَوَلَمَّآ أَصَٰبَتۡكُم مُّصِيبَةٞ قَدۡ أَصَبۡتُم مِّثۡلَيۡهَا قُلۡتُمۡ أَنَّىٰ هَٰذَاۖ قُلۡ هُوَ مِنۡ عِندِ أَنفُسِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

- kata saidina Umar, jangan panggil aku Khalifah, kerana panggilan Khalifah itu hanya layak kpd Abu Bakar ra.

- ada orang yg mampu dgn kekayaannya dia gunakan utk ugama. Jika kita gunakan harta utk diri kita sendiri maka kita akan takut kpd kematian. Jadikan harta sebagai kelebihan utk membeli Akhirat.

Org beriman telah diberitahu bhw kehidupan dunia ini adalah sementara. Setiap nyawa akan menemui kematian, cuma tidak diketahui bila berlakunya kematian. 

Surah Ali-Imran Ayat 3:185 (klik sini)

{ كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ }

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Rasul dan Nabi juga mati/wafat. 
Surah Al-Anbiak Ayat 21:34 (klik sini)

{ وَمَا جَعَلۡنَا لِبَشَرٖ مِّن قَبۡلِكَ ٱلۡخُلۡدَۖ أَفَإِيْن مِّتَّ فَهُمُ ٱلۡخَٰلِدُونَ }

Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

- Kematian itu adalah perpindahan dari satu alam ke suatu alam yg lain. Perjalanan seseorg itu adalah alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzah/kubur dan alam Akhirat.

- barangsiapa yang dijauhkan neraka, dia akan dimasukkan dlm syurga. Dikumpulkan pahala kamu utk dimasukkan dlm syurga. Di Akhirat nanti kita perlukan, dan mahukan syafaat Nabi Muhammad saw.

- terdapat perbezaan antara Kitab Tauzat, Zabur dan Al-Quran. Nabi Muhammad saw hidup berlandaskan Al-Quran. Hadis adalah cermin kpd Al-Quran, ie apbl hendak memahamkan/mentafsirkan ayat² Al-Quran, perlu rujuk kpd hadis.
  • Memahami Al-Quran perlu mengaji Al-Quran perlu mengaji hadis. Hidayah dan petunjuk diberikan oleh Allah kpd sesiapa yg dikehendakiNya. Kita perlu "membaca" dan membuat cross reference utk explore ilmu Allah.
- di akhir Surah Ali-Imran Ayat 3:185 (rujuk di atas), Allah jelas kan bhw kehidupan dunia itu sebagai ujian, segala kemewahan, pangkat dan harta menjadikan kita lalai menjadikan tertipu dgn dunia.


No comments:

Post a Comment