Thursday, November 10, 2022

Masbuk dalam Solat Jenazah

- us Syukri kuliah Maghrib Selasa 1-Sep-2020

Masbuk untuk solat fardu:
Apbl seorang makmum yg masbuk sedang hendak duduk tasyahut akhir, imam memberi salam, maka dia boleh meneruskan solatnya, ie membaca tasyahut awal kemudian bangkit melakukan solat dgn bilangan rakaat dan rukun solat yang sempurna. Dia telah mendapat pahala solat berjemaah.

Masbuk untuk solat jenazah:
1) Dalam solat jenazah, sekiranya makmum yg masbuk, maka dia perlu menambah bilangan takbir solat jenazah hingga cukup 4 kali takbir.
  • Sekiranya ada makmum masbuk yg masih bersolat jenazah, maka tunggulah hingga dia selesai solat jenazah sebelum mengangkat jenazah ke tanah perkuburan.

2) Jika makmum yg masbuk, maka tiba2 imam takbir yg ke2, maka makmum masbuk tadi terus bertakbir yg kedua. Gugurlah bacaan Al-Fatihah ke atasnya. 
  • Sama juga sekiranya makmum masbuk dalam solat fardu, bilamana dia baru selesai mengangkat takbiratulihram tiba2 imam takbir utk rukuk, maka gugurlah Al-Fatihah ke atasnya. Makmum tersebut perlu terus rukuk.

3) Makmum masbuk sedang membaca Al-Fatihah, tiba2 imam takbir kedua (solat jenazah). Terdapat 2 wajah (ie pendapat) yg terlebih afdal adalah memutuskan bacaan Al-Fatihah nya, dan mengangkat takbir kedua. Makmum masbuk dpt sebahagian dari Fatihah.

4) Makmum masbuk yg luput beberapa takbir.
Dia perlu menyempurnakan selepas imam beri salam. Contoh, dia hanya sempat bersama imam pd takbir ke4, maka dia sambung solat jenazahnya dgn zikir dan doa. Ada juga pendapat yg menganjurkan disambung solat jenazahnya dgn takbir berturut-turut bagi baki takbir, tanpa bacaan zikir dan doa di antara takbir tersebut.

5) Sah solat jenazah dan tidak terbatal solat jenazah makmum masbuk, sekiranya jenazah telah diangkat utk dibawa ke tanah perkuburan, sedangkan dia masih lagi dalam solat jenazah.

6) Makmum masbuk yg sibuk membaca ta'awus (a'uzubillah) hingga tidak sempat menghabiskan Fatihah manakala imam telah takbir ke2 atau hingga takbir ke3, maka wajib ke atasnya lewatkan bacaan Fatihah mengikut kadar bacaan ta'awus. Ia itulah kira-kira menambah sepotong ayat Fatihah kemudian dia terus mengangkat takbir mengikut imam.
  • Batal solat jenazah bagi makmum masbuk sekiranya dia tidak dpt menghabiskan bacaan Fatihahnya disebabkan dia menambah doa iftitah ataupun ta'awus, selepas ketinggalan 2 kali takbir.

Orang perempuan juga boleh solat jenazah mengikut imam solat jenazah.

No comments: