-us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 3-Okt-2022
Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:212 dan 213
Surah Al-Baqarah ayat 2:212 (klik sini utk paparan ayat)
{ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَيَسۡخَرُونَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۘ وَٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ وَٱللَّهُ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ }
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
- org kafir nampak kenikmatan dan kemewahan dunia semata-mata, sebaliknya org Islam nampak yg lebih baik dari kenikmatan dan kemewahan dunia iaitulah nikmat dan kesenangan akhirat.
- Allah beri kpd org yg beriman dan yg tidak beriman, kerana apa yg ada di dunia tiada nilai bagi-Nya. Allah beri nikmatydan kemewahan dunia kpd yg berusaha memperolehnya.
- Jangan gadaikan nasib akhirat kita, semata-mata hendak mencapai kehidupan, kenikmatan dan kemewahan dunia.
- Allah suka kpd yg kaya kerana mereka boleh mengeluarkan zakat. Yg mengeluarkan zakat itu kedudukanya lebih mulia.
Surah Al-Baqarah ayat 2:213 (klik sini)
{ كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ }
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
- Allah ciptakan manusia dgn pelbagai kelebihan, kekuatan, kepandaian, dan keistimewaan, bagi melengkapkan kehidupan manusia dan juga bagi memakmurkan dunia.
- Perbezaan pendapat itu suatu yg bagus. Allah utuskan para Nabi utk memberi peringatan kpd manusia hal² kenikmatan di akhirat sebagai ganjarkan dari amalan ketaatan kpd Allah yg dilakukan di dunia, amaran kpd manusia terhadap perkara² kemaksiatan, dan menyampaikan ayat² Allah (Al-Quran).
- Perbezaan pendapat perlu di rujuk kpd Al-Quran dan hadis, sebagai jalan keluar (jalan penyelesaian) terhadap perbezaan.
- Perbezaan fahaman yg bertentangan dgn Al-Quran dan hadis perlu ditolak, kerana kebenaran hakiki (yg hak) merujuk kpd sumber yg datang dari Allah ie Al-Quran, dan sunnah yg ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw iaitulah hadis.
No comments:
Post a Comment