Saturday, November 26, 2022

Beriman kepada Nabi dan Rasul

-us Abdull Rahman bin Mahmood kuliah kuliah Suboh Sabtu 26-Nov-2022

Keimanan Kepada Nabi dan Rasul
Perkara kedua rukun iman. Beriman kpd nabi dan rasul adalah wajib. Org yg tidak menuruti dan mengimani nabi bermakna tidak lengkap imannya.

- Keyakinan kpd kewujudan Allah, sifat² Allah menjadikan kita mengenali pencipta kita.
- Org yg beriman juga wajib mengenali nabi dan rasul.
Terdapat seramai 1,200 org nabi, 313 org rasul, dan 25 org rasul yg wajib diimani seperti yg disebutkan dlm Al-Quran.

Tugas nabi dan rasul
  • Nabi dan rasul mengajarkan cara kehidupan di dunia, menunjukkan cara beribadat kpd Allah, menjelaskan tentang hukum-hakam yg perlu dilaksanakan, menunjukkan akhlak yg baik utk dicontohi dlm kehidupan di dunia, menunjukkan apa yg benar dan yg salah, menjelaskan pahala dan dosa, menjelaskan perkara² ghaib yg luar dari kotak pemikiran manusia.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw., bersabda: "Kamu tidak dapat masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu belum dapat dikatakan mukmin, sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu!"
[Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0042]

Tahap kasih-sayang para sahabat sesama Islam melebihi kasih-sayang antara adik-beradik.


4 sifat pada para nabi dan rasul:
1. Siddiq ie seorg yg benar. Jujur dlm menyampaikan wahyu. Lawan kpd sifat siddiq adalah kadzdzib (berbohong) ie mustahil bagi nabi itu bersifat bohong.

2. Amanah 
Semua risalah yg diterima dari Allah SWT dijana. Lawan kpd sifat amanah adalah khianat ie mustahil seorang nabi mengkhianati wahyu yang diturunkan oleh malaikat kepada mereka. 


Surah An-Najm ayat 53:4 (klik sini utk paparan ayat)
{ إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ }

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Hadis, dua perkara yg ditinggalkan Rasulullah sebagai pegangan manusia: 

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” [Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah
Status: Hadis Sahih]

Dalil, Allah menurunkan Al-Quran dan Allah memelihara Al-Quran hingga hari kiamat.

Surah Al-Hijr ayat 15:9 (klik  sini
{ إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ }

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

3. Tabligh ie bersifat menyampaikan ajaran² yg diterima dari Allah (melalui malaikat Jibrail). Lawan kpd sifat tabligh ini ada khitmad (menyembunyikan) ie mustahil seorg nabi menyembunyikan ajaran yg diterima dari Allah kepada pengikutnya (umatnya).

Dalil, apa yg disampaikan oleh para nabi dan rasul adalah wahyu dari Allah.

Surah Al-Kahfi ayat 18:110 (klik sini)
{ قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

4. Fatanah ie bijaksana
Dgn itu para nabi itu bersifat maksum, ie suci lagi sempurna dan mereka dipelihara oleh Allah. Lawan kpd sifat fatanah ini adalah baladah (bodoh) ie mustahil bagi seorg nabi itu seorg yg bodoh. Para nabi bukan seorg yg lemah.

- Jangan berlaku kufur kpd Allah, jangan sombong hingga mengaku dialah tuhan, sebagaimana firaun.
 
Surah As-Syuaraa ayat 26:29 (klik sini)
{ قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذۡتَ إِلَٰهًا غَيۡرِي لَأَجۡعَلَنَّكَ مِنَ ٱلۡمَسۡجُونِينَ }

Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".

- Bukti utk meyakini keyakinan Allah adalh dgn mengkaji tubuh badan, mengkaji alam sekitar, maka semua yg kamu kaji itu adalah ciptaan yg ungggul


Catatan Kuliah:

No comments: