Saturday, July 27, 2024

Beriman Kepada Makhluk Ghaib (Malaikat, Jin dan Iblis)

- us Abd Rahman kuliah Suboh Sabtu 27-Jul-2024

Keimanan kepada Malaikat - Peranan Malaikat dalam dunia manusia

- Imam Al-Junaid al-Junaidi sejak kecil diajar oleh gurunya agar diucapkan Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku, sebagai didikan utk beriman kpd Allah.

- Malaikat suatu makhluk ghaib yg diciptakan dari nur/cahaya dijadikan Allah dan boleh menjelma sebagai makhluk yg elok sempurna seperti kejadian bentuk manusia. Dgn jelmaan ini manusia dapat berinteraksi dgn Malaikat.

- Syaitan dan Jin suatu makhluk yg diciptakan oleh Allah dari api yg juga makhluk ghaib, tetapi jelmaan² mereka menjadi makhluk² dgn rupa yg tidak elok.

- Allah berfirman dlm Surah Al-Jin ayat 72:1 (klik sini)
{ قُلۡ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ ٱسۡتَمَعَ نَفَرٞ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَقَالُوٓاْ إِنَّا سَمِعۡنَا قُرۡءَانًا عَجَبٗا }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Juga dalam Surah Ar-Rahman ayat 55:33 (klik sini), Allah nyatakan jin dan manusia berada dalam kuasa pemerintahanNya. Jin dan manusia tidak dapat lari dariNya.
{ يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَٰنٖ }

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!


- Antara sifat-sifat jin:
a) Jin diciptakan dari api yg panas. Dalilnya dalam Surah Al-A'raf ayat 7:12 (klik sini). Ayat ini juga menunjukkan kesombongan iblis utk menturuti perintah Allah.
{ قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ }

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

b) Allah jadikan Jin sebelum dijadikan manusia
c) Jin makhluk yg mengingkari perintah Allah. Kesesatan Jin dan iblis adalah dari keangkuhan dan kesombongan.

Amaran Allah kepada manusia, supaya tidak mensyirikkan Allah dgn cara menjadikan jin dan iblis sebagai sembahan. Surah Al-Jin ayat 72:6 (klik sini)

{ وَأَنَّهُۥ كَانَ رِجَالٞ مِّنَ ٱلۡإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٖ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَزَادُوهُمۡ رَهَقٗا }

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Sebaliknya Allah ciptakan jin dan manusia itu utk menyembah Allah, seperti yang dinyatakan dlm Surah Az-Zariat ayat 51:56 (klik sini)

{ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ }

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Dlm surah Al-A'raf ayat 7:38 (klik sini)
{ قَالَ ٱدۡخُلُواْ فِيٓ أُمَمٖ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ فِي ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٞ لَّعَنَتۡ أُخۡتَهَاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَكُواْ فِيهَا جَمِيعٗا قَالَتۡ أُخۡرَىٰهُمۡ لِأُولَىٰهُمۡ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا فَـَٔاتِهِمۡ عَذَابٗا ضِعۡفٗا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلّٖ ضِعۡفٞ وَلَٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ }

Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui".

- Allah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 8:30 (klik sini)
{ وَإِذۡ يَمۡكُرُ بِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثۡبِتُوكَ أَوۡ يَقۡتُلُوكَ أَوۡ يُخۡرِجُوكَۚ وَيَمۡكُرُونَ وَيَمۡكُرُ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ }

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

- Jin dan syaitan mempunyai lekuatan lebih dari manusia. Allah sebutkan sifat mereka dlm kisah Nabi Sulaiman as menguasai jin dan iblis.

- Syaitan dan iblis bertujuan menyesatkan manusia. Allah nyatakan dalam surah Al-Fusilat ayat 41:25 (klik sini)
{ ۞وَقَيَّضۡنَا لَهُمۡ قُرَنَآءَ فَزَيَّنُواْ لَهُم مَّا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ وَحَقَّ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقَوۡلُ فِيٓ أُمَمٖ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ إِنَّهُمۡ كَانُواْ خَٰسِرِينَ }

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).

Allah mengingatkan manusia supaya tidak menjadikan jin, iblis dan syaitan sebagai tuhan/sembahan, kerana mereka semua akan dipenuhkan dalam neraka. Surah Hud ayat 11:119 (klik sini)
{ إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَۚ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمۡۗ وَتَمَّتۡ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ }

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

Dlm surah As-Sajadah ayat 32:13 (klik sini), Allah menyatakan bahawa rayuan manusia dan jin untuk keluar dari neraka tidak akan diterima, kerana mereka tidak berusaha untuk bertaubat dari melakukan syirik kepada Allah.
{ وَلَوۡ شِئۡنَا لَأٓتَيۡنَا كُلَّ نَفۡسٍ هُدَىٰهَا وَلَٰكِنۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ مِنِّي لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ }

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".

- Sesiapa yg mengikut suruhan syaitan, adalah untuk menjerumuskan manusia kpd keburukan dan syirik kpd Allah.
a) Banyak manusia sesat dan/atau masuk ajaran sesat keran tertipu dgn bisikan syaitan.
b) Syaitan membantu manusia dgn perkara² pelik hingga manusia percaya kehebatan dan kelebihan yg ada padanya hinggakan berlaku syirik kpd Allah.

Sunday, July 21, 2024

Dengki dan Dendam

-us Mohamed Sabir Jamaludin kuliah Suboh Ahad 21-Jul-2024

Orang Beriman Tidak Menaruh Dengki dan Dendam

- Dengki adalah satu penyakit, kelahan yg tidak habis, melemahkankan kekuatan dan mengeruhkan muka.
- Dengki kerana:
  • (i) rezeki yg diterima oleh seseorg
  • (ii) kebahagiaan yg dinikmati oleh seseorg

- Kesan ketidakpuasan hati menyebabkan muka berubah, muka masam.
- Jangan dengki dan iri hati di atas nikmat, kemewahan, rezeki yg diperoleh/diterima oleh seseorg. 

Surah An-Nisa ayat 4:54 (klik sini)
{ أَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٰهِيمَ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمٗا }

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

- Ada hikmah yg Allah jadikan sesuatu perniagaan tidak menjadi, atau tidak mendapat kenaikan pangkat, sebaliknya org lain yg dinaikkan pangkat.

- Abu Dzar Al- Ghafari pernah bertemu dgn Rasulullah saw utk dilantik memegang suatu jawatan. Mulanya Abu Dzar menawarkan dirinya sebagai pengawal peribadi Rasulullah saw. Banyak nasihat² yg diterima oleh Abu Dzar. Suatu hari Abu Dzar meminta kepada Rasulullah utk dilantik menjawat suatu jawatan, lalu dihalang oleh Rasulullah kerana peribadi (sifat) Abu Dzar tidak sesuai dgn jawatan tersebut.

- Sewaktu zaman khalifah Muawiyyah, Abu Dzar banyak menegur Muawiyyah supaya tidak bermewah, dan juga dlm banyak perkara. Lebihan dari apa yg diterima perlu dipulangkan kpd perbendaharaan. Cara hidup Abu Dzar yg zuhud tidak sesuai sebagai seorg pemimpin rakyat, seperti Muawiyyah.

Surah Al-Israk ayat 17:30 (klik sini)
{ إِنَّ رَبَّكَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرَۢا بَصِيرٗا }

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

- Allah beri rezeki kpd hambaNya, dan kita perlu berusaha utk mengambilnya.
  • Semua org belajar tetapi tidak semua yg faham. Maka itulah yg perlu dipohon agar direzekikan kefahaman terhadap ilmu yg diajarkan.
- Allah berikan rezeki mengikut ukuranNya. Jangan sibuk mengukur rezeki yg diberikan kpd org lain, sebaliknya bersyukur dgn rezeki yg diperoleh. Setiap dari kita akan ditanya dari mana rezeki diperoleh dan bagaimana ianya dibelanjakan.

