Wednesday, November 9, 2022

Sahabat Rasullah: Abdullah bin Rawahah

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 5-Nov-2022

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Rawahah

- Abdullah bin Rawahah Bin Tsa'labah bin Imrul Qais bin Amru bin Imrul Qais al-Khazraji.
- Dikunyahkan sebagai "Abu Muhammad", ie anaknya bernama Muhammad. Dia seorg Khazraj (org Madinah atau Ansar). Ansar bermaksud membantu org² Mekah yg berhijrah ke Madinah (disebut org² Muhajirin).
2 bangsa utama di Madinah adalah Arab dan Yahudi. Org² Arab terdiri dari kaum Aus dan kaum Khazraj.

- Abdullah bin Rawahah masuk Islam awal.
- Bermula dari tahun ke-4 kerasulan, baginda Rasulullah saw pada musim haji akan bertemu dgn kabilah² yg datang melakukan haji dan berdakwah kepada mereka. 
  • Sebelum kedatangan Islam, haji yg dilakukan oleh org² Arab mengikut tradisi nenek moyang, bukannya spt syariat Islam sebenar. Qurban juga diadakan tetapi bukan atas nama Allah, sebaliknya atas sebab² lain.

- Hinggalah pada tahun ke-6 kerasulan Rasulullah saw, baginda dapat sokongan dari 6 org dari Yathrib yg datang melakukan haji pd tahun tersebut dan menerima dakwah Rasulullah. Apbl mereka pulang ke Yathrib mereka menyampaikan dakwah dan memperkenalkan Islam kpd penduduk Yathrib. Pada tahun ke-7 kerasulan Rasulullah, 12 org dari Yathrib dtg menunaikan haji. Pada tahun ini Rasulullah saw berjaya mendapatkan persetujuan mereka dan memeterai Perjanjian Aqabah iaitulah sempena nama tempat perjanjian itu (lokasi berhampiran Jamratul Aqabah).

Pada kali ini Mus'ab bin Umair ditugaskan oleh baginda Rasullah saw utk turut serta dgn kumpulan 12 org Yathrib itu pulang. Mus'ab dipertanggungjawabkan utk menyampaikan dakwah dan mempekenalkan Islam kpd penduduk Yathrib. Hinggalah pada tahun berikutnya (setahun Mus'ab berada di Yathrib) dia datang bersama 72 org Yathrib menuju ke Mekah utk menunaikan haji. Abdullah bin Rawahah adalah salah seorg dari rombongan haji itu.

Rasulullah saw memeterai Perjanjian Aqabah ke-2 bersama rombongan dari Yathrib pd musim haji tahun itu. Antara lain Perjanjian Aqabah ke-2 ini adalah bhw org² Yathrib akan melindungi baginda Rasulullah saw dari musuh apbl baginda datang (berhijrah) ke Yathrib.

- Rasulullah meminta dari kalangan 72 org itu utk melantik 12 org sebagai naqib atau wakil utk menyebarkan Islam di Yathrib, begitu juga sebagai wakil utk menyampaikan perkara² yg disampaikan oleh org Islam Madinah kpd Rasulullah saw (yang berada di Mekah).
Abdullah bin Rawahah dicalonkan menjadi salah seorg naqib/wakil.

Naqib/Wakil² yg dilantik oleh Rasulullah apabila pulang ke Yathrib, mereka mengajarkan Islam kepada penduduk Yathrib.

Setelah setahun, berlakulah peristiwa hijrah. Apabila baginda Rasulullah saw berhijrah, org² Yathrib telah sedia menyambut dan menerima kedatangan Rasulullah.

Kelebihan Abdullah bin Rawahah
Abdullah bin Rawahah adalah seorg yg istimewa dan celik huruf., boleh membaca dan menulis. Seorg yg boleh membaca dan menulis adalah dipandang tinggi dikalangan penduduk Yathrib. Kemahiran yg ada pada org Arab adalah menghafal, dan bersyair. Abdullah bin Rawahah juga seorg penyair yg baik.

Apbl Rasulullah sampai ke Yathrib, masih ada yg belum menerima Islam. Salah seorgnya adalah saudara sebelah ibu Abdullah bin Rawahah, ie Abu Darda. Semasa Abu Darda pergi berniaga, Abdullah bin Rawahah datang ke rumahnya dan merosakkan berhala yg ada di rumahnya. Apbl Abu Darda pulang dia bertanya kpd patung berhala yg pecah, bagaimana berhala itu dapat mempertahankan dirinya sedangkan ia sendiri tidak dapat mempertahankan dirinya sendiri dari dirosakkan. Pandangannya itu disokong oleh ahli keluarganya yg lain.

Dari peristiwa itu Abu Darda datang bertemu Rasulullah saw utk memeluk Islam. Abdullah bin Rawahah walaupun dia seorg penyair yg hebat, namun dia tidak menggunakan syairnya utk berdakwah kpd Abu Darda, sebaliknya merosakkan berhala hingga Abu Darda terfikir bhw berhala bukanlah tuhan yang boleh melindunginya ap.

- 3 org penghafal dan penyair Rasulullah saw adalah:
  1. Abdullah bin Rawahah
  2. Hassan bin Sabith
  3. Kaab bin Malik
Mereka adalah pakar syair dan menggunakan syair dgn melantunkan kata² bait syair utk melindungi baginda Rasulullah saw.

Abdullah bin Rawahah juga adalah seorg panglima perarang. Dia terlibat dlm banyak peperangan spt peperangan Badar, Uhud, Khandak, Fathul Makkah, hinggalah peperangan Muktah pada tahun ke-8 Hijrah.

Peristiwa pembukaan Khaibar
Setelah dikepung beberapa ketika akhirnya org² yahudi Khaibar menyerah diri. Org² yahudi Khairbar tidak diusir keluar, Rasulullah saw membenarkan mereka terus mendiami Khaibar dan meneruskan kerja² pertanian, dgn pembahagian hasil tanaman itu antara Rasulullah dgn pembahagian yg ditetapkan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah mengutuskan Abdullah bin Rawahah menjadi juru audit dlm kerja² pembahagian hasil tanaman semasa musim menuai (tanaman).
Org² yahudi yg berniaga dgn cara membenarkan apa² cara demi keuntungan. Abdullah ditawarkan habuan (rasuah) agar bahagain utk Rasulullah dikecilkan, mereka kecewa kerana Abdullah bin Rawahah menolak tawaran mereka itu. Kata Abdullah bin Rawahah, "Demi Allah, wahai keturunan beruk , kera dan khinzir, sesungguhnya kamu adalah kaum yg paling aku benci (org² yahudi). Tetapi kebencianku terhadap kamu, malah kamu cuba merasuh aku, namun aku akan tetap berlaku adil, tidak berlaku zalim".
  • Org yahudi/kafir berpegang kpd prinsip "matlamat menghalalkan cara". Sebaliknya org Islam berpegang dgn "matlamat tidak menghalalkan cara".

Kita perlu berlaku adil kpd org yg mempunyai haknya, walaupun dia seorg yg bukan Islam.

Apbl org yahudi disebutkan begitu, mereka mengaku bhw atas perkara inilah (sifat adil) terbinanya langit dan bumi, sejahtera dan amannya bumi. Akhlah Islam adalah akhlak memberikan hak kpd org yg berhak.

Peperangan Mu'tah (8H)
Berlaku dlm tahun ke-8 hijrah. 
Selepas dari peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah saw menghantar surat kerajaan besar disemenanjung Arab dan luar semenanjung Arab, mengajak mereka memeluk Islam. Salah satu surat adalah kpd seorg pemerintah di utara Arab, penduduk di sana adalah org² Arab berugama nasrani di bawah pemerintahan Rom. Wakil Rasulullah itu dibunuh apbl tiba di sana. Rasulullah kemudiannya mengarahkan susunan tentera 3,000 utk menyerang utara Arab. Rasulullah menamakan ketua pasukan tentera ie Zaid bin Harithan. Jika Zaid gugur syahid maka ketua yg kedua adalah Jaafar bin Abi Talib dan sekiranya Jaafar gugur syahid maka ketua ketiga adalah Abdullah bin Rawahah.

Mendengarkan rombongan tentera Islam itu, Raja Ghasasinah mengumpulkan 100 ribu tentera dari kalangan org² Arab. Apbl khaisar Rom mengetahui negeri jajahannya ie Mu'tah bersiap utk berperang, dia pun mengarahkan dihantar bantuan 100 ribu tentera Rom ke Mu'tah.

Tentera Islam bermusyawarah, pandangan pertama adalah berundur ke Madinah, pandangan kedua adalah tangguhkan peperangan dan menunggu tambahan tentera bantuan dari Madinah. Bangun Abdullah bin Rawahah dan berpidato, sesungguhnya apa yg kamu cari itu telah berada di depan mata (ie menang dan syahid). Tentera Islam kembali bersemangat dan meneruskan peperangan. Zaid bin Harithah syahid, kemudian Jaafar bin Abi Talib juga syahid. Abdullah bin Rawahah mengambil panji (bendera perang) Islam dari Jaafar yg telah dicederakan, Abdullah bercakap kpd dirinya sendiri sambil bersyair memberi kekuatan kpd dirinya yg juga didengari oleh org lain meneruskan peperangan. Hinggalah Abdullah bin Rawahah juga syahid. Tentera Islam kemudiannya mengambil panji Islam dan mencari Khalid bin Al-Walid utk menjadi ketua pasukan tentera Islam. 

- Peperangan Mu'tah berlangsung selama 6 hari. Dlm tempoh inilah gugur 3 panglima Islam yg dilantik oleh Rasulullah saw. Khalid bin Al-Walid menggunakan kepakarannya dlm berperang, dia menyusun pasukan tentera Islam dgn menukarkan posisi tentera apbl berperang pd hari berikutnya, yg menimbulkan andaian di pihak musuh yg tentera Islam ada pasukan tambahan. Begitu juga strategi Khalid Al-Walid menyuruh sebahagian tentera Islam yg menimbulkan keadaan berdebu, yg menimbulkan andaian pihak tentera musuh bahawa ada pasukan tentera Islam yg tiba memberi sokongan.

- Strategi ini membolehkan Khalid bin Al-Walid membawa tentera Islam berundur sedikit-demi sedikit. Hinggalah tentera musuh tidak lagi  mengikuti mereka kerana khuatir tentera Islam sedang mengumpul kekuatan. Strategi ini membolehkan tentera Islam pulang ke Madinah, walaupun ada yg gugur syahid, namun ini adalah kemenangan strategi dan psikologi.

Khalid Al-Walid ketika itu baru memeluk Islam dan hanya sebagai seorng tentera biasa. Walaupun sebelum keIslamannya dia dalah seorg panglima perang. Taatnya kpd baginda Rasulullah saw, utk menjadi tentera biasa shj,  tidak dilantik sebagai ketua pasukan. 

Sewaktu Rasulullah baru nak berhijrah ke Yathrib, peperangan Muaz antara kaum Aus dan Khazraj baru selesai berperang. Peperangan antara 2 kabilah Arah di Yathrib ini telah berlanjutan selama 120 tahun. 2 kabilah Arah ini bersetuju untuk melantik seorang pemimpin Arab. Mereka bersetuju melantik pemimpin yang paling mereka setujui ie Abdullah bin Ubai bin Salul kemudiannya dipersetujui utk dilantik utk menjadi Raja di Yathrib.

Apbila Rasulullah saw berhijrah (di Yathrib) org² Yathrib tidak berapa peduli akan Abdullah bin Ubai utk dijadikan seorg raja. Ramai yg memeluk Islam, termasuklah Abdullah bin Ubai yg memeluk Islam kerana terpaksa. "Terpaksa" kerana majoriti org Yathrib telah memeluk Islam, maka dia pun hendak mememluk Islam.

Abdullah bin Ubai memendam kebenciannya kpd Rasulullah. Dlm satu majlis, baginda Rasulullah saw pun sampai. Katanya kpd baginda Rasulullah saw, wahai Muhammad, himarmu busuk dan kedatanganmu ke majlis² kami membawa habuk dan kotoran, debu² mengganggu kami. Jika kami ingin mendengar ajaran kamu maka kami akan ke rumahmu. Mendengarkan itu, Abdullah bin Rawahah bangun dan menjemput dan memuliakan Rasulullah kerana ingin mendengar ajaran dari Rasulullah, dan mengabaikan apa yg dikatakan oleh si munafik ie Abdullah bin Ubai itu.
Rasulullah saw menyayangi Abdullah bin Rawahah kerana pengorbanannya melindungi Rasulullah dgn kebijaksanaannya dalam menghafal dan bersyair.


No comments: