Monday, July 31, 2023

Perkara-perkara yang membatalkan solat Siri-2

- us Azmi Hasan kuliah Maghrib Isnin 31-Julai-2023

Perkara-perkara yang membatalkan solat siri-2 
-- batal solat akibat dari rosak bacaan dan sebutan dalam solat

- Bacaan dalam surah Al-Fatihah
1. Bacaan ayat ke2 1:2
{ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ }

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(a) "ٱلۡحَمۡدُ" huruf ha pedas dibaca sebagai ha simpul. 
(b) "ٱلۡعَٰلَمِينَ" ('alamin) huruf ain dibaca sebagai huruf hamzah "alamin".

2. Bacaan ayat ke7 1:7
{ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ }

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

(a) "ٱلَّذِينَ" huruf dzal dibaca sebagai huruf zai.

3. Bacaan dalam tasyahut yg ramai tidak beri perhatian yg menyebabkan tidak sah tasyahutnya. Solat menjadi tidak sah apabila kerosakan/kesilapan ini dlm tasyhut akhir, ie rosak satu rukun solat, menjadikan solat tidak sah.

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى
اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

(a) Bacaan "اَلتَّحِيَّاتُ" (at tahiyya) pada permulaan tasyahut dibaca sebagai "atahiya", "at ta hiya", "at tah ya"

(b) Bacaan "وَعَلَى عِبَادِاللهِ" (wa 'ala 'iba dillah) di baca sebagai "wa ala iba"

(c) Bacaan "الصَّالِحِيْنَ" (so li hin) dibaca dgn huruf ha pedas, tetapi dibaca dgn ha simpul.

(d) Bacaan syahadah "أَشْهَدُ" (asy ha du) dibaca sebagai "a syadu"

4. Sebutan salam pertama (Assalaamulaikum) dibaca sebagai "salaamulaikum".


Nota Kuliah:
  • Perkara-perkara yang membatalkan solat akibat dari rosak rukun solat (klik sini).


No comments:

Post a Comment