Monday, November 7, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:215 hingga 216

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 7-Nov-2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:215 dan 216

{ يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٖ فَلِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ }

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

- Nabi Muhammad saw memilih kehidupan miskin, bukan kerana baginda seorg yg miskin. Para sahabat baginda ramai yg kaya. Baginda mengikat perut, berlapar dlm kehidupan baginda. Mampukah kita mencontohi sikap dn kehidupan sederhana yg ditunjukkan oleh Rasulullah saw?
- Bila diuji dgn kekayaan, ramai yg menukar gaya hidup, menyebabkan kekayaan yg dikurniakan tidak dpt diberikan/dikongsikan dgn org lain, yg miskin.
- Islam amat menganjurkan umatnya kaya, agar mereka boleh berinfaq dgn harta (yg diberi pinjam oleh Allah).

- Senangkan org lain dgn harta yg kita ada:
  1. Memenuhi kehendak ayah dan ibu. Bukan setakat memberi duit belanja.
  2. Kaum kerabat ie datang dari rahim yg sama. Bantu mereka keluar dari belenggu kesusahan dan kesempitan hidup.
  3. Anak² yatim ie yg ketiadaan ibu atau bapa atau keduanya dan mereka masih belum baligh.
  4. Org² miskin.
  5. Ibnu Sabil, ie org² yg dlm perjalanan/musafir.

Ayat 2:216 (klik sini)
{ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ }

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

- Peperangan dlm Islam adalah disebabkan pencerohbohan hak Allah.
- Setiap sesuatu itu adalah dgn kehendak Allah. Jangan sampai kita tersasar dari landasan ugama, melampaui batas² yg ditetapkan dlm Islam. Jangan kita menjadi punca kpd perbalahan/peperangan.


No comments: