Wednesday, November 9, 2022

Abdullah bin Ubai

-us Johari kuliah Maghrib Selasa 11-Jan-2022

Abdullah bin Ubai

Surah At-Tawbah ayat 9:84 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰٓ أَحَدٖ مِّنۡهُم مَّاتَ أَبَدٗا وَلَا تَقُمۡ عَلَىٰ قَبۡرِهِۦٓۖ إِنَّهُمۡ كَفَرُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَمَاتُواْ وَهُمۡ فَٰسِقُونَ

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).

- Ayat ini diturunkan setelah kematian Abdullah bin Ubai, sebagai teguran kepada baginda Rasulullah saw yg sebelum itu melakukan solat jenazah utk Abdullah bin Ubai. 
  • Kematiannya dlm keadaan (seorang yang) munafik. Kedudukan org munafik adalah di bhgn paling bawah atau pada kerak neraka.

- Anak Abdullah bin Ubai datang bertemu Rasulullah saw, memaklumkan kematian bapanya. Dia memohon supaya Rasulullah sembahyangkan jenazah bapanya. Rasulullah hadir, semasa Rasulullah hadir, Umar Al-Khattab lihat shj sama ada Nabi hadir itu setakat hadir shj, atau sembahyangkan jenazahnya. Rasulullah pergi ke depan utk solat jenazah, Umar dgn rasa gelisah mencelah ke depan Rasulullah dan mengatakan bhw jenazah ini adalah Abdullah bin Ubai, seorg yg melakukan kejahatan kpd Rasulullah dan Islam ketika hidupnya.

- Hadis: Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Ketika Abdullah bin Ubay meninggal, puteranya datang kepada Nabi saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Berikanlah baju Tuan kepada saya untuk kapan bapa saya, dan semoga Tuan berkenan melakukan solat serta memohonkan ampun untuknya." Nabi saw. memberikan bajunya sambil bersabda: "Beritahulah aku jika dia telah siap untuk disolatkan." Setelah siap, maka puteranya memberitahukan kepada Nabi saw. Maka tatkala Nabi saw. hendak melakukan solat atasnya, Umar menariknya dan berkata: "Bukankah Allah telah melarang Tuan untuk melakukan solat atas orang munafik?" Jawab Nabi saw., "Aku boleh memilih." Firman Allah swt. " Engkau mohonkan ampunan untuk mereka atau pun engkau tidak mohonkan, walaupun engkau mohonkan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali, sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni mereka." kerana itu, Nabi saw terus melakukan solat atas tokoh munafik itu. Sesudah itu maka turunlah ayat: "Dan janganlah sekali-kali kamu solatkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka untuk selama-lamanya." [HR Sahih Bukhari No. 0661 Jilid 2 Topik Jenazah]

- Dlm peperangan Uhud (catatan kuliah), baginda Rasulullah telah mengumpulkan tentera Islam 1,000 org, namun 300 org tidak ikut serta kerana termakan hasutan Abdullah bin Ubai i.e. ketua org munafik (akhirnya 300 itu pulang ke Madinah dan tidak menyertai peperangan Uhud - kerana pd sangkaan mereka pd peperangan Uhud ini tentera Islam akan tewas).  Tentera Islam menentang 3,000 org tentera kafir Quraisy. (Catatan kuliah)

- kisah Aisyah dituduh berzina, juga berpunca dari fitnah yang dimulakan dan disebarkan oleh Abdullah bin Ubai (Catatan kuliah)

- Rasulullah arahkan Umar ke tepi, kemudian baginda mengimamkan solat jenazah Abdullah bin Ubai.


- sambung 2 minggu lagi.


Catatan kuliah:
  • Siapa Abdullah bin Ubai bin Salul? (klik sini)
...Abdullah bin Ubai bin Salul memendam dendam kepada Rasulullah saw, kerana sebelum ketibaan Rasulullah ke Madinah, orang-orang Madinah menyanjungnya dan ingin menaik/melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja. Apabila Rasulullah tiba, dia merasakan orang-orang Madinah melupakannya, dan menidakkan dia menjadi raja. ...


No comments:

Post a Comment