Sunday, December 11, 2022

Saidina Khalid bin Al-Walid

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 3-Dis-2022

- Sahabat Rasulullah: Saidina Khalid bin Al-Walid

- Khalid bin Al-Walid bin Mughira  Al-Makhzumi Al-Quraisy. Gelaran Khalid bin Al-Walid adalah "Abu Sulaiman
- Berasal dari Bani Makhzumi, ie sebuah keluarga yg kuat dan terkenal di Mekah, dan bapanya Al-Walid adalah org besar di Mekah. Kiswah (ie kain penutup Kaabah) diganti setiap tahun diselang seli dgn wakil² Quraisy dan tahun berikutnya oleh Al-Walid bin Mughira.
  • Al-Walid bin Mughira melatih anaknya ie Khalid dihantar ke kawasan baniah (ie kampung) utk menjadikan Khalid memiliki sifat lasak, hebat menunggang kuda dan hebat bermain senjata. 
  • Keperibadiannya dari sudut keberanian, menunggang kuda dan bermain senjata menjadikannya seorg yg hebat.
  • Susuk tubuh ada kesamaaan dgn saidina Umar Al-Khattab. Khalid Al-Walid ada pertalian keluarga dgn saidina Umar Al-Khattab. Malah rupanya juga mirip dgn Umar Al-Khattab. Dari jauh hampir sukar utk bezakan antara Khalid Al-Walid dgn Umar Al-Khattab.
  • Lahir 21 tahun selepas kelahiran Rasulullah. Sewaktu Rasulullah saw mendapat wahyu, Khalid ketika itu dlm lingkungan usia 19 thn.

Perang Badar (2H)
- Khalid Al-Walid tidak menyertai Perang Badar. Abangnya ie Al-Walid bin Al-Walid sertai Perang Badar, namun dia adalah antara 70 org Quraisy yg ditawan oleh tentera Islam dan di Madinah.
 -Khalid Al-Walid adalah org yg pergi ke Madinah utk menebus abangnya yg ditawan. Tidak lama setelah pulang ke Mekah, Al-Walid bin Al-Walid memeluk Islam dan berpindah semula ke Madinah.

Perang Uhud (3H)
- Pada awal peperangan tentera Islam dlm keadaan menang, sementara tentera tentera Quraisy bertebaran lari. Perintah Rasulullah saw supaya tentera yg bertahan di Jabal Ar-Ruma (bukit pemanah) tetap berada di sana hinggalah diberi arahan oleh Rasulullah saw. Sewaktu tentera² yg berada di bwh bukit mengumpulkan harta² peninggalan perang, mereka yg di atas bukit pemanah bertanggapan peperangan sudah tamat. Sewaktu mereka menuruni bukit, pasukan tentera Quraisy yg dipimpin oleh Khalid Al-Walid , mengambil kesempatan utk berpatah dan membuat serangan, yg menyebabkan tentera Islam kucar-kacir. 
- Khalid Al-Walid yg telah berundur mengawasi keadaan tentera Islam di Jabal Ar-Ruma, kemudiannya membuat keputusan menyerang tentera Islam, kerana kelihatan tentera Islam telah meninggalkan posisi mereka.
- Dlm Perang Uhud 70 org Islam syahid. Baginda Rasulullah saw juga cedera dlm peperangan ini.

Perjanjian Hudaibiyah
- Pd tahun ke6 Hijrah, Rasulullah saw hendak ke Mekah melakukan umrah. Namun orang kafir Quraisy melarang kerana pada tahun tersebut tidak dibenarkan umrah. 
- Berlaku perjanjian Hudaibiyah pada tahun ke6 Hijrah, antaranya tiada umrah pada thn ke6 Hijrah, Hijrah dibenarkan pada tahun berikutnya.  Juga, tiada peperangan antara tentera Islam dgn pihak kafir Quraisy untuk tempoh 10 tahun.
- Pd tahun ke7,  baginda Rasulullah saw tidak ke Mekah melakukan umrah. Abu Bakar as-siddiq pergi ke Mekah utk lakukan umrah. Umrah pd thn ke7 ini dipanggil "Umrah a- Qada'".

Keislaman Khalid Al-Walid
- Khalid bin Al-Walid memeluk Islam antara tahun ke7 dan ke8 Hijrah.
- Rasulullah saw mengajak Khalid bin Al-Walid memeluk Islam,  di mana baginda menulis surat dan berpesan kepada abang Khalid ie Al-Walid bin Al-Walid. Abangnya mengutus surat ajakan Rasulullah saw supaya Khalid memeluk Islam. Al-Walid memujuk adiknya Khalid utk memeluk Islam.
-Pada ketika itu Khalid Al-Walid telah memiliki cita-cita utk memeluk Islam. Apbl menerima utusan itu dari abangnya, Khalid Al-Walid makin membuak-buak hendak memeluk Islam, dan mengajak beberapa kawannya utk turut serta, yg juga panglima² perang Quraisy, termasuk Ikhrimah bin Abi Jahal dan Safwan bin Umayyah. Namun mereka berdua tidak mahu memeluk Islam bersama Khalid Al-Walid pd ketika itu.
- Khalid kemudiannya berjumpa dgn Utman bin Talhah. Mereka berdua pun berangkat pergi ke Madinah utk memeluk Islam. Dlm perjalanan mereka bertemu Amru bin Al-As, dia juga berminat utk memeluk Islam dan bersetuju mengikuti Khalid dan Uthman bin Talhah utk ke Madinah.
- KeIslaman Khalid Al-Walid berlaku sebelum "Fathul Mekah" ie Pembukaan Kota Mekah pd tahun ke8 Hijrah. Selepas peristiwa Fathul Mekah, berbondong-bondong orang kafir memeluk Islam. 

- Dia mendapat gelaran "saifullah" ie "pedang Allah yg terhunus".
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh At-Tirmizi, daripada Abu Hurairah ra, sewaktu kami sampai di suatu tempat, Rasulullah bertanya siapakah org yg lalu-lalang di situ baginda bertanya siapa dan siapa. Apbl lalu Khalid Al-Walid, Rasulullah saw bertanya siapakah dia, kata Abu Hurairah, dialah Khalid Al-Walid, kata Rasulullah dialah saifullah.

Perang Mu'tah (8H)
- Khalid Al-Walid baru meluk Islam pd ketika itu. Dia hanyalah sebagai tentera biasa shj. Tidak dilantik sebagai salah seorg panglima perang tentera Islam.
- Peperangan berlangsung selama 6 hari. Dlm tempoh inilah gugur 3 panglima Islam yg dilantik oleh Rasulullah saw. Khalid bin Al-Walid menggunakan kepakarannya dlm berperang, dia menyusun pasukan tentera Islam dgn menukarkan posisi tentera apbl berperang pd hari berikutnya, yg menimbulkan andaian di pihak musuh yg tentera Islam ada pasukan tambahan. Begitu juga strategi Khalid Al-Walid menyuruh sebahagian tentera Islam yg menimbulkan keadaan berdebu, yg menimbulkan andaian pihak tentera musuh bahawa ada pasukan tentera Islam yg tiba memberi sokongan.
- Strategi ini membolehkan Khalid Al-Walid membawa tentera Islam berundur sedikit-demi sedikit. Hinggalah tentera musuh tidak lagi mengikuti mereka kerana khuatir tentera Islam sedang mengumpul kekuatan. Strategi ini membolehkan tentera Islam pulang ke Madinah, walaupun ada yg gugur syahid, namun ini adalah kemenangan strategi dan psychology.

Khalid Al-Walid Meninggal Dunia
- Khalid Al-Walid sedih kerana dia meninggal tidak di medan perang.
- Dia meninggal di Homes (di Syiria)

Dilucutkan jawatan panglima perang
- Dia dilucutkan jawatan dr panglima perang oleh sidina Umar ra, kerana saidina Umar ingin menjaga aqidah org² Islam. Ini kerana Khalid Al-Walid sertai 50 peperangan dan tidak pernah tewas. Menjadikan org² Islam yg tahu jika pasukan tentera dipimpin oleh Khalid maka pasukan mereka pasti menang.
- Keperibadian Khalid Al-Walid itu seorg yg taat kepada pemimpin.
- Dia tidak memberontak sewaktu dilucutkan jawatan sebagai panglima perang oleh saidina Umar Al-Khattab ra.

No comments:

Post a Comment