Saturday, November 12, 2022

Pahala Ibadah Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia

- us Dr Muhammad Najib bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 12-Nov-2022

Panggilan Ar-Rahman oleh Allah swt kepada org² yg beriman: Panggilan kali ke-7

Dari Surah Al-Baqarah atau 2:254 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ يَوۡمٞ لَّا بَيۡعٞ فِيهِ وَلَا خُلَّةٞ وَلَا شَفَٰعَةٞۗ وَٱلۡكَٰفِرُونَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

- org yg beriman, hatinya sedar, apbl dipanggail dia akan segera memberi perhatian dan reaksi. Kerana org² mukmin yg imannya hidup dia boleh dengar bhw Allah sedang memanggilnya, maka dia response.

- dlm ayat ini Allah panggil org² beriman supaya dengar betul² terhadap perintah berinfaq yg mana dgn infaq itu dapat menjaga ugama Allah. Dgn harta yg diinfaqkan dapat diguna utk perbelanjaan yg diagihkan kpd pelbagai tujuan. Contonya perbelanjaan bagi pembinaan, perubatan, pelajaran, pembangunan, dakwah. Juga bagi tujuan bantuan kpd org² yg memerlukan.

-"Mim ma" bermaksud sebahagian daripada (harta), bukannya semua harta. Allah uji hambanya yg beriman, setelah diberikan rezeki, Allah suruh keluarkan sedikit harta (milik Allah) sebagai infaq kerana Allah, bukan berinfaq pada tujuan selain Allah.

Berinfaq pada jalan syaitan:
- Org yg memberi hartanya kpd perkara² yg dimurkai Allah, seperti perkara hiburan², membuat kezaliman, kemaksiatan. Juga termasuk kepada sendikit penipuan.
  • beri duit kpd ahli keluarga (seperti anak) untuk pergi ke majlis yang ada perkara maksiat (berjoget, bergaul lelaki perempuan, berjudi, minum arak), temasuk dlm kategori berinfaq pada jalan syaitan.

- Seruan berinfaq itu perlu dilaksanakan sebelum datangnya kematian. Bersedekah adalah sebesar-besar amalan yg amat² hendak dilakukan.

Surah Al-Munafikun ayat 63:10 (klik sini)
{ وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ }

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Sedekah dari waris, sampaikah pahalanya kpd si mati?
Ya, pahala amalan yg dilakukan oleh waris si mati dgn diniatkan pahalanya kpd si mati, maka pahalanya sampai kpd si mati.

Hal ini bersandarkan kpd hadis di bawah:
  • Dari Abdullah bin Abbas r.a., dia menceritakan bahawa Saad bin Ubadah Al Ansari meminta keputusan kepada Nabi saw. tentang nazar ibunya, yang telah meninggal dunia sebelum sempat membayar nazarnya. Nabi memutuskan, supaya nazar itu dibayar oleh Saad sebagai ganti ibunya. Lalu hal ini menjadi sunnah (aturan yang tetap berlaku) sesudah itu.
    [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1789]

  • Dari Sa'id ibnu 'Amr ibnu Syurahbil ibnu Sa'id ibnu Sa'ed ibnu Ubadah dari ayahnya dari datuknya berkisah, bahawa ia (Sa'ed ibnu Ubadah) pergi bersama Rasulullah saw dalam suatu peperangan, tiba-tiba ibunya meninggal di Madinah dengan mendadak. Ketika masih hidup ibunya pernah berkeinginan bersedekah, tetapi kemudian ia meninggal sebelum Sa'ed datang. Maka setelah Sa'ed datang, ia menyampaikan hal itu pada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, adakah berguna bagi ibuku, bila aku bersedekah untuknya?" Jawab beliau: "Ya". Kata Sa'ed: "Aku akan sedekahkan kebunku yang ada di tempat itu di Madinah untuk ibuku". Sambil menyebutkan suatu perkebunan di Madinah.
    [Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3506]

Walaubagaimanpun, Imam Syafie berpandangan pahala amalan oleh waris si mati tidak sampai kpd si mati, kerana pahala amalan adalah terhadap apa yg dilakukan sewaktu hidup.
  • Namun imam² besar yg lain berpendapat amalan² yg dilakukan itu dan diniatkan kpd si mati mestilah ikhlas. Ikhlas itu disyaratkan utk pahala amalan yg dilakukan itu sampai kpd si mati.

- Solat tidak dapat digantikan oleh org lain, atau waris si mati. Namun perkara² lain boleh dilakukan oleh ahli waris dan diniatkan pahalanya disedekahkan kpd si mati.

Ibadah qurban tidak boleh dilakukan (dinamakan) ke atas org yg telah meninggal. Setiap ibadah qurban mestilah ke atas org yg masih hidup.
  • Sekiranya org itu hendak melakukan qurban kpd org yg telah meninggal dunia (contoh bapa, datuk, dll) maka dia perlu memohon kepada Allah supaya pahala ibadah qurbanya itu disedekahkan kpd si mati.
- Ibadah yg dilakukan atas nama si mati adalah khusus kpd pelaksaan wasiat yg ditinggalkan oleh si mati terhadap ahli warisnya.


No comments: