Wednesday, November 9, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:214 & 215

-us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 17-Okt-2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:214 & 215

{ أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ }

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

-"setiap org akan diuji oleh Allah. Ujian yg diterima bergantung kpd keadaan dan situasi.
- setiap kali kita diuji, maka bersabar dan berserah diri kpd Allah.

Ayat 2:215 (klik sini)
{ يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٖ فَلِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ }

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

- Lebihan kewangan dan perbelanjaan, maka ranking keutamaan utk sedekah/infaq:
  1. anak² wajib berbelanja terhadap kedua ibu bapa sewaktu mereka masih hidup.
  2. tahap ke-2 adalah adik-beradik
  3. tahap ke-3 adalah anak² yatim yg belum baligh.
  4. tahap ke-4 adalah org² miskin
  5. tahap ke-5 adalah org² yg terputus bekalan belanja.
- pastikan kita jaga sedekah/infaq seperti kita jaga solat.
  • istiqamah dgn memberi/bersedekah tanpa membebankan kewangan kita. Allah tidak tetapkan jumlah sebaliknya kekerapan membuat sedekah/infaq.

- jika ibu/bapa telah meninggal dunia, boleh lakukan infaq atas nama ibu atau bapa yg telah meninggal itu.


Kuliah Berkaitan:
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:210 & 211 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:212 & 213 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:215 & 216 (klik sini)


No comments:

Post a Comment