Saturday, November 26, 2022

Beriman kepada Allah

- us Abdul Rahman kuliah Suboh Sabtu 22-Okt-2022

Keimanan kepada Allah

- seorg Islam adalah dia beriman dgn perkara² ghaib. Allah adalah suatu perkara ghaib, yg tidak dpt dicapai melalui pancaindera.

Surah Al-Baqarah ayat 2:3 (klik sini utk paparan ayat)
{ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ }

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Utk mengetahui kewujudan Allah, Allah perintahkan supaya berfikir, antaranya memerhati ciptaan dunia.

Utk menjadi seorg yg istiqamah perlu yakini 3 perkara
  1. Hendaklah merasakan kebesaran Allah. Bhw kita akan berhadapan dgn Allah pada hari Akhirat nanti.
  2. Hendaklah merasakan bhw di hadapan kita ada syurga dan neraka.
  3. Dihadapan kita nanti azab yang amat berat.

Hadis: perkara pertama yg akan dihisab adalah solat.

Mewartakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Muhammad bin Basysyar, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Yazid bin Harun, dari Sufyan bin Husain, dari 'Ali bin Zaid, dan Anas bin Hakim Adh-Dhabbiy, dia berkata: Abu Hurairah berkata kepadaku: "Apabila engkau mendatangi penduduk Mesir, maka khabarkanlah kepada mereka, bahawa aku mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Bahwasanya yang pertama kali dihisab dari seorang hamba muslim pada hari kiamat adalah solat yang wajib. Maka jika dia menyempurnakannya (dan jika belum, maka dikatakanlah: "Kalian lihatlah! apakah dia memiliki/mengerjakan solat sunnah, sehingga solatnya tersebut menjadi sempurna dengan solat sunnahnya), Kemudian dilaksanakan hisab pada seluruh amalan-amalan yang wajib seperti itu." [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1425]


Iman dengan penghayatan
- Apbl hati telah ada dlm diri seseorg maka ianya akan memancarkan cahaya di mukanya (muka berseri-seri)
- Di akhirat nanti cahaya iman akan memandu seseorg yg beriman. Cahaya ini akan dicemburui oleh org munafik kerana mereka tiada apa² cahaya, meka berada dlm kegelapan meraba-raba.

Surah Al-Hadid ayat 57:13 (klik sini)
{ يَوۡمَ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَٰفِقَٰتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱنظُرُونَا نَقۡتَبِسۡ مِن نُّورِكُمۡ قِيلَ ٱرۡجِعُواْ وَرَآءَكُمۡ فَٱلۡتَمِسُواْ نُورٗاۖ فَضُرِبَ بَيۡنَهُم بِسُورٖ لَّهُۥ بَابُۢ بَاطِنُهُۥ فِيهِ ٱلرَّحۡمَةُ وَظَٰهِرُهُۥ مِن قِبَلِهِ ٱلۡعَذَابُ }

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

Soalan kuiz:
1. Tuhan Allah itu apa?
2. Nabi Muhammad itu apa?


Catatan kuliah:

No comments: