Monday, October 23, 2017

3 golongan yg mula-mula dihisab di Akhirat

- kuliah Maghrib Isnin 23-Okt-2017

3 golongan yg akan awal dihisab di Akhirat kelak:
(1) org yg syahid ie mati di jln menegakan ugama Allah.
- ada yg menipu, kerana tujuannya menyertai perang bukannya kerana hendak menegakkan ugama Allah, sebaliknya hendak mendptkan balasan dan sanjungan dr manusia. Mereka ini akan diperintahkan oleh Allah kpd malaikat utk diseret dan dihumbankan ke dlm neraka.

(2) org yg diberi ilmu pengetahuan dan diajarkannya kpd org lain.
- ada yg menipu, kerana tujuannya belajar kerana hendak mendptkan penghormatan dr org ramai. Mereka ini akan diperintahkan utk diseret ke neraka.

(3) org yg diberikan rezeki kekayaan, dan diinfakkan hartanya.
- ada yg menipu, kerana sumbangan kekayaan yg dilakukan kerana mengharapkan sanjungan, nama, dan gelaran dr manusia.
- bagaimana org yg ikhlas kerana Allah, dan dipuji pula oleh org lain. Kata Rasulullah, org ini mendpt kejayaan.

- Riak
(a) org yg melakukan amaln kerana mengharapkan sanjungan dr manusia, maka dia berlaku riak.

(b) jika seseorg itu takut utk melakukan amalan secara berterusan kerana takut dikatakan bhw di and seorg yg warak, maka dia sebenarnya sedang disesatkan kerana melakukan amalan kerana manusia. Berlaku riak dlm amalannya.

- Syafaat Nabi
(a) berselawat lah ke atas Nabi selepas dr azan dikumandangkan, ie sebelum membaca doa selepas azan itu.

- Iman
(a) adakah semakin tinggi atau semakin lemah ketakutan kita utk menemui Allah? Jika semakin tinggi, ie semakin takut kerana memikirkan byknya dosa yg dilakukan, maka iman itu semakin bertambah. Jika sebaliknya keadaan ie tidak berasa takut utk menemui Allah (ie mati), dan tidak merasa takut apbl melakukan kemaksiatan.

- apbl tidak ada org alim/berilmu yg melakukan pencegahan ke atas kemasiatan yg dilakukan di tempat/kawasan mereka, azab Allah diturunkan secara menyeluruh, bukannya khusus kpd org yg melakukan kemasiatan.
(a) tidak ada penvegahan ke atas kegiatan dadah dan penagihan dadah, maka org2 yg alim/baik ditimpakan dgn azab kebimbangan (spt tidak tenang, tidak lena tidur) kerana bimbangkan keselamatan diri, keluarga dan harta mereka, dr dicuri, diceroboh.

- jangan putus asa mengharapkan nikmat Allah.

Saturday, October 21, 2017

Adab mengunjungi orang

- us Ibrahim kuliah Maghrib Sabtu 21-Okt-2017

- kisah Bani Qadim setelah memeluk Islam, beriman kpd Allah dan Nabi Muhammad saw, dan mereka berhajat utk menziarahi Rasulullah.

- apbl mereka tiba di Madinah, rombongan Bani Qadim ini dimaklumkan bhw baginda Rasulullah tidak berada di masjid, baginda berada di rumah (isteri), namun tidak diketahui di rumah isteri yg mana satu.

- rombongan itu pun bergerak dgn berteriak "Muhammad, Muhammad" memanggil baginda Rasulullah, setelah beberapa rumah, akhirnya mereka sampai ke rumah yg Rasulullah ada di sana.  Mendengarkan itu baginda menyahut dan bersiap2 utk bertemu mereka. Rombongan itu berteriak lagi mcm org tak beradap, tak sabar menunggu.

- sedang Rasulullah bersiap itu turun wahyu dr Allah menerangkan mereka yg memanggil2 nama baginda itu, kebanyakkannya  tidak tahu adab bertemu dgn Rasulullah, tidak sabar menunggu Rasulullah utk keluar menemui mereka, memanggil nama shj (Muhammad).

- Surah Al-Hujrat Ayat 49:4

إِنَّ الَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِنْ وَرَاءِ الْحُجُرَاتِ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

- Surah Al-Hujrat Ayat 49:5

وَلَوْ أَنَّهُمْ صَبَرُوا حَتَّىٰ تَخْرُجَ إِلَيْهِمْ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Allah menegur golongan itu dgn turunnya ayat di atas  agar tidak diulangi situasi itu atau ditiru oleh org lain,
(a) panggil dgn sanjungan yg tinggi bukannya dgn panggilan nama shj
(b) bersabar menunggu Rasulullah utk keluar bertemu mereka.
(c) bercakap dgn suara yg perlahan.

- apbl mengunjungi org, maka jagalah adab. Jangan lakukan perkara spt yg dilakukan oleh Bani Qadim.

Saturday, October 14, 2017

Dakwah dan hijrah Rasulullah

- us Anuar kuliah Suboh Sabtu 14-Okt-2017

Lakukan 4 perkara di antara selepas Suboh hingga terbit matahari
  1. Mengingati Allah
    • secara khusus spt berzikir, atau menghadirkan diri dlm majlis² ilmu/kuliah
  2. Beristigfar
    • memohon keampunan dr dosa, sama ada dosa yg kita sedari atau tidak disedari.
  3. Membaca Al-Quran
    • membaca Al-Quran, dan lebih baik dgn menghayati maksud ayat-ayat utk dijadikan panduan dan pengajaran.
  4. Bermuhasabah
    • apbl naiknya matahari kira² satu (1) galah, maka lakukan solat sunat Isyrak. Waktu solat sunat Isyrak ini:
      • bila masuk waktu solat isyrak? Ianya bermula selepas 15 minit terbit matahari hingga kira² 27 minit selepas terbit matahari, ie waktunya sekitar 12 minit. Waktu Dhuha adalah selepas 27 minit dari waktu Syuruk hingga masuk waktu Zohor.
      • Contoh: Suboh pd 6.15am; Syuruk pd 7.25am. Maka Isyrak pd (7.25am + 0.15) = 7.40am. Manakala Dhuha pd (7.25am + 0.27) = 7.52am  
      • ada pendapat mengatakan solat sunat Isyrak ini di awal waktu dhuha, ie kira² 27 minit selepas terbit matahari.

Dakwah Rasulullah:
- Dakwah terawal dilakukan di rumah Al-Arqam ibn Abi'l-Arqam.
- dakwah secara terang-terangan dimulakan dlm 2 kumpulan yg diketuai oleh Rasulullah sendiri dan satu lagi oleh saidina Hamzah bin Abu Talib.
- 2 sebab Abu Bakar diberi faham sebelum org lain faham, kerana:
  1. apbl Rasulullah dtg kpdnya utk berhijrah, maka saidina Abu Bakar faham akan keadaan itu (utk berhijrah), dia menyediakan unta tunggangan dan persiapan utk perjalanan itu bersama Rasulullah.
  2. dlm kes apbl Rasulullah tiba di Madinah dan utk mendirikan solat, ada sebidang tanah yg sesuai dijadikan tempat solat, tanah itu berharga 200 dinar, maka saidina Abu Bakar membayar 200 dinar tersbt dr uncangnya sendiri.
- mcm mana saidina Abu Bakar boleh sediakan 200 dinar utk membayar harga tanah itu, itulah yg dikatakan beliau tlh diberi faham (oleh Allah) mendahului dr org lain.

- apbl unta tunggangan Rasulullah berhenti di rumah Abu Ayub Al-Ansari.

- Abu Ayub Al-Ansari meninggal di Turkey (Constantinople) sewaktu menyertai peperangan. Sultan Muhammad Al-Fateh selepas dinasihatkan oleh gurunya tasaufnya, maka dia mencari dan dibersihkan kubur Abu Ayub An-Ansari. Tentera Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki Constantinople. Sebelum itu beberapa pasukan tentera Islam telah mengalami kekalahan.

- org yg tercicir dlm dakwah adalah mereka yg terpesong tujuan dakwahnya, kerana mengharapkan balasan dr manusia.

- kemuncak kpd Hijrah adalah Rasulullah menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin, dgn ukhwah Islamiah.


Kemaskini:
  • AL-KAFI #1255: Waktu Sebenar Solat Sunat Isyraq - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (klik sini)

Friday, October 13, 2017

6 perkara menjadikan makanan itu haram

- kuliah Maghrib Jumaat 13-Okt-2017

6 perkara menjadikan makanan itu haram

Kaedah hukum sesuatu makanan, minuman dan wap yang dimasukkan dlm rongga badan, yg menjadi haram:

(#1) boleh memudaratkan badan
  • ikan buntal memiliki racun, jika tidak tahu kaedah membuang racunnya, maka haram utk dimakan.
  • rokok mengandungi bahan kimia yg dikategorikan racun. Perokok dan org yg terdedah kpd asap rokok, berpotensi tinggi menghidap kanser, dlm masa panjang.

(#2) boleh memabukkan ie hilang akal.
  • khomar (jus anggur yg diperam) ie arak.
  • arak dlm kuantiti sedikit, masih dihukumkan haram.

(#3) najas ie benda yg najis
  • darah. Namun darah yg ada dlm daging tidak dikira najis.
  • air yg bercampur dgn najis (yg tidak boleh dimaafkan)
  • tikus mati dlm minyak (sapi):
    • jika minyak itu beku maka buang bangkai tikus tsbt serta sekitar minyak yg beku.
    • jika minyak itu cair, maka hukumnya menjadi haram.

(#4) iktikzar, ie seorg yg waras merasa jijik terhadap benda yg hendak di makan
  • contoh: tahi hidung, haiwan, serangga, ulat yg dilihat jijik.
  • ada yg mengatakan kesian utk memakan haiwan peliharaan (spt arnab, burung merpati). Dlm kes kesian ianya tidak jatuh hukum haram. Daging haiwan tersbt halal dimakan.

(#5) istirash ie haiwan darat yg bertaring, atau haiwan berkuku tajam
  • contoh: singa, helang
  • pengecualian kpd haiwan buas adalah "dubuk", ianya dikategorikan haiwan buruan dlm mazhab Syafie.
  • ikan jerung (walau pun bertaring) halal dimakan dagingnya.
  • jumhur ulamak sepakat bhw monyet itu haram dimakan.
  • burung yg diharamkan adalah dari jenis burung dgn kuku tajam, yg mencengkam mangsanya.

(#6) Syarak tidak mengizinkan makanan itu dimakan
  • yg disebutkan/dinaskan: daging (dan lain² bhgn tubuh badan) babi
  • keldai, baghol (kacukan antara kuda dgn keldai). Kuda itu halal dimakan namun keldai itu haram di makan. Anak kacukan antara halal dan haram, maka haram dimakan anak kacukan itu.
  • makanan yg halal namun diperoleh dgn cara haram, spt mencuri.

Dalil: Surah Al-Maidah ayat 5:3 (klik sini utk paparan ayat)

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Surah Al-An'am ayat 6:145 (klik sini)

قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Hal Telur:
  • semua telur halal dimakan kecuali telur ular.
    • telur ular haram kerana khuatir mengandungi bahan berbisa. Ular sememangnya haram dimakan kerana jenis berbisa.
  • telur yg jijik dimakan spt telur cicak.
  • penyu termasuk dlm haiwan dua (2) alam, ianya haram di makan. Namun telur penyu halal dimakan.

Kemaskini:
  • Hadis berkaitan haramnya memakan daging keldai:
Dari Anas r.a. katanya: "Tatkala Rasulullah saw. menaklukkan Khaibar, kami menangkap keldai di luar kota, lalu kami masak. Tiba-tiba datang pesuruh Rasulullah saw. berseru; "Perhatian! Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian semua memasak daging keldai kerana daging keldai itu najis (dan memasaknya) termasuk perbuatan syaitan." Maka dibalikkan orang periuk sehingga isinya tumpah semuanya. [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1894] 

 

Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya: "Kami berangkat bersama-sama Rasulullah saw. menuju Khaibar. Kemudian Allah Ta'ala menaklukkannya untuk kemenangan mereka (kaum muslimin). Ketika hari telah petang pada hari penaklukan itu, para prajurit banyak menyalakan api, maka bertanya Rasulullah saw., "Api apa itu, untuk apa kamu nyalakan?" Jawab mereka, "Untuk memasak daging." Tanya beliau, daging apa?" Jawab mereka, "Daging keldai jinak." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tumpahkan daging itu dan pecahkan periuknya!" Tanya seorang lelaki, "Bagaimanakah kalau kami tumpahkan isinya lalu kami cuci periuknya?" Jawab beliau, "Atau begitu boleh juga." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1893] 

 

Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: Pada hari peperangan Khaibar, Nabi saw. melarang makan daging keldai, dan membolehkan makan daging kuda. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1642]

 

 

Tuesday, October 10, 2017

Sabar itu anugerah Allah yang paling tinggi

- us Johari Kuliah Maghrib Selasa 10-Okt-2017

- Abd Rahman bin Auf bermula dr org yg tiada harta, dtg ke Mekah sehelai sepinggang. beliau membina kejayaan berniaga di Mekah.

- Abu Said al-Khudri ketika diugut utk berhijrah, dia memilih utk meninggalkan segala hartanya dan meneruskan hijrah ke Madinah.

- sesiapa yg menahan dirinya dr meminta-minta, adalah lebih baik bagi mereka itu. Jangan meminta-minta sekiranya bukan terdesak.

- barang siapa yg sentiasa rasa tidak cukup, Allah tidak akan mencukupkan keperluannya.

- anugerah yg paling baik yg diberikan oleh Allah kpd seorg hambanya adalah kesabaran.

- org beriman itu menakjubkan, antara sifatnya:
(i) semua yg Allah beri kpdnya, dia terima dgn redho. Bila dpt kebaikan dia bersyukur, bila dpt suatu musibah dia bersabar.

- - - - - - - - - - - - - - -
Bubur asyura:

- bubur asyura biasanya dimasak/disediakan​ oleh org Melayu pd 10 Muharram. Ini adalah suatu amalan  disesetengah tempat. Tidak ada kaitan dgn amalan ugama.

- pd 10 Muharram disunatkan berpuasa.

- Amalan bergotong-royong memasak bubur asyura pd 10 Muharram boleh dilakukan pd hari selain 10 Muharram, dan ini adalah lebih baik kerana disunatkan utk berpuasa pd hari tersbt.

- kini amalan memasak bubur ayura pd 10 Muharram mula ditinggalkan kerana tiada  dlm syriat, sebaliknya ramai umat Islam kini yg mengambil peluang utk menambah pahala dgn berpuasa sunat pd 10 Muharram.

- Antara amalan tradisi dan syariat ugama, maka syariat  ugama mengatasi (keutamaannya) dari amalan tradisi.

Sunday, October 8, 2017

Kronologi selepas kematian

- us Meftah Kuliah Suboh Ahad 8-Okt-2017

- kronologi selepas kematian

- Rasulullah berdoa memohon dr keseksaan azab kubur
- didatangi para malaikat dgn berpakaian (serba putih). Malaikat Maut duduk di hujung kepala dan menyeru roh utk keluar dr tubuh. Semerbak bau wangi dr malaikat.
- roh yg dibalut dgn kafan putih dibawa naik ke langit. Para malaikat bertanya roh siapa yg dibawa itu dgn wangi yg harum.

- 2 malaikat (Mungkar dan Nakir) akan dtg, bermula soal jawab.

Keadaan org mukmin:
- org mukmin akn menjawab dgn kemas.

- dibukakan pintu syurga, maka masuklah angin sejuk dan bau-bauan wangi dr syurga. Maka dibukakan/diluaskan kubur dgn seluas pandangan. Dia akan didatangi seorg lelaki, dgn wajah yg tampan dan berbau sgt wangi. Dia berkata kpd hamba yg mukmin itu, seronoklah kamu kerana senang sgt urusan (kematian) kamu pd hari ini.

- apbl ditanya siapa kamu ini, maka jawab lelaki itu, akulah amalan kebaikkan kamu.

- lelaki itu pun berdoa agar disegerakan utk dikembalikan kpd keluaganya (yg tlh meninggal).

Keadaan org bukan mukmin:
- bagi org bukan mukmin, akan dtg malaikat dgn berpakaian serba hitam (sujul wujuh) berwajah hitam. Melihatkan itu, pd ketika itu terbayanglah segala kejahatan dan kemungkaran yg dilakukan semasa hidup.

- malaikat akan mengatakan kpdnya, wahai jiwa yg kotor, keluarlah . Keluarnya roh itu seperti benda kesat yg tersangkut, sakit apbl terputus urat2 saraf ketika nak melepaskan roh. Dibalut roh td dgn kain kafan hitam dgn bau yg busuk.

- malaikat akan bertanya roh siapa yg busuk baunya itu.

- dibawa naik ke langit dunia, tidak dibukakan pintu langit utknya, dan dia tidak masuk ke dlm syurga hingga unta boleh masuk lubang jarum.

- Allah berkata tuliskan namanya dlm as-sijjiddin, dan campakkan rohnya ke tempat yg sgt keras. Maka dikembalikan roh itu pd jazadnya. Dtg malaikat bertanya soalan kubur. Dgn tergagap-gagap dia mengatakan tidak tahu.

- dibukakan pintu neraka, maka masuklah hawa panas dan bauan busuk.

- dtg lembaga lelaki yg hitam, dan busuk baunya.

- ditanya oleh org bukan mukmin itu siapa kamu. Jawab lembaga hitam itu akulah amalan kamu yg jahat dan kemaksiatan. Berdoalah lembaga itu janganlah diipercepatkan hari pembalasan.

Saturday, October 7, 2017

Amalan tahun baru hijrah

- us Sofian Kuliah Suboh Sabtu 7-Okt-2017

- setiap kali tahun hijrah kita berdoa akhir tahun, dan awal tahun. Kita juga berazam utk lakukan perubahan utk menjadi lebih baik dr tahun sebelumnya.

7 perkara yg perlu dilakukan sepanjang tahun (hijrah):

(1) Solat tahajud
- solat tahajud mendekatkan diri kpd Allah.
-lakukan setiap hari (malam). Jika tidak mampu lakukan seminggu sekali atau jika tidak mampu juga lakukan sebulan sekali. Apbl tlh lakukan sebulan atau seminggu sekali, Insyaallah kita akan lakukan lebih kerap lagi.
- solat tahajud utk menguatkan hubungan dgn Allah.

(2) Membaca Al-Quran
- perbanyakkan membaca Al-Quran.
- masa yg afdhal membaca Al-Quran adlah sebelum terbit matahari.

#mandi jenazah digantikan dgn tayamum bagi jenazah yg rentung terbakar.

(3) Hadir ke Masjid
- Hadir ke masjid terutama waktu suboh utk solat nerjemaah.
- Solat suboh berjemaah menandakan kekuatan sesebuah kaum, dan kekuatan Islam.
- kekuatan diri

(4) Solat Dhuha
- Amalkan solat dhuha pd waktu pagi.
- solat dhuha memudahkan urusan harian dan mendekatkan rezeki.

(5) Sedekah
- Malaikat mendoakan kpd org2 yg bersedekah
- Allah menggandakan rezeki org yg bersedekah
- Malaikat mendoakan utk org yg bersedekah.
- Bersedekah secara istiqamah, hingga tak terasa sesuatu yg merugikan.

(6) Melazimi wuduk
- sentiasa dlm keadaan berwuduk.
- Allah mencampakkan nur kpd org2 yg berwuduk
- Malaikat berdoa utk keampunan org yg menjaga wuduk.

(7) Istighfar
- Sentiasa beristigfar, terutama apbl melakukan kesalahan/kesilapan.

Sunday, October 1, 2017

Abdullah bin Abdul Mutalib

- us Ahmad Farkhan Kuliah Suboh Ahad 1-Okt-2017

Ayahanda Rasulullah ie Abdullah bin Abdul Mutalib.

- Jalur nasab Rasulullah adalah Nabi Ibrahim as.
- bapa Abdullah bernama Abdul Mutalib, ibunya bernama Fatimah binti Abdul.
- rupa parasnya tampan.

- Abdullah adalah anak Abdul Mutalib yg dinazarkan, sekiranya anak Abdul Mutalib berjumlah 10 org, dia akan mengorbankan salah seorg anaknya.

- Setelah berjumoa dukun dan dituliskan nama anak2nya pd batang anak panah, anak panah dgn nama Abdullah tlh dipilih (utk tujuan disembelih/dikorbankan).

- Abdul Mutalib bertanya kpd dukun yg lain (seorg perempuan yg menjadi rujukan penduduk Arab Jahiliyah di Mekah ketika itu), utk cara menggantikan Abdullah dgn korban yg lain (atau sebagai tebusan). Undian menggunakan anak panah yg ditulis nama Abdullah dan 10 unta, namun  sekiranya nama Abdullah yg dipilih maka lakukan undian dgn 10 ekor unta lg. Undian ini berterusan hingga 00 ekor unta (10  kali undian) barulah anak panah dgn tulisan unta padanya dipilih.
Maka 100 ekor unta dikorbankan oleh Abdul Mutalib sebagai tebusan kpd Abdullah. Korban dilakukan di sekitar Kaabah, dan daging korban itu dibiarkan utk dimakan oleh burung2 dan haiwan.

- Abdul Mutalib mengahwinkan Abdullah dgn Siti Aminah.
- Abdullah berniaga dan jatuh sakit dan meninggal di Madinah, ketika Siti Aminah sedang mengandungkan Rasulullah.
- Abdullah dimakamkan di Nabirah Al-Judi (di Masjid Nabawi, tempat parkir di antara no 6 dan no 7), sebelum dipindahkan di Jannatl Bakek.
- Ummu Aiman ie hamba kpd Abdullah, setelah kematian Abdullah dia berkhidmat kpd Siti Aminah. Siti Aminah meninggal ketika Rasulullah berumur 6 thn. Ummu Aiman menjadi saksi di saat kematian Siti Aminah dan pesan yg disampaikan oleh Siti Aminah kpd baginda Rasulullah ketika itu.