Sunday, July 21, 2024

Dengki dan Dendam

-us Mohamed Sabir Jamaludin kuliah Suboh Ahad 21-Jul-2024

Orang Beriman Tidak Menaruh Dengki dan Dendam

- Dengki adalah satu penyakit, kelahan yg tidak habis, melemahkankan kekuatan dan mengeruhkan muka.
- Dengki kerana:
  • (i) rezeki yg diterima oleh seseorg
  • (ii) kebahagiaan yg dinikmati oleh seseorg

- Kesan ketidakpuasan hati menyebabkan muka berubah, muka masam.
- Jangan dengki dan iri hati di atas nikmat, kemewahan, rezeki yg diperoleh/diterima oleh seseorg. 

Surah An-Nisa ayat 4:54 (klik sini)
{ أَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٰهِيمَ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمٗا }

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

- Ada hikmah yg Allah jadikan sesuatu perniagaan tidak menjadi, atau tidak mendapat kenaikan pangkat, sebaliknya org lain yg dinaikkan pangkat.

- Abu Dzar Al- Ghafari pernah bertemu dgn Rasulullah saw utk dilantik memegang suatu jawatan. Mulanya Abu Dzar menawarkan dirinya sebagai pengawal peribadi Rasulullah saw. Banyak nasihat² yg diterima oleh Abu Dzar. Suatu hari Abu Dzar meminta kepada Rasulullah utk dilantik menjawat suatu jawatan, lalu dihalang oleh Rasulullah kerana peribadi (sifat) Abu Dzar tidak sesuai dgn jawatan tersebut.

- Sewaktu zaman khalifah Muawiyyah, Abu Dzar banyak menegur Muawiyyah supaya tidak bermewah, dan juga dlm banyak perkara. Lebihan dari apa yg diterima perlu dipulangkan kpd perbendaharaan. Cara hidup Abu Dzar yg zuhud tidak sesuai sebagai seorg pemimpin rakyat, seperti Muawiyyah.

Surah Al-Israk ayat 17:30 (klik sini)
{ إِنَّ رَبَّكَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرَۢا بَصِيرٗا }

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

- Allah beri rezeki kpd hambaNya, dan kita perlu berusaha utk mengambilnya.
  • Semua org belajar tetapi tidak semua yg faham. Maka itulah yg perlu dipohon agar direzekikan kefahaman terhadap ilmu yg diajarkan.
- Allah berikan rezeki mengikut ukuranNya. Jangan sibuk mengukur rezeki yg diberikan kpd org lain, sebaliknya bersyukur dgn rezeki yg diperoleh. Setiap dari kita akan ditanya dari mana rezeki diperoleh dan bagaimana ianya dibelanjakan.

Carian AI:
Penyebab Sifat Dengki
  • (i) Ketidakpuasan Hati: Sifat dengki sering kali berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap nikmat atau kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Individu yang merasa bahawa mereka tidak mendapat keadilan atau pengiktirafan akan cenderung untuk merasai dengki terhadap orang lain yang dianggap lebih berjaya atau beruntung.
  • (ii) Perbandingan Sosial: Dalam banyak kes, perasaan dengki muncul apabila seseorang membandingkan diri mereka dengan orang lain. Ini boleh menyebabkan perasaan rendah diri dan ketidakpuasan yang mendalam, yang seterusnya mendorong mereka untuk merasa iri hati terhadap kejayaan dan kebahagiaan orang lain.
  • (iii) Kekhawatiran dan Permusuhan: Rasa khuatir bahawa tujuan atau hasrat tertentu tidak akan tercapai juga boleh mendorong sifat dengki. Ini termasuk perasaan permusuhan yang mungkin timbul dari persaingan dalam hubungan peribadi atau profesional.
  • (iv) Pengaruh Sejarah dan Budaya: Dalam konteks sejarah, sifat dengki telah wujud sejak zaman Nabi Adam, di mana kisah Qabil dan Habil menggambarkan bagaimana dengki boleh mendorong kepada tindakan yang merosakkan. Qabil membunuh Habil bukan hanya kerana korban Habil diterima, tetapi juga kerana perasaan iri hati terhadap kelebihan yang dimiliki oleh Habil.

Kesan Sifat Dengki
  • Sifat dengki tidak hanya merosakkan hubungan antara individu, tetapi juga boleh menyebabkan tindakan yang merugikan. Dalam banyak ajaran agama, seperti yang dinyatakan dalam hadis, hasad dengki dianggap sebagai penyakit hati yang boleh memakan kebaikan seseorang seperti api yang membakar kayu.

Cara Mengatasi Sifat Dengki
Untuk mengatasi sifat dengki, beberapa pendekatan boleh diambil:
  • Mensyukuri Nikmat: Mengingat dan mensyukuri nikmat yang dimiliki boleh membantu mengurangkan perasaan dengki.
  • Berdoa dan Bertaubat: Memohon perlindungan daripada Allah dan bertaubat atas perasaan dengki yang ada dalam hati.
  • Meningkatkan Diri: Fokus kepada usaha peribadi dan pengembangan diri tanpa membandingkan diri dengan orang lain.
Dengan memahami punca dan kesan sifat dengki, individu dapat mengambil langkah untuk mengurangkan perasaan ini dan membina hubungan yang lebih positif dengan orang lain.


Carian hadis:
  1. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak akan mengurangi kebajikan orang-orang mukmin. Dia diberi upah di dunia dan pahala di akhirat. Adapun orang kafir, dia diberi rezeki dengan kebajikan yang dikerjakannya di dunia. Setelah sampai di akhirat tidak ada lagi kebajikan yang akan diberi pahala baginya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2403]

  2. Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2187]


No comments:

Post a Comment