Carian AI:
Penyebab Sifat Dengki
  • (i) Ketidakpuasan Hati: Sifat dengki sering kali berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap nikmat atau kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Individu yang merasa bahawa mereka tidak mendapat keadilan atau pengiktirafan akan cenderung untuk merasai dengki terhadap orang lain yang dianggap lebih berjaya atau beruntung.
  • (ii) Perbandingan Sosial: Dalam banyak kes, perasaan dengki muncul apabila seseorang membandingkan diri mereka dengan orang lain. Ini boleh menyebabkan perasaan rendah diri dan ketidakpuasan yang mendalam, yang seterusnya mendorong mereka untuk merasa iri hati terhadap kejayaan dan kebahagiaan orang lain.
  • (iii) Kekhawatiran dan Permusuhan: Rasa khuatir bahawa tujuan atau hasrat tertentu tidak akan tercapai juga boleh mendorong sifat dengki. Ini termasuk perasaan permusuhan yang mungkin timbul dari persaingan dalam hubungan peribadi atau profesional.
  • (iv) Pengaruh Sejarah dan Budaya: Dalam konteks sejarah, sifat dengki telah wujud sejak zaman Nabi Adam, di mana kisah Qabil dan Habil menggambarkan bagaimana dengki boleh mendorong kepada tindakan yang merosakkan. Qabil membunuh Habil bukan hanya kerana korban Habil diterima, tetapi juga kerana perasaan iri hati terhadap kelebihan yang dimiliki oleh Habil.

Kesan Sifat Dengki
  • Sifat dengki tidak hanya merosakkan hubungan antara individu, tetapi juga boleh menyebabkan tindakan yang merugikan. Dalam banyak ajaran agama, seperti yang dinyatakan dalam hadis, hasad dengki dianggap sebagai penyakit hati yang boleh memakan kebaikan seseorang seperti api yang membakar kayu.

Cara Mengatasi Sifat Dengki
Untuk mengatasi sifat dengki, beberapa pendekatan boleh diambil:
  • Mensyukuri Nikmat: Mengingat dan mensyukuri nikmat yang dimiliki boleh membantu mengurangkan perasaan dengki.
  • Berdoa dan Bertaubat: Memohon perlindungan daripada Allah dan bertaubat atas perasaan dengki yang ada dalam hati.
  • Meningkatkan Diri: Fokus kepada usaha peribadi dan pengembangan diri tanpa membandingkan diri dengan orang lain.
Dengan memahami punca dan kesan sifat dengki, individu dapat mengambil langkah untuk mengurangkan perasaan ini dan membina hubungan yang lebih positif dengan orang lain.


Carian hadis:
  1. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak akan mengurangi kebajikan orang-orang mukmin. Dia diberi upah di dunia dan pahala di akhirat. Adapun orang kafir, dia diberi rezeki dengan kebajikan yang dikerjakannya di dunia. Setelah sampai di akhirat tidak ada lagi kebajikan yang akan diberi pahala baginya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2403]

  2. Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2187]


Saturday, July 20, 2024

Kekuatan Baginda Rasulullah saw

- us Azhar Tarno kuliah Suboh Sabtu 20-Jul-2024

Bab Keberanian - Kekuatan Nabi Muhammad saw

- Kekuatan baginda Rasulullah saw bersamaan dgn 40 org lelaki, suatu kelebihan yg dikurniakan oleh Allah kepada rasulNya.
  • Kekuatan Nabi Musa as adalah 10 org lelaki. Nabi Musa as boleh mengangkat batu yg menutup telaga dlm peristiwa anak² perempuan Nabi Syuib as hendak memberi minum kambing ternakan mereka, seperti disebutkan dlm surah Al-Qasas ayat 28:23 (klik sini)

{ وَلَمَّا وَرَدَ مَآءَ مَدۡيَنَ وَجَدَ عَلَيۡهِ أُمَّةٗ مِّنَ ٱلنَّاسِ يَسۡقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ ٱمۡرَأَتَيۡنِ تَذُودَانِۖ قَالَ مَا خَطۡبُكُمَاۖ قَالَتَا لَا نَسۡقِي حَتَّىٰ يُصۡدِرَ ٱلرِّعَآءُۖ وَأَبُونَا شَيۡخٞ كَبِيرٞ }

Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya ".


- Dlm Perang Khandak, Nabi meletakkan/mengikat perut dgn batu, dan 3 hari tidak makan, baginda bersama sahabat yg lain meneruskan kerja-kerja menggali parit. Dlm proses menggali parit ini, ada peristiwa kekuatan dan kelebihan baginda. Baginda mengambil cangkul dan memukul batu besar yg tidak dapat dipecahkan oleh sahabat yg lain, dan dengan kekuatan baginda, batu berkecai menjadi serpihan kecil seperti pasir. Satu pertiga batu itu pecah apbl baginda memukul batu itu dgn memulakan dgn basmallah. Dgn 3 kali pukul batu besar itu hancurlah batu tersebut.

Carian hadis:
  • Dari Abu Sukinah dari seorang sahabat Rasulullah saw berkisah: "Ketika Rasulullah saw. menyuruh para sahabat menggali parit Khandaq, mereka dirintangi sebuah batu besar, yang sulit dipecahkan, Rasulullah saw. segera bangun mengambil kapak, lalu meletakkan selendangnya di tepi parit. Beliau memukul batu itu sambil membaca: "Wa tammat kalimatu rabbika sidqan wa 'adian laa mubaddila likalimaatihii wa huwas samii'ul 'aliim, maka hancurlah sepertiga batu itu. Salman Al Farisi yang berdiri di dekat beliau, melihat cahaya terang terpancar dari celah batu ketika beliau memukul batu itu. Kemudian beliau memukul batu itu untuk yang kedua kalinya, sambil membaca kalimat tersebut, terlihat oleh Salman pula cahaya terang, maka hancurlah sepertiga yang lain dari batu itu. Lalu beliau memukul batu itu untuk yang ketiga kalinya sambil membaca kalimat tersebut dan hancurlah sepertiga yang terakhir. Setelah itu Rasulullah saw. keluar dari parit dan mengambil selendang, lalu beliau duduk. Kata Salman: "Wahai Rasulullah, aku telah melihat cahaya terang ketika engkau memukul batu tadi." Sabda Rasulullah:"Wahai Salman, benarkah kamu telah melihatnya?" Jawab Salman:"Ya, demi Allah yang telah mengutusmu dengan benar, wahai Rasulullah" Sabda beliau: "Sungguh, pada saat aku melepaskan pukulan yang pertama, maka diperlihatkan kepadaku kota-kota Kaisar Persia dan beberapa kota di sekitarnya, hingga aku dapat melihatnya dengan mataku." Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, memohonlah pada Allah, supaya Allah membukakan negeri itu bagi kita, dan memberikan kekayaannya pada kita, dan semoga kita dapat menaklukkan negeri itu dengan tangan kita." Maka Rasulullah saw berdoa. Sabda Rasulullah: "Kemudian ketika aku melepaskan pukulanku yang kedua, maka diperlihatkan kepadaku kota-kota Kaisar negeri Roma dan sekitarnya hingga aku dapat melihatnya dengan kedua mataku." Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, berdoalah pada Allah, semoga Dia membukakan negeri itu buat kita, dan memberikan kekayaannya pada kita dan semoga kita dapat menaklukkan negeri itu dengan kekuatan kita" Maka Rasulullah saw berdoa. Sabda beliau: "Selanjutnya pada pukulanku yang ketiga, maka diperlihatkan kepadaku kota-kota negeri Habasah dan desa-desa sekitarnya, hingga aku dapat melihatnya dengan kedua mataku ketika itu. Tetapi biarkanlah negeri Habasah selagi penduduknya tidak mengganggumu; dan biarkanlah negeri Turki selagi penduduknya tidak mengganggumu." [Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3036]


Saturday, July 6, 2024

Sahabat Rasulullah: Amru Al-Jamuh

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 6-Jul-2024

Sahabat Rasulullah: Amru Al-Jamuh Al-Ansar

- Ketua Bani Salamah ie salah satu bani Khazraj.
- Memeluk Islam agak lewat, hinggakan anaknya Muaz bin Amru telah terlebih dahulu memeluk Islam.
- Muaz antara salah seorg yg memainkan peranan penting hingga Amru memeluk Islam.

Keislaman Amru adalah ketika hampir Perang Badar
- Kisah keislaman Amru, bermula dari adanya satu berhala besar di Yathrib dan di setiap rumah ada satu berhala kecil sebagai sembahan kpd patung berhala besar. Dlm rumah Amru ada patung kecil bernama manaf. Muaz ada seorg kawan ie Muaz bin Jabal yg terlebih dahulu memeluk Islam. Pakatan anaknya dgn Muaz bin Jabal adalah utk mengambil berhala manaf ketika Amru tiada di rumah. Dicampakkannya patung manaf ke tempat pembuangan sampah. Apbl Amru pulang dia dapati patung manafnya tiada, selepas ditanya, ada org mengatakan patungnya ada di tempat pembuangan sampah. Amru kutip dan bawa pulang ke rumahnya dan membersihkannya. Selepas itu Muaz ulangi perkara yg sama, dan diulanginya lagi.

- Amru letakkan pedang disisi patung manafnya. Muaz campakkan patung manaf dan ikatkan patung manaf pada bangkai anjing. Amru kutip semula patung manaf, tetapi timbul sedikit kesedaran patung sembahannya tidak mampu mempertahankan diri walaupun ada pedang di sisinya.

- Selepas itu Amru mula tinggalkan patung manaf dan dipujuk oleh kawan²nya utk meninggalkan sembahan patung ie melakukan syirik kpd tuhan. Amru kemudiannya bersetuju utk bertemu dgn Nabi Muhammad saw utk memeluk Islam.

- Kisah Amru memeluk Islam sama situasi Nabi Ibrahim berdakwah kpd bapanya Aazar.

Surah Al-An'am ayat 6:74 (klik sini)
{ ۞وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِيمُ لِأَبِيهِ ءَازَرَ أَتَتَّخِذُ أَصۡنَامًا ءَالِهَةً إِنِّيٓ أَرَىٰكَ وَقَوۡمَكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ }

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".

- Kisah Amru memeluk Islam lewat walaupun dakwah ada berlaku di hadapannya, malahan dakwah disampaikan oleh Rasulullah saw. 
  • Ini bertepatan dgn firman Allah, bhw hidayah itu ditentukan oleh Allah, spt dlm surah Al-An'am ayat 125.

Surah Al-An'am ayat 6:125 (klik sini)
{ فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجٗا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي ٱلسَّمَآءِۚ كَذَٰلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ }

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

- Sewaktu persediaan Perang Badar, anak² Amru melarangnya menyertai peperangan, kerana Amru itu tempang. Amru bertemu Rasululllah saw utk menyertai perang, namun ditolak oleh Rasulullah.

- Dlm persedian Perang Uhud, sekali lagi anak²nya melarang Amru dari menyertai Perang Uhud. Amru pergi bertemu Rasulullah dan baginda juga melarang Amru menyertai peperangan. Amru berdoa agar dikurniakan syahid dlm peperangan.
- Dlm Perang Uhud itu Amru pergi bersama anak²nya menyertai Perang Uhud. Allah makbulkan doanya utk syahid di medan perang.

- Amru dikebumikan dlm satu liang bersama Abdullah bin Amru Al-Haram, kerana kedua-dua mereka sahabat yg baik, dan mereka ada hubungan sebagai biras (isteri mereka berdua adalah adik-beradik).

- 46 tahun selepas itu pd zaman Muawiyah, banjir mengenai perkuburan para syuhadah perang Uhud. Arahan dikeluarkan supaya perkuburan para dialihkan ke suatu tempat yg tidak banjir. Apabila dikorek kubur Amru dan Amdullah, didapati keadaan mereka seperti baru dikebumikan, tiada apa² yg rosak pada jenazah mereka. Tangan Amru yg diletakkan pd luka perangnya apabila dialihkan ketika mengangkat jenazahnya, maka mengalir darah. Lalu diletakkan semula tangannya pada tempat luka perang barulah darah berhenti mengalir. Amru meminta supaya jenazah bapanya disempurnakan pengalihan kuburnya yg baru dgn baik.

- Nabi saw bertemu dgn bani Salamah, dan bertanyakan siapa ketua mereka. Mereka mengatakan seseorg itu tetapi dia bersifat bakhil. Kata Rasulullah saw, apa lagi penyakit selain dari penyakit bakhil, dan org itu tidak layak menjadi ketua. Sifat pemurah Amru diiktiraf oleh Rasulullah sebagai ketua bani Salamah.