- us Mohd Meeftah bin Anuar kuliah Suboh Ahad 9-Okt-2022
Khutbah Terakhir Rasulullah saw -- wasiat dan peringatan kepada kita hari ini
Kutbah ini disampaikan oleh Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
- Wasiat baginda Rasulullah saw ini adalah sewaktu khutbah baginda dalam ibadah haji terakhir baginda (sebelum kewafatan)
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
- Rasulullah saw tahu, selepas kewafatan baginda, khutbah ini akan berlegar di seluruh pelusuk dunia.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
- Jiwa dan harta org Islam itu suci. Jangan jatuhkan maruah seorg Islam, apatah lagi mengviralkan dlm media sosial hingga mengaibkan org tersebut.
- Jangan memaki hamun petugas-petugas/AJK masjid/surau yg bertugas mengikut prosidur yg diarahkan/ditetapkan
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
- Harta yg diamanahkan jangan kita katakan itu sebagai harta kita. Contoh, duit tabung kutipan dari org ramai bila disampaikan kpd penerimanya, sebutkan punca/sumber kutipan, bukannya kata itu adalah sumbangan daripada kita sendiri.
- Jangan ambil hak org lain.
- Jangan pendam duit yg kita pinjam, bayar semula duit pinjaman mengikut janji ketika membuat pinjaman itu.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
- Jangan sakiti hati org lain, termasuk juga org² yg tinggal serumah dgn kita.
- Pelihara ucapan dan percakapan dlm rumah spt keadaan dlm syurga. Utk jadikan "rumahku syurgaku" perlu tahu keadaan dlm syurga:
Surah Al-Waaqiah ayat 56:25 (klik sini utk paparan ayat)
{ لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا تَأۡثِيمًا }Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -Surah Al-Waaqiah ayat 56:26 (klik sini)
{ إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا }Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
- Berfikir dahulu sebelum lakukan apa² perbuatan. Setiap perkara yg baik akan dibalas walaupun dgn satu senyuman. Setiap perkarayg baik juga akan dibalas walau sekecil zarah/atom.
Surah Al-Zalzalah ayat 99:7 (klik sini)
{ فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ }
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Surah Al-Zalzalah ayat 99:8 (klik sini)
{ وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ }
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
- Jangan terlibat dgn riba.
- Tutup akaun² bank yg tidak Islamic, akaun² forex. Awasilah setiap sumber pendapatan kita agar jelas halalnya, jangan ada satu sumber yg haram, yg asalnya dari riba. Tutup akaun credit card yg bukan Islamik.
- Jangan katakan perkara yang riba itu sama seperti perniagaan yang halal. Allah sebutkan dalam Al-Quran bhw org yg mengatakan pernigaan itu sama shj dgn riba, mereka akan dibangkitkan nanti seperti org yg histeria (seperti dirasuk syaitan)
Surah Al-Baqarah ayat 2:275 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِي يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّبَوٰاْۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
- Godaan syaitan dgn perkara² kecil, perbezaan pandangan yg akhirnya menjadi besar hingga berlaku permusuhan dan putus silaturrahim, peperangan.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
- Allah cabut rahmat sesebuah keluarga bila mana mereka tidak menjaga hak Allah. Selalunya kes perceraian rumah-tangga berpunca dari pasangan suami isteri yang tidak menjaga (menunaikan) solat.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
- Jangan bawa masuk perkara² dlm rumah ke dlm media sosial/internet yg membuka aurat. Itulah cara bawa masuk org yg tidak disukai memasuki rumah kita, tetapi kita membawa keluar hal²/aurat kpd org diluar rumah iaitulah sekalian org yg berada dlm media sosial/internet.
[>> Berhenti di sini dulu, bersambung di kuliah lain]
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.
No comments:
Post a Comment