Thursday, December 31, 2020

Dosa Besar Ke-32 Menerima Rasuah bagi Seorang Hakim atau Seorang yang Mempunyai Kuasa

-us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 5-Jan-2020

Dosa Besar Ke-32 Menerima Rasuah bagi Seorang Hakim atau Seorang yang Mempunyai Kuasa

- Rasuah juga dikenali sogokan, termasuk dalam kategori memakan harta orang lain dengan cara yang batil (ie yang tidak diredoi oleh Allah SWT). Rasuah mempunyai penganiayaan kepada orang yang berkehendakkan sesuatu (seperti kontrak kerja), dan juga penganiayaan terhadap orang yang berhak mendapat kerja. Rasuah bertujuan supaya pekerjaannya berjalan lancar ie tidak menghadapi masalah.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:188, ms 29 (klik sini utk paparan ayat)

 
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). 


- Rasuah dalam pelbagai bentuk, seperti wang tunai, dan bukan wang tunai seperti pangkat, umrah/haji, kepuasan nafsu.

- Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan juga yang meminta rasuah. 

- Daripada Abdullah bin ‘Amr ra, Rasulullah saw bersabda:


لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [HR Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)]

- Hadis yang lain daripada Abdullah ibn ‘Amr ra meriwayatkan

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

Maksudnya: “Rasulullah saw melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” [HR Abu Daud (3580), al-Tirmizi (1337)  dan Ibn Majah (2313)]

- yang dikatakan "rasyi" adalah orang yang memberi rasuah. "murtasyi" dimaksudkan sebagai orang yang menerima rasuah.

- orang yang menerima rasuah kerap mengatakan itu adalah rezeki kerana diberi oleh orang. 

  • Dalam konteks sebenar, sekiranya dia tidak berada pada kedudukan (atau pangkat) dia tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menentukan atau menilai sesuatu keadaan/keputusan, sudah tentu dia tidak dipandang oleh sesiapa, apatah lagi diberikan hadiah. Terimaan wang atau habuan itulah yang disebutkan/dimaksudkan sebagai rasuah.

- Seorang hakim/ahli panel/penilai yang menerima rasuah maka keputusan yang dibuatnya tidak berdasarkan pemarkahan/penilaian sebenar.

- Kisah Imam Abu Umar al-Zaie, didatangi oleh seorang lelaki yang datang kepadanya membawa madu dan meminta supaya dituliskan surat kepada gebenor Syam sebagai surat sokongan. Kata imam Abu Umar, jika engkau mahukan aku menulis surat sokongan kepada gabenor, maka bawalah balik madu ini. (Imam Abu Umar menolak pemberian madu itu kerana terdapat unsur rasuah dalam urusan penulisan surat tersebut.

- contoh rasuah:

  1. terima duit/kain/telekung dari wakil ahli politik supaya memilih/memangkah partinya. Juga terima duit dari wakil ahli politik untuk pulang ke kampung supaya mengundi parti politiknya.

  2. buat kutipan di air-port untuk diberikan kepada petugas syarikat penerbangan supaya diluluskan bagasi yang telah melebihi kuota yang ditetapkan. Boleh berlaku dalam rombongan percutian/umrah.

 

- Hadis diriwayatkan daripada Abu Umamah, beliau berkata:

Maksudnya: “Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang memberi jaminan kepada seseorang. Kemudian diberikan kepadanya suatu hadiah kerana jaminannya itu, maka dia telah memasuki satu pintu besar daripada pintu-pintu riba.” [HR Abu Daud]

  • Contoh #1, seorang ahli panel memberi jaminan bahawa suatu kontrak akan diberikan kepada seorang pembida, lalu pembida itu beri hadiah kepadanya. Pembida itu mungkin berkata, "terimalah hadiah ini sebagai saguhati kerana aku telah memenangi kontrak". --> Hadiah itu termasuk unsur rasuah.

  • Contoh #2, seorang bapa menghubungi pegawai pemilih kemasukan asrama supaya ditengokkan permohonan anaknya. Apabila pegawai itu memberitahu bahawa anaknya telah mendapat tempat di suatu asrama, bapa itu pun belanja makan pegawai pemilih tersebut. --> Belanja makan itu termasuk unsur rasuah.

  • Contoh #3, seorang lelaki menolong mendapatkan kembali harta yang dirampas, kemudian memulangkannya kepada pemilik harta/barang itu. Pemilik harta/barang itu kemudiaanya memberi sedikit hadiah kepada lelaki itu. --> hadiah/habuan kecil itu termasuk unsur rasuah.

 

- Apakah tujuan beri hadiah/belanja makan? Tentulah kerana orang itu memberi sedikit pertolongan kepada kerja kita. Pemberian/sogokan itulah rasuah.

- Secebis nasihat: Wahai hamba Allah, timbangkanlah dengan sebenar-benarnya, kesudahan yang akan sampai kepada engkau nanti, jauhilah segala kelakuan yang bakal menimbulkan kemurkaan Allah SWT, supaya engkau esok terhindar dari seksanya.

  • Rasuah adalah suatu perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT.

  • Kitab Tanbih al-Ghafilin, Malaikat Jibrail bertemu Rasulullah dengan mukanya berubah. Rasulullah bertanya, kenapa mukamu berubah? Jawab Jibrail, baru sebentar tadi Allah perintahkan aku melihat api neraka. Ketahuilah wahai Muhammad, azab neraka itu benar, azab kubur itu benar.

  • Laknat terhadapa orang yang memberi rasuah itu benar. Laknat terhadap orang yang menerima rasuah itu benar.

  • Seksaan Allah itu amat dahsyat, tidak tertanggung oleh kita.

  • Apabila satu jenazah masuk kubur, maka datang kepadanya 2 malaikat, yang mana digambarkan oleh Rasulullah, hitam kebiru-biruan warnanya, yang akan menanyakan jenazah. Apabila tidak dapat jawab soalan dari mekereka, maka akan dipukul dengan belantan dari besi. Jenazah itu akan diseksa sehinggalah hari kiamat.

  • Satu percikan dari api neraka yang masuk dalam air laut, nescaya kering air laut, dan tiada apa yang boleh diambil manfaat dari laut itu.

- Jangan bergantung kepada makhluk.

- Hadis daripada Nabi Muhammad saw,:


سَيَأْتِى عَلَى أُمَّتِى زَمَانٌ يُحِبُّوْنَ اْلخَمْسَ وَيَنْسَوْنَ اْلخَمْسَ : يُحِبُّوْنَ الدُّنْيَاوَ يَنْسَوْنَ اْلآخِرَةَ وَيُحِبُّوْنَ اْلحَيَاةَ وَيُنْسَوْنَ الْمَوْتَ وَيُحِبُّوْنَ اْلقُصُوْرَ وَيَنْسَوْنَ اْلقُبُوْرَ وَيُحِبُّوْنَ الْمَالَ وَيَنْسَوْنَ اْلحِسَابَ وَيُحِبُّوْنَ اْلخَلْقَ وَيَنْسَوْنَ الْخَالِقَ .

Maksudnya, "Akan datang suatu masa, dimana umatku lebih mencintai kepada lima perkara dan melupakan lima perkara lainnya, iaitu : 

  1. Lebih mencintai duniawi dan melupakan ukhrawi (akhiratnya). 
  2. Lebih cinta hidup dan melupakan mati. 
  3. Mencintai gedung gedung bermahligai dan lupa kubur. 
  4. Mencintai harta benda dan melupakan hisab, dan mereka 
  5. lebih mencintai kepada sesama makhluk dan melupakan Sang Khaliq, Allah SWT."

- Seorang yang telah bergelumang dengan rasuah, dia susah untuk keluar dari tabiat rasuah. Orang yang memberi rasuah untuk mendapatkan sesuatu balasan, sebenarnya tidak yakin dengan rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT. Tabiat melobi-lobi adalah suatu bentuk kepalsuan. Hakikat sebenarnya adalah anugerah/terimaan kontrak itu adalah ketetapan Allah.

- Jika engkau berterusan percaya dengan perkara rasuah, kelak engkau akan rasa tertipu (mereka akan menangis dan menyesal, dan mencela diri mereka sendiri, iaitulah apabila mereka telah dimasukkan dalam kubur).

 

- Sambungan kuliah:


Tuesday, December 29, 2020

Tafsir Surah An-Nur Ayat 24:1-22

- us Datuk Dr Hj Zahazan Mohamed kuliah Maghrib Khamis 27-Feb-2020 

Indahnya Kepimpinan Inspirasi Surah An-Nur

-  Surah An-Nur, suatu surah yang istimewa, yang bermaksud cahaya. Salah satu nama-nama Allah adalah An-Nur ie cahaya.

- Rasulullah berdoa setiap pagi hendak ke masjid, "Ya Allah jadikan dalam hatiku ada cahaya, dalam pendengaranku ada cahaya, dalam penglihatanku ada cahaya, dikiriku cahaya, dikananku cahaya, diatasku cahaya, dibawahku cahaya, dan berilah kepadaku cahaya". Cahaya yang dimasudkan adalah bimbingan/petunjuk/panduan dari Allah SWT.

- Saidina Umar mewajibkan umatnya untuk mempelajari dan menghayati surah Al-Baqarah, surah An-Nisa, surah Al-Maidah, surah Al-Haj, dan surah An-Nur, kerana di dalamnya ada perintah-perintah oleh tuhan kamu. Bahkan diperintahkan kepada gabenor-gabenor dan pemimpin politik pada zaman itu untuk membaca surah An-Nur, lansung menyampaikan kepada rakyat mereka. 

- Surah ini mempunyai 64 ayat, dan berkisar kehidupan seorang muslim, berkenaan ketatapan-ketatapan Allah dalam perintah-perintahNya, kewajipan seseorang perempuan menjaga dirinya agar tidak membahayakan orang-orang lelaki, dan fitnah yang berlaku dalam kehidupan Rasulullah saw, (golongan munafikun menceritakan tentang perihal keluarga Rasulullah saw, ie tentang Aisyah ra). Juga lelaki-lelaki yang bekerja yang tidak dilalaikan dari mencari keredhoan Allah. Allah umpamakan Al-Quran itu sebagai suatu nur (cahaya) yang sangat indah, merangkumi segala kehidupan seorang muslim. Mencakupi kehidupan dunia dan akhirat. Adab bekeluarga, juga meraikan orang kelainan upaya (OKU).


- Surah ini dinamakan An-Nur, tentang keindahan zat Allah yang diceritakan dalam ayat ke-35.

- Surah An-Nur Ayat 24:35, ms 354 (klik sini utk paparan ayat)

۞ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٖ فِيهَا مِصۡبَاحٌۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِي زُجَاجَةٍۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوۡكَبٞ دُرِّيّٞ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٖ مُّبَٰرَكَةٖ زَيۡتُونَةٖ لَّا شَرۡقِيَّةٖ وَلَا غَرۡبِيَّةٖ يَكَادُ زَيۡتُهَا يُضِيٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٞۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٖۚ يَهۡدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

- Gambaran tentang Islam adalah seperti cahaya yang bersinar. 

Surah An-Nur Ayat 24:1, ms 350 (klik sini utk paparan ayat)

سُورَةٌ أَنزَلۡنَٰهَا وَفَرَضۡنَٰهَا وَأَنزَلۡنَا فِيهَآ ءَايَٰتِۭ بَيِّنَٰتٖ لَّعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).


Surah An-Nur Ayat 24:2 (klik sini utk paparan ayat)

ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِي فَٱجۡلِدُواْ كُلَّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا مِاْئَةَ جَلۡدَةٖۖ وَلَا تَأۡخُذۡكُم بِهِمَا رَأۡفَةٞ فِي دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ وَلۡيَشۡهَدۡ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٞ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

- kenapa didahulukan dengan perempuan dalam ayat ini? kerana hukuman dan implikasi berzina adalah lebih teruk dan kesannya sangat jelas berbanding lelaki. Zina boleh mengakibatkan perempuan itu mengandung dan melahirkan anak. Orang perempuan boleh menjadi punca kepada perzinaan, dengan cara berpakaian (seksi, ketat, jarang), dan berkelakuan menggoda. 

- seorang suami/bapa yang suka dengan cara berpakaian isteri atau anak perempuan yang boleh mengundang zina/menggoda dia dikatakan seorang suami/bapa yang dayus. Orang dayus itu membiarkan ahli keluarganya terus melakukan perbuatan keji dan dia tidak menegurnya. Orang dayus tidak dapat menghidu bau syurga, walaupun bau syurga boleh dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.



Surah An-Nur Ayat 24:3 (klik sini utk paparan ayat)

ٱلزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوۡ مُشۡرِكَةٗ وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوۡ مُشۡرِكٞۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.  

- Adat jahiliyah adalah seorang perempuan akan menggantungkan kain di rumahnya sebagai tanda dia ingin berzina dengan mana-mana lelaki. Apabila lahir anak hasil perzinaan, perempuan itu akan menamakan mana-mana lelaki yang disukainya untuk menjadi bapa kepada anaknya itu. Lelaki yang dinamakan itu pula berasa bangga kerana dari sekian ramai yang berzina dia dipilih menjadi bapa kepada anak yang dilahirkan. Adat ini dinamakan nikah "baghiya" (lacur) ie nikah yang sangat hina dan keji.

- Ayat ini berkenaan dengan seorang lelaki muslim yang mempunyai seorang perempuan yang masih belum memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam (semasa jahiliyah), lelaki ini adalah pasangan zina perempuan tersebut. Setelah lelaki itu memeluk Islam, perempuan itu datang kepadanya dan mengajak kepada melakukan zina. Lelaki itu takut dengan pemgharaman zina dalam Islam. Lelaki itu kemudiannya berjumpa dengan Rasulullah secara senyap-senyap dan bertanyakan hajatnya untuk bernikah dengan kawannya itu yang juga ingin memeluk Islam. Jawab Rasulullah, sekiranya perempuan itu telah bertaubat, maka dibolehkan dia bernikah dengan kawannya. Jika dia tidak bertaubat, dibimbangi perbuatan zina itu akan menjadi kesusahan kepadanya nanti.

- Maka turunnya ayat ini adalah larangan berkahwin dengan perempuan penzina. Namun ayat ini bukanlah bersifat mutlak, ie bukan tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang berzina. Sekiranya perempuan itu telah bertaubat, maka dibenarkan berkahwin dengannya. Bertaubat meninggalkan kesan dalam diri seseorang, seperti rajin beramal, rajin ke masjid/hadir majlis ilmu.


Surah An-Nur Ayat 24:4 (klik sini utk paparan ayat)

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُهَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَٰنِينَ جَلۡدَةٗ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَهَٰدَةً أَبَدٗاۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -

- Kazaf ie menuduh tanpa bukti terhadap zina. 4 orang lelaki yang adil sahaja boleh diterima sebagai saksi. Jangan terlibat dalam menuduh orang melakukan zina.

- Wanita yang kematian suami, maka bersabarlah dan bertaqwa kepada Allah dalam membesarkan anak-anak. Ada hadis berkaitan; seorang isteri yang kematian suami dia akan berlumba-lumba dengan para sahabat yang awal masuk dalam syurga.

- orang fasik tidak layak menjadi wali kepada anaknya sendiri, tidak layak menjadi imam.  


Surah An-Nur Ayat 24:5 (klik sini utk paparan ayat)

إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَ وَأَصۡلَحُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Dalam kehidupan kita, kita berdepan dengan situasi dengan orang tersilap (melakukan kesilapan/kemaksiatan), kemudian dia berusaha memperbaiki diri dan berubah menjadi baik. Apabila dia terlah berbubah, kita jangan mengungkit-ungkit perbuatan lamanya.

- Zaman saidina Umar Al-Khattab mengetahui beberapa sahabat terlibat dengan tabiat minum arak di negara Syiria (ie sebuah negara bekas jajahan Rom). Maka masih banyak arak di sana dan tabiat minum arak masih ada dalam masyarakat di sana (pada waktu itu). Rakyat Syiria ketika itu masih sukar untuk meninggalkan tabiat minum arak. Saidina Umar kemudiannya menuliskan awal surah Ghafir, dan menghantarkan surat itu kepada sahabat tersebut. Sahabat yang menerima surat dari saidina Umar itu mengalir air matanya, dan terus bertaubat dan meninggalkan minum arak. Seketika kemudian, ada beberapa sahabat menceritakan hal sahabat yang dahulunya minum arak. Jangan engkau ini menjadi pembantu syaitan untuk menyesatkan saudaramu yang telah bertaubat itu.

Kaedah untuk mengubatkan orang yang terlanjur melakukan maksiat atau suka melakukan maksiat:
1) Tuliskan awal surah Gaffir menggunakan lidi dengan dakwat ke atas pinggan/dulang yang bersih. Siramkan air yang boleh diminum (seperti air mawar, air sirap) ke atas ayat yang ditulis, kemudian kumpulkan air siraman itu dan berilah minum kepada orang yang terlanjur itu. 


Surah Ghafir Ayat 40:3, ms 467 (klik sini utk paparan ayat)

غَافِرِ ٱلذَّنۢبِ وَقَابِلِ ٱلتَّوۡبِ شَدِيدِ ٱلۡعِقَابِ ذِي ٱلطَّوۡلِۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ إِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ


Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.

 

2) Bermunajat kepada Allah agar diubah hati orang itu agar kembali ke jalan Allah, dan meninggalkan maksiat yang dilakukan. 

- Apabila Allah tutup aib kita, maka kita berusahalah menutup aib orang lain.
  • Suatu kisah, seorang tuan guru/imam id Syiria bermimpi bertemu Rasulullah saw. Rasulullah berpesan kepadanya supaya menyampaikan salam kepada seseorang. Tuan guru itu mencari dan menemui lelaki yang disebutkan dan bertanyakan apakah amalannya. Dia menemui lelaki itu yang kehidupannya biasa, tidak nampak kelebihan dalam hidupnya. Cakapnya ringkas sahaja, kerjanya bawa teksi, singgah solat di mana-mana masjid yang dilaluinya, solat malam bila terjaga. Setelah dipujuk akhirnya dia bercerita bahawa di awal perkahwinannya, isterinya telah melahirkan anak ketika usia 6 bulan perkahwinan (bermakna isterinya telah terlanjur melakukan zina sebelum perkahwinan mereka). Adat orang arab, adalah mereka berkahwin dalam kalangan keluarga, sepupu, dua pupu. Tuan guru itu bertanya, bermakna isterinya telah melakukan zina. Dia mengakuinya dan isterinya telah bertaubat. Mungkin kerana kelalaiannya dia telah terlanjur melakukan zina sebelum perkahwinan mereka. Lelaki tadi telah berpakat dengan isterinya untuk merahsiakan hal kelahiran anak itu, dan pada waktu suboh dia melewatkan ke masjid, dia masbuk, dan meletakkan bayi itu dibelakang. Selepas solat, masjid dipecahkan dengan tangisan bayi. Apbila dilihat oleh jemaah, didapati ada tulisan agar diselamatkan bayi itu. Lelaki itu berpura-pura tidak tahu, kemudian dia menawarkan diri kepada imam, untuk membawa anak itu untuk didaftarkan, sebagai anak angkat. Kemudiannya dia membesarkan bayi itu bersama isterinya. Lelaki itu berbesan kepada tuan guru agar tidak menghebahkan cerita itu, kerana malu dan tujuannya adalah untuk menutup aib terhadap isterinya. Kata tuan guru itu,  masyaallah, tahniah, engkau menutup aib orang di dunia, nanti Allah akan menutup aib engkau di akhirat.

Surah An-Nur Ayat 24:6 (klik sini utk paparan ayat)

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ أَزۡوَٰجَهُمۡ وَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ شُهَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمۡ فَشَهَٰدَةُ أَحَدِهِمۡ أَرۡبَعُ شَهَٰدَٰتِۭ بِٱللَّهِ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -


Surah Anu-Nur ini seterusnya menceritakan fitnah yang ditujukan kepada keluarga Rasulullah saw, bermula pada ayat ke-11.
 
Surah An-Nur Ayat 24:11, ms 351 (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٞ مِّنكُمۡۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرّٗا لَّكُمۖ بَلۡ هُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ لِكُلِّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُم مَّا ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِۚ وَٱلَّذِي تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُۥ مِنۡهُمۡ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٞ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Perang Bani Mustalik
- Dalam peperangan isteri-isteri Rasulullah akan diundi untuk mengikuti rombongan perang. Dalam peperangan Bani Mustalik dengan pihak yahudi, Aisyah telah diundi untuk mengikuti Rasulullah. Jika undian jatuh kepada Sa'odah ie isteri Rasulullah yang ke2 yang dikahwini selepas Siti Khadijah, maka Sa'odah akan memberikan gilirannya itu kepada Aisyah, kerana dia tahu Aisyah ini sangat dicintai oleh Rasulullah saw. 

Dalam perjalanan pulang selepas dari peperangan Bani Mustalik itu, Aisyah perasan telah kehilangan kalung/rantai leher. Dia pun turun dari kelub tunggangan unta, dan pergi mencari kalungnya. Apabila dia pulang didapati rombongan Rasulullah telah meninggalkan tempat dimana mereka berehat. 

Tidak lama kemudian muncul Safwan bin Mu'attol yang ditugaskan oleh Rasulullah untuk melihat jejak kumpulan mereka, bimbang jika ada barang yang tertinggal/tercicir, maka dialah yang akan mengambilnya dan membawa pulang. Safwan nampak kelibat Aisyah dan menghampirinya. Safwan kenal akan Aisyah kerana semasa kecil mereka berkawan, dan rakan sepermainan. Safwan tidak berkata apa selain dari mengucapkan "innalillahi wainnailaihirojiun". Safwan mambawa untanya kemudian direndahkan agar Aisyah dapat menunggang unta tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke Madinah dia tidak berkata apa-apa dengan Aisyah kerana hormatnya kepada Aisyah sebagai isteri Rasulullah dan juga ibu kepada orang-orang yang beriman.

Abdullah bin Ubai bin Salul
Apabila tiba di Madinah, kejadian ini menjadi buah mulut golongan munafikun menganggap ianya suatu peristiwa besar, dan menyebarkan berita fitnah. Ketua kepada penyebaran fitnah ini adalah Abdullah bin Ubai bin Salul. Abdullah bin Ubai memendam dendam kepada Rasulullah saw, kerana sebelum ketibaan Rasulullah ke Madinah, orang-orang Madinah menyanjungnya dan ingin menaik/melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja. Apabila Rasulullah tiba, dia merasakan orang-orang Madinah melupakannya, dan menidakkan dia menjadi raja.

Di antara yang terlibat dengan penyebaran fitnah ini ada dikalangan keluarga Abu Bakar as-siddiq sendiri, yang mana mereka dibantu oleh Abu Bakar melalui infaqnya. Namun orang ini tidak menghargai nikmat yang diterima.

Apabila turunnya ayat membebaskan Aisyah, orang-orang yang terlibat dalam penyebaran fitnah dikenakan hukuman sebat. Abdullah bin Ubai tidak dikenakan hukuman, kerana sifat liciknya. Orang beriman sifatnya lurus, sifatnya dia takut mengambil hak orang. Maka senang dibawa bincang. Dari suatu sudut yang lain mudah dimanipulasi/ditipu.

Zainab binti Jahsyi
- Dalam kisah yang diriwayatkan, Aisyah tidak berapa rapat dengan madunya ie Zainab binti Jahsyi. Zainab seorang bijak, bangsawan, peniaga yang hebat. Dikahwinkan dengan Rasulullah setelah Zaid bin Harithah menceraikannya. Kakak kepada Zainab, memberitahu kepada Zainab bahawa Aisyah sedang difitnah dan dikatakan ada hubungan dengan sahabat Nabi bernama Safwan bin Mu'attol. Zainab lekas-lekas menolak kata-kata kakaknya, demi Allah aku tidak mengetahui perkara itu selain dari mengenali Aisyah yang baik-baik sahaja. Walaupun hubungannya dengan Aisyah tidak rapat, rasa cemburu, tetapi apabila tiba kepada fitnah dia terus menolak kata-kata yang disampaikan (oleh kakaknya).

  • Kalau kita membenci kepada seseorang, jangan mengheret kita kepada melabelkan/membenci terhadap semua yang dilakukan oleh orang itu semuanya tidak betul.

- Setelah kembali ke Madinah, dan tersebarnya fitnah itu, Rasulullah menghantar Aisyah pulang kepada keluarganya, dan tidak menjemput Aisyah. Rasulullah tidak berkata apa-apa, dan Aisyah menjadi hairan kerana Rasulullah sentiasa bergaul rapat dan bergurau dengannya. Aisyah demam kira-kira 20 hari akibat dari memikirkan halnya tidak dijemput oleh Rasulullah dalam waktu yang lama. 

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, pada suatu malam sewaktu Aisyah hendak ke qadak hajat (di luar rumah) dipanggil "baitul khalaq", dia ditemai oleh Ummu Mistah yang ditemani anaknya. Dalam perjalan itu anaknya tiba-tiba tercerita berkenaan fitnah yang sedang berlegar, iaitulah fitnah ke atas dirinya dengan Safwan. Barulah Aisyah faham kenapa Rasulullah tidak menjemputnya, kerana ada masalah besar sedang dihadapi oleh baginda.

- Abu Ayub Al-Ansari dari keturunan Rasulullah ie pada sebelah ibu Rasulullah, dia pernah menumpangkan Rasulullah di rumahnya selama 7 bulan selepas dari Rasulullah baru berhijrah ke Madinah dan belum mempunyai rumah sendiri. Isteri Abu Ayub Al-Ansari ie Ummu Ayub, bertanya kepada suaminya Abu Ayub berkenaan Aisyah. Abu Ayub seorang yang sangat soleh. Dia berkata, jika nak dibandingkan dirimu dengan Aisyah, Aisyah itu lebih baik dari dirimu. Jika nak dibandingkan diriku dengan Safwan, dia jauh lebih baik dari diriku. Janganlah kita berkata apa-apa sehinggalah datang bukti dari Allah SWT. 

  • Dalam kehidupan seharian, jika kita dapat menutup aib seseorang maka itu sangat hebat. Jika kita tidak mampu lakukan, janganlah kita bercerita hal orang. 

 - Aisyah ketika dibacakan ayat yang diturunkan oleh Allah itu dia bertanya adakah ayat itu Nabi yang sebut atau Allah yang sebut. Orang itu mengesahkan bahawa Allah yang sebut.

- Abu Bakar bersumpah, aku akan hentikan bantuan terhadap keluarga yang aku bantu itu sedangkan dia memburuk-burukkan Aisyah.

- Allah menurunkan ayat seperti ayat ke-22 memuji sikap Abu Bakar dan dalam masa yang sama menegur tindakan Abu Bakar. 

Surah An-Nur Ayat 24:12, ms 352 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَا يَأۡتَلِ أُوْلُواْ ٱلۡفَضۡلِ مِنكُمۡ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤۡتُوٓاْ أُوْلِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌ

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

- Jumhur para ulamak mengatakan ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar, memujinya dan menegurnya. Kata Abu Bakar, aku suka jika Allah ampunkan aku. Abu Bakar kemudiannya mengkafarahkan sumpahnya. 

- Dalam kehidupan seharian kita, cara kafarahkan sumpah, sekiranya ada perkara yang lebih baik (dari sumpah yang dibuat):
  1. Beri makan kepada 10 fakir miskin 
  2. Beri pakaian cukup untuk 10 fakir miskin
  3. Bebaskan hamba
  4. Berpuasa 3 hari, (tidak berturutan pun tidak mengapa).

Carian hadis berkaitan:
  • Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu malam aku bermalam di rumah bibi ku Maimunah, isteri Nabi saw. Tengah malam Nabi saw. bangun, lalu dia pergi buang hajat, kemudian mencuci tangan dan muka, sesudah itu beliau tidur. Kemudian beliau bangun pula pergi ke qirbah (tempat air), lalu dibukanya tutupnya. Beliau berwuduk dengan sempurna, tanpa memakai banyak air tetapi mencukupi. Sesudah itu beliau solat. Lalu aku bangun terus tegak, kerana aku tidak ingin beliau tahu bahawa aku memperhatikannya. Kemudian aku mengambil wuduk dan setelah itu berdiri di sebelah kiri beliau mengikuti beliau solat. Beliau mengambil tangan ku, dan memindahkan ku ke sebelah kanannya. Malam itu Rasulullah saw. solat tiga belas rakaat. Kemudian beliau berbaring, lalu tertidur sampai beliau mendengkur. Kemudian kedengaran Bilal melantangkan azan solat Subuh. Beliau bangun dan pergi solat Subuh tanpa mengulang wuduk lebih dahulu. Di dalam doanya beliau membaca : "Allhummaj'al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam'i nuran, wa 'Qn yamini nuran, wa 'an yasari nuran, wafauqi nwrm, wa tahti nuran, wa amami nuran, kuzlli nuran, wa 'azhzhim li nuran." Wahai Allah Berilah cahaya dalam hati ku, dalam penglihatan ku, dalam pendengaran ku, di kanan dan kiri ku, di atas dan di bawah ku, di hadapan dan di belakang ku, dan bermalam cahaya itu bagi ku."
    [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0737]

Monday, December 28, 2020

Harta Sepencarian Hasil dari Perkahwinan

- us Dato' Zaidi kuliah Maghrib Rabu 19-Feb-2020

Harta Hasil dari Perkahwinan

- Anak dan harta adalah hasil dari perkahwinan yang dituntut haknya apabila berlaku perceraian mahupun poligami dan kematian.

- Walaubagaimanapun hutang juga adalah isu yang perlu diuruskan terutama apabila berlaku perceraian.
  • Kes di mana pasangan suami isteri membuat pinjaman perniagaan bagi menjalankan suatu perniagaan bersama. Setelah perniagaan mula mendapatkan hasil, berlaku pergolakan dalam hubungan perkahwinan hingga kepada perceraian. Setelah bercerai, si isteri tidak mahu membuat bayaran bersama untuk bayaran bulanan pinjaman perniagaan kepada pihak bank. Si suami memfailkan kes untuk meminta pihak mahkamah untuk mendapatkan bekas isteri untuk menanggung separuh dari jumlah bayaran bulanan pinjaman.

- Pembahagian faraid adalah setelah dilunaskan hutang yang ditinggalkan oleh si mati.

- Harta Sepencarian adalah hasil usaha bersama di antara suami dan isteri dari mula perkahwinan. Sama ada dalam bentuk duit tunai, duit simpanan, atau bukan duit seperti aset rumah, tanah, kenderaan, bangunan kedai, saham.

- Harta Persendirian adalah harta yang dikumpulkan hasil dari:
  1. usaha/upah kerja setelah ditolakkan tanggungan
  2. harta yang diwarisi dari keluarga
  3. terimaan/pemberian dari pihak ke-tiga, seperti terimaan hadiah.
- Contoh harta sepencarian adalah pembelian harta rumah, maka kiraan untuk harta sepencarian adalah bermula dari mula bayaran kepada pihak pemaju.
  • Earnest deposit rumah di bayar oleh siapa? katalah suami
  • 10% deposit di bayar oleh siapa? suami atau isteri.
  • Bayaran bulanan di bayar oleh siapa? suami, isteri atau ditanggung bersama
  • Kebiasaannya resit bayaran di buat atas nama pembayar. Kes menjadi rumit apabila yang mengeluarkan duit orang lain (katalah suami) dan resit di tulis atas nama orang lain (katalah nama isteri). 
- Harta yang diberikan oleh suami kepada isteri tidak boleh diambil semula, melainkan isteri memberikan kepada suami atas sebab-sebab tertentu, contohnya untuk membantu suami kerana suami hilang pekerjaan dan tidak mampu untuk menampung keperluan keluarga.

Kes dimana isteri mempunyai pekerjaan dengan gaji yang baik, dan pasangan itu membeli sebuah MPV berharga RM200 ribu. Isteri mengeluarkan duit RM100 ribu dan bayar separuh dari harga kereta. Manakala suami ambil pinjaman kenderaan RM100 ribu dari pihak bank, dengan bayaran bulanan RM1,800. Selepas 3 atau 4 tahun pasangan ini bercerai. Si isteri telah memfailkan kes mahkamah menuntut RM100 ribu dari bekas suami sebagai hutang peribadi yang dikatakan diberi pinjam kepada bekas suami bagi tujuan membeli MPV. Si suami menjual semula MPV tersebut dan hanya dapat menjualnya pada harga RM80 ribu, dia masih tidak dapat melunaskan baki hutang dengan bank. Kes seperti ini menjadi rumit kerana sewaktu mereka masih dalam ikatan perkahwinan, cara mana isteri setuju membayar RM100 ribu sebagai bayaran awal menjadi salah satu tajuk perbincaraan. 

 

Kes yang lain (bukan pasangan yang bercerai). Pasangan suami isteri menjual harta tanah dengan nilai RM1 juta, si suami mengasingkan dan memberikan harta sepencarian kepada isteri yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 30% dari nilai jualan. Baki 70% digunakan untuk keluarga dan lain-lain tujuan. Ini adalah contoh keluarga yang baik, dan suami melaksanakan tanggungjawab suami dengan adil.


- Pengistiharan harta sepencarian di mahkamah boleh dibuat melalui 3 perkara:
  1. Berlaku perceraian antara suami dan isteri
  2. Berlaku poligami.
    Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menuntut diistiharkan harta sepencarian. Mahkamah merekodkan segala harta yang perlu diserahkan/dibahagikan kepada isteri.

    Dalam permohonan poligami, pihak mahkamah akan memanggil isteri untuk menentukan perkara yang perlu diselesaikan (ie harta sepencarian) sebelum suami berkahwin dengan wanita lain.

    Seorang isteri yang bijak akan menuntut harta sepencarian, dan tidak mengikut emosi seperti bergaduh atau tidak langsung memikirkan haknya untuk harta sepencarian.
  3. (tidak sempat dibincangkan) 
- Mahkamah melihat kepada siapa yang membuat sumbangan kepada harta sepencarian. Siapa yang banyak menyumbang dalam harta sepencarian, maka dia akan mendapat bahagian harta yang lebih besar. Walaubagaimanpun, pasangan suami isteri boleh membuat pembahagian harta sepencarian tanpa melibatkan mahkamah, dengan mencatatkan harta yang terkumpul dalam tempoh perkahwinan dan membuat pembahagian secara damai. Dalam kebanyakan kes, suami yang lebih banyak menyumbang kepada harta sepencarian.
  • Mahkamah mengiktiraf sumbangan dan usaha isteri yang tidak berkerja, dalam menjaga maruah keluarga, menjaga dan membesarkan anak, sekurang-kurangnya 30% dari harta sepencarian.
  • Sejahat-jahat isteri, seorang suami tidak boleh menceritakan aib isterinya kepada orang lain.
- Kes di mana suami bekerja di luar negara, manakala isteri tidak berkerja membesar dan menjaga anak sepanjang tempoh perkahwinan. Pasangan ini membeli sebuah harta rumah. Namun jodoh pasangan ini tidak panjang. Mereka bercerai dan menjualkan rumah dengan harga RM500 ribu. Setelah ditolak baki hutang pinjaman perumahan, mereka memiliki RM400 ribu tunai. Pihak mahkamah mengiktiraf tugas isteri menjaga dan membesarkan anak sepanjang tempoh suami berada/bekerja di luar negara. Mahkamah memberikan sekurang-kurangnya 30% hak hasil dari jualan bersih rumah itu. 

- Kes pasangan baru berkahwin, isteri membeli sebuah harta rumah dan meletakkan nama suami sebagai pembeli. Isteri membuat bayaran permulaan, dan sedikit bayaran deposit. Jodoh mereka tidak panjang apabila isteri meninggal, dan masih tidak mempunyai anak. Harta rumah itu adalah diiktiraf sebagai harta isteri, dan faraid ke atas harta rumah itu perlu dibahagikan kepada ibu bapa dan juga adik beradik arwah. Suami tidak boleh menyembunyikan harta itu, walaupun harta rumah itu dinamakan kepadanya. Sekiranya si suami menyembunyikan harta itu, maka hukum harta bekas isterinya itu ke atasnya adalah haram. 

Begitu juga jika suami membeli harta rumah dan meletakkan nama isteri sebagai pembeli rumah. Suami itu kemudiannya meninggal. Harta rumah ini perlu diisytiharkan, terutama untuk pembahagian faraid. Sekiranya si isteri tidak mengistiharkan harta itu bagi tujuan faraid, maka hukumnya haram.

- Perbicaraan mahkamah tuntuntuan harta sepencarian memakan masa yang panjang, 3 hingga 4 tahun. Mungkin juga lebih dari tempoh itu apabila melibatkan rayuan. Oleh itu pembahagian secara damai di antara suami dan isteri adalah jalan yang lebih baik.

- Faraid dibuat setelah perkara-perkara wajib seperti hutang dilunaskan terlebih dahulu.

- Hibah adalah pemberian harta kepada individu (isteri, anak atau orang ketiga) sewaktu hayat. Hibah tidak boleh diberikan setelah pemilik harta itu meninggal. Harta hibah tidak dikirakan sebagai harta faraid.
 

Bilal bin Rabah

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 5-Okt-2019 

Sahabat Rasulullah, Bilal bin Rabah

- Seorang hamba sebelum dari zaman Rasulullah. Dia berketurunan Habsyah, berkulit hitam. Bapanya adalah hamba, dan sebagai anak kepada seorang hamba, maka dia juga adalah hamba.

- Menjadi hamba kepada seorang pembesar Quraisy bernama Umaiyah bin Khalaf. 

- Antara hamba yang paling awal memeluk Islam. Oleh kerana dia seorang hamba, tiada orang yang menjadi penaung/melindungi dari diganggu dan diseksa. Dia diseksa oleh tuannya sendiri kerana tidak mahu meninggalkan/keluar dari ugama Islam.

- Ammar bin Yassir, apabila bapanya Yassir diseksa dan ibu Sumaiyah diseksa dan disula, hingga syahid, Ammar kemudiaannya ditanya adalah dia sedia mengaku bahawa latta dan uzza itu adalah tuhan, maka Ammar terpaksa mengaku dan dilepaskan. Ammar setelah dilepaskan dari seksaan, kemudiannya bertemu dengan Rasulullah kerana rasa khuatirnya disebabkan telah melafaskan syirik kepada Allah, kufur kepada Allah. Rasulullah menenangkan Ammar. Rasulullah katakan kepadanya "kalau mereka tangkap kamu lagi, dan mahukan kamu katakan bahawa kamu beriman dengan uzza dan latta, dan lain-lain tuhan selain Allah, maka katakanlah". 

- Bilal tidak berpenderian seperti Ammar, Bilal tetap mengatakan bahawa Allah adalah tuhanku. Dia tidak mengambil sikap mengatakan di bibir tetapi berbeza di hati.
 
- Seksaan yang dilakukan terhadap Bilal, ditonjolkan kepada penduduk Mekah, agar menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak memeluk ugama yang dibawa oleh Rasulullah iaitu Islam.

- Abu Bakar as-siddiq adalah orang yang paling memahami harapan dan isi hati Rasulullah. Apabila Rasulullah menemuinya, Rasulullah memberitahu, "Wahai Abu Bakar sesungguhnya Bilal bin Rabah sedang diseksa kerana Allah SWT". Abu Bakar pulang ke rumahnya dan kemudian pergi ke tempat Bilal diseksa, mencari Umaiyah bin Khalaf. Dia tanyakan kepada Umaiyah, adakah engkau sudi untuk menjualkan hambamu ini kepadaku. Umaiyah tanya kepada Abu Bakar berapa yang ingin dibayar. Abu Bakar kemudiannya tanyakan berapa harganya. Umaiyah katakan 7 ukiyyah wang perak. Abu Bakar kemudiannya serahkan 7 ukiyyah wang perak kepadanya.  Pada ketika melepaskan Bilal, Umaiyah katakan kepada Abu Bakar jika engkau letakkan harga 1 ukiyyah, aku akan jualkan, kerana Bilal tiada harga langsung (tidak berguna). Kata Abu Bakar, sekiranya engkau letakkan harga 100 ukiyyah sekalipun aku akan membelinya. Menunjukkan tingginya kehormatan seorang muslim walaupun dia seorang hamba.

- Setelah dibeli, Abu Bakar menjadi tuan kepada Bilal. Abu Bakar lalu membebaskan Bilal bin Rabah. Bilal mempunyai ikatan dengan Abu Bakar atas nama "maula" kerana seorang hamba yang dibebaskan. 

- 3 sebab pewarisan harta pusaka: 
  1. Keturunan (darah- daging)
  2. Perkahwinan (spt isteri)
  3. Maula (hamba yang dibebaskan).

    Nota: Sekiranya tidak ada waris, maka harta peninggalan akan diagihkan kepada maula. 
- Selepas hijrah ke Madinah, Bilal terlibat dalam semua peperangan. Rasulullah meletakkan Bilal dalam kategori sahabat yang tinggi. 

- Dalam peperangan Badar, 70 orang Quraisy mati terbunuh dan 70 orang lagi ditawan. 
  • Antara seorang yang ditawan adalah Umaiyah bin Khalaf, dan anaknya bernama Ali. Apabila keadaan peperangan sudah hampir tewas di pihak kafir Quraisy, Umaiyah dan anaknya bercadang untuk menyerah diri. Dia memandang/mencari siapakah orang Islam yang dikenali yang boleh dihampiri utk serah diri. Kemudiannya Abdul Rahman bin Auf lalu berhampiran mereka, (Umaiyah berkawan dengan Abdul Rahman bin Auf sebelum dari keislaman Abdul Rahman). Pada ketika itu, Abdul Rahman sedang membawa beberapa keping perisai. Melihatkan lambaian dari Umaiyah, Abdul Rahman bin Auf kemudiaanya mencampakkan perisai yang dibawanya, kemudian mengambil Umaiyah dan anaknya (Ali) sebagai orang tawanan. 
     
  • Apabila Abdul Rahman bin Auf membawa Umaiyah dan anaknya ke tempat orang-orang tawanan. Dalam keadaan itu, Bilal bin Rabah menempik bahawa itu adalah Umaiyah bin Khalaf, dan tidak akan selamat. Abdul Rahman bin Auf melepaskan Umaiyah dan anaknya, dan tidak mahu mengambil mereka sebagai orang tawanan perang. 

  • Apabila Umaiyah dan anaknya melarikan diri dari Abdul Rahman bin Auf, maka Bilal bin Rabah pun mengejar mereka dan membunuh mereka berdua.

Laungan Azan

- Pada awalnya orang Islam tiada petunjuk masuk waktu solat. Ada yang datang awal, ada yang datang lewat untuk tunaikan solat berjemaah. Maka Rasulullah dan para sahabat berbincang cara mana untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
  • Dalam mesyuarat bersama Rasulullah ada sahabat yang mencadangkan agar digunakan loceng seperti yang dilakukan oleh orang nasrani. Rasulullah tidak setuju dengan cadangan itu kerana kaedah itu menyamai amalan ("tasyabbuh") pengikut nasrani.

  • Begitu juga Rasulullah tidak setuju dengan cadangan salah seorang sahabat supaya menggunakan trompet, kerana kaedah itu menyamai amalan pengikut yahudi.

  • Rasulullah juga tidak bersetuju dengan cadangan supaya ada orang yang pergi ke bukit yang tinggi dan nyalakan api, tujuannya apabila nampak api, maka datanglah untuk bersolat. Rasulullah tidak setuju kerana kaedah itu menyami amalan pengikut majusi.

  • Dengan itu kaedah panggilan dari rumah ke rumah diteruskan, mengajak penduduk Madinah untuk menunaikan solat berjemaah.

- Suatu ketika waktu subuh, di mana malam sebelumnya Abdullah bin Zaid bin Abdul Rabbi, bermimpi dia bertemu dengan seorang yang sedang memegang loceng. Dalam mimpi itu Abdullah bin Zaid bertanyakan sama ada mahukan orang itu menjualkan loceng kepadanya. Orang itu kemudiannya bertanya untuk tujuan apa loceng itu dibeli. Jawab Abdullah bin Zaid, adalah untuk memanggil rakan-rakannya (orang Islam di Madinah) untuk bersolat jemaah. Orang itu kemudiannya berkata, mahukah aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik. Dia kemudiannya mengajarkan lafaz azan. Direzekikan Allah, Abdullah bin Zaid dapat menghafal lafaz azan yang diajarkan dalam mimpinya. Pada siang hari itu dia segera bertemu dengan Rasulullah,  memberitahu hal mimpinya. Kata Rasulullah, beritahu kepada Bilal bin Rabah, suaranya lebih lunak dari suaramu.

- Setelah diajarkan lafaz azan oleh Abdullah bin Zaid kepada Bilal bin Rabah, maka Bilal pun melaungkan azan.

- Umar Al-Khattab apabila mendengar laungan azan itu, dia segera mendapatkan Rasulullah, bertanyakan apa hal yang sedang berlaku. Setelah diberitahu oleh Rasulullah akan hal mimpi Abdullah bin Zaid, Umar memberitahu Rasulullah, bahawa dia juga bermimpi perkara yang sama pada malam tersebut. Namun tidak sempat memberitahu kepada Rasulullah kerana Abdullah bin Zaid telah terlebih dahulu memberitahu hal mimpi yang sama kepada Rasulullah.

- 3 orang muazzin Rasulullah saw:
  1. Bilal bin Rabah
  2. Abdullah bin Ummi Maktum
  3. (tidak ingat nama muazzin ke3 ini)
- Lafaz azan ada 3 versi,  
  • Versi 15 frasa perkataan - adalah yang biasa dilaungkan. 
  • Versi 17 frasa 
  • Versi 19 frasa
Namun tiada tambahan frasa seperti memasukkan nama para sahabat dalam laungan azan (seperti yang dilakukan oleh orang syiah)

- Sewaktu pembukaan kota Mekah, Rasulullah mengarahkan supaya Bilal bin Rabah melaungkan azan di atas Kaabah. Darjat dan ketinggian seseorang adalah keimanan dan taqwanya kepada Allah.

- Selepas kewafatan Rasulullah, Bilal tidak lagi melaungkan azan. Dia kemudiannya memohon kepada Abu Bakar untuk berpindah ke Syam.

- Saidina Umar mengajak Bilal bin Rabah untuk pulang ke Mekah. Apabila tida di Mekah dan masuk waktu, Bilal pun melaungkan azan. Maka gempar penduduk Mekah mendengarkan suara Bilal melaungkan azan, mereka tertanya-tanya adakah Rasulullah kembali hidup, kerana rindunya dengan suara azan Bilal bin Rabah.

- Bilal juga diminta untuk melaungkan azan sewaktu pembukaan Al-Quds. 

- Rasulullah bertanya kepada Bilal bin Rabah, apakah amalan yang terbaik yang dilakukan dalam Islam, kerana baginda mendengar bunyi tapak kasut Bilal dalam syurga. Jawab Bilal, aku tidak lakukan apa-apa yang berbeza dengan orang lain, melainkan bahawa dia melakukan solat sunat wuduk 2 rakaat selepas berwuduk. Kemudiannya Rasulullah mengiyakannya. Ini adalah sunnah "takhri riyah", ie Rasulullah membenarkan amalan yang dilakukan oleh sahabat.

3 jenis sumber amalan sunnah:
    1. Sunnah fikliyah ie yang dilakukan oleh Rasulullah
    2. Sunnah lafghiyah ie yang disebutkan/dilafazkah oleh Rasulullah
    3. Sunnah takhri riyah ie yang diakui/dikrarkan (diiyakan) oleh Rasulullah
 
- Solat sunat selepas wuduk boleh dilakukan walaupun selepas Asar. seperti juga solat sunat tahyatul masjid (ie ketika masuk masjid).

- Bilal bin Rabah wafat kira-kira 10 tahun dari kewafatan Rasulullah, ie pada tahun ke 20 hijrah.



Sunday, December 27, 2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:135-138

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 6-Jan-2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:135-138

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:135 (klik sini utk paparan ayat)

وَقَالُواْ كُونُواْ هُودًا أَوۡ نَصَٰرَىٰ تَهۡتَدُواْۗ قُلۡ بَلۡ مِلَّةَ إِبۡرَٰهِـۧمَ حَنِيفٗاۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".

- Ayat ini adalah untuk menolak dakwan orang yahudi dan nasrani, bahawa agama merekalah yang benar.  Dakwaan mereka adalah lemah, dan anutan mereka tidak mendapat hidayah petunjuk dari Allah. Hujah pendeta yahudi dan nasrani adalah sesiapa yang mengikut fahaman dan pegangan mereka, maka mereka mendapat petunjuk dari Allah. Mereka berpegang dan berpandukan kepada kitab taurat dan kitab injil yang telah diubah-suai oleh pendeta mereka.

- Dalam taurat dan injil ada disebutkan tentang Nabi akhir zaman. Sebaliknya orang yahudi dan nasrani tidak menerima bahawa adanya nabi akhir zaman. Yahudi mengatakan malaikat melakukan kesilapan kerana memberi wahyu kepada Nabi Muhammad. 

- Takrifan "ahli kitab" adalah kepada pendeta yahudi dan nasara yang berpegang kepada kitab taurat dan kitab injil yang asal. Bukannya kitab taurat dan injil (atau bible atau new testament) , semuanya telah diolah dan disusun oleh pendeta yang menyeleweng dari kitab (ajaran) sebenar yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, masing-masing. Oleh sebab itu, dalam konteks dunia hari ini tiada lagi ahli kitab. Dengan itu, orang Islam tidak boleh berkahwin dengan orang yang menggelar diri mereka sebagai ahli kitab, atau memakan daging sebelihan mereka.


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:136 (klik sini utk paparan ayat)

قُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِيَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

- Orang yahudi dan nasrani tidak beriman dengan wahyu Allah. Apa yang mereka anuti adalah hasil dari susunan pendeta-pendeta mereka. Mereka menolak kenabian Rasulullah, dan tidak beriman dengan Al-Quran.


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:137 (klik sini utk paparan ayat)

فَإِنۡ ءَامَنُواْ بِمِثۡلِ مَآ ءَامَنتُم بِهِۦ فَقَدِ ٱهۡتَدَواْۖ وَّإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّمَا هُمۡ فِي شِقَاقٖۖ فَسَيَكۡفِيكَهُمُ ٱللَّهُۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

- orang yahudi berfahaman bahawa Uzair adalah anak Allah. Orang nasrani pula berfahaman bahawa nabi Isa adalah anak Allah dan lebih sesat lagi mereka berpegang kepada konsep triniti. 


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:138 (klik sini utk paparan ayat)
 
صِبۡغَةَ ٱللَّهِ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةٗۖ وَنَحۡنُ لَهُۥ عَٰبِدُونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

- "celupan" juga membawa maksud ciptaan atau acuan.

- Orang Islam tidak boleh berdamai atau bertoleransi dalam bab aqidah, dengan penganut lain.

- Masalah hari ini adalah manusia cepat percaya kepada ajaran sesat.  Kita perlu berhati-hati dengan ajaran yang diajarkan oleh agar tidak termasuk dalam kategori ajaran sesat